11 August 2010

Semalam......my big day...

Diam tak diam dah dua tahun aku dan suami melayari bahtera kehidupan bersama. Semalam genap dua tahun aku bergelar isteri kepada Mohd Zaidi Hussin. Terima kasih kepada Allah Yang Esa kerana mempertemukan aku dengan insan yang amat memahami diri ini. Semoga jodoh kami akan berkekalan.

Mesti semua tertanya apa present atau sambutan meraikan hari bahagia inikan. Tak ada apa-apa acara yang menarik berlangsung cuma kami menyambut anniversary dengan suami berterawih sementara aku menjaga sofea dirumah. Siangnya kami masing-masing kerja.

Cuma.......semalam aku masak sotong lauk kegemaran suami. Lauk untuk kami makan malam dan bersahur.

Note : Aku dah jarang masak sejak adik ipar jadi suri hidup adikku.

No comments: