Dipasar tani kami tak boleh berjalan lama-lamaan sebab cuaca sungguh panas, kesian pulak sofea. Tapi aku telah dapat idea gile lalu aku suggest kat suami duk dalam kete dengan sofea sementara aku dan kakak aku meronda lagi untuk mencari barang yang dikehendaki. Hi3... Puas pusing-pusing akhirnya aku berjaya merempat sehelai baju blouse kunon-kunon untuk hari raya nanti. Sementara kakak aku berjaya merembat baju T-short sahaja. Cadangan asal nak beli tudung tak berjaya sebab tak ingat warna apa sepatutnya nak beli. Lain kali kalau nak beli tudung kena bawak baju. Senang nak mix dan match.
Setelah penat jalan-jalan berdua diikuti dengan perut yang bernyanyi-nyanyi, kami pun mencari makanan untuk kami dan husband sekali (nak amik hati sebab kesian jaga sofea). Makanan husband tak payah tanya, memang dah tahu favritenya nasi kerabu. Aku ngan kakak beli mee rebus je. Bila beli lewat-lewat tengahari banyakla makanan yang dah habis. Nasi kerabu husband ambik lauk ayam goreng je sebab lauk kari ayam dan daging bakar semua dah licin. Mee rebus kami pun sepatut harga tiga ringgit setengah jadi dua ringgit setengah je. Makcik yang jual tu kata banyak aksesori dalam mee rebus yang kami beli dah takde.
Balik-balik rumah dah dekat pukul satu tengahari. Terus prepare bubur untuk sofea. Disebabkan mama sofea ni sangat baik hati, hari ini sofea dapat makan ikan merah dengan sayur brokoli. Biasa sofea asyik makan lauk ayam ngan kentang je. Apalagi sofea berselera makan. Selalu susah nak habis makannya tapi hari ini licin.
Masa pegi pasar tani tadi kitaorang dah ternampak iklan ditiang lampu ada warehouse sales sempena nak raya anjuran metrojaya kat stadium melawati shah alam. Ini sudah kira bagus. Kami berkira-kira untuk membeli belah sekali lagi pada waktu petangnya. Selepas tido sebentar disebabkan keletihan berjalan dipasar, petangnya kami pegi lagi ke shah alam. Kali ini ditemani oleh kakak dan adik ipar. Disana suami berjaya merembat kasut, aku merembat belt dan adik ipar pula
Sebenarnya masa distadium aku ada ternampak baju gaun cantik sangat brand East India. Tahu-tahu ajela jenama East India ni sangat mahal, mana de puluh puluhan, semua ratus ratusan. Tapi tadi hage dalam puluh puluhan je. Disebabkan ingin membudget duit aku hold dulu dari nak beli. Hasilnya bila dah pusing-pusing terus lupa baju itu. Tak apala tak ada rezeki.
Walaubagaimana pun, totally misi hari ini sangat-sangat berjaya. Sangat gembira hari ini kerana masa diisi dengan perkara yang sungguh berfaedah. (Berfaedah ke menghabiskan duit!). Aku betul-betul puas hati membeli belah walau pun barang tak banyak tapi semua yang dibeli adalah betul-betul berguna. Dan yang paling penting ditemani keluarga tercinta.
P/s: Kesimpulan yang boleh diambil dari karangan diatas :
- Jangan beli barang terlalu banyak pada satu-satu masa sebab nanti pasti ada barang yang kita tak puas hati. (disebaliknya boleh jimat duit :P)
- Kalau ada barang yang berkenan dihati terus rempat simpan dalam beg, nanti tak dela nak patah balik nak amik barang tersebut. Pastu jadi macam aku terus lupa.
- Kalau nak beli barang yang untuk dimatchingkan seperti tudung dengan baju atau belt dengan baju, bawakla barang yang nak dimatch tu nanti tak sesuai pulak.
- Jangan beli makanan waktu kedai dah nak tutup, banyak lauk pauk yang dah nak habis, tp bagi yang nak berjimat waktu-waktu begini ini amat sesuai. Boleh kurang harge lagi.
No comments:
Post a Comment