09 March 2011
Sofea hisap darah?
Setiap hari lepas balik kerja, hari cuti, waktu malam, waktu nak tido, dalam kereta sofea asyik mintak nak hisap nenen je. Aku memanglah suka sebab sape tak nak anak jadi cerdik kan? Orang kata elok baby menyusu badan sampai dua tahun. Anak lebih cerdik berbanding yang minum susu formula walaupun sofea bukan fully breastfeed tapi okla dari orang lain yang langsung tak dapat nak menyusukan anak mereka.
Disebabkan aku dah pregnant almost lapan bulan dah, ramai yang bagi nasihat-nasihat, pesan-pesanan supaya stopkan sofea dari menyusu badan. Aku memang bertekad nak berhentikan sofea susu badan tapi selalu tak menjadi. Kesian tengok sofea melalak tak dapat susu badan. Jadi niat hanya tinggal niat.
Tapi malam tadi aku nekad wei tak bagi sofea susu badan dan yes aku berjaya. Tapi disebalik kejayaan semalam memang ada sedikit kesedihan. Masa sofea nak menyusu je aku bubuh garam. Aku tengok sofea jelir-jelir lidah dan terus keluarkan puting dari mulut. Then aku bagi dia minum air putih. Mesti dia rasa masin semacam. Aku tau la rasanya tak boleh blah sebab doktor pun suruh aku makan garam secubit sebab kurang darah.
Bila dah tutup lampu untuk tido, aku pun kasi sofea susu botol, tapi sofea tolak. Tak mahu. Masa tu sofea dah mula meracau-racau. Walaupun mata dah terpejam tapi mulut merengek-rengek, merepek-repek cakap sambil nangis. Tapi untuk mintak susu badan memang dia tak mintak. Mungkin sebab penangan garam tadi. Aku tepuk-tepuk, urut-urut badan kasi tido pun tak jalan. Sedih rasa. Kalau iman tak kuat memang semalam hampir nak suakan dah nenen kat sofea. Tapi alhamdullillah berjaya jugak sampai ke pagi. Cuma yang paling tak tahan lepas ni tiap malam wajib kena bangun buat susulah nampak gayanya.
Aku nekad stopkan sofea susu badan semalam ni bukan apa tapi selepas husband cerita dia ada berbual-bual dengan makcik kat opis dia pasal sofea still menyusu badan sampai sekarang. Then makcik-makcik itu cakap yang aku bagi selama ini bukan susu tapi darah. Susu dah tak ada. Memang aku akui kalau aku picit puting yang keluar cuma air. Tak ada lagi susu sejak kandungan masuk 4 bulan hari tu. Walaupun ramai ibu muda yang nasihatkan aku teruskan penyusuan atas sofea, rasanya aku patut stopkan sebab susu pun macam dah tak ada. Aku tengok sofea menyusu pun lebih pada lepas gian jer.
Pagi ni pulak bila aku bangun dari tido aku rasa badan semacam, rasa lebih bertenaga, lebih segar. Mungkinkah sebab aku tak lagi menyusukan sofea, jadi badan lebih fresh? Dan betulkah selama ini sofea hisap darah bukan susu? Patutla sekarang ni aku di suspek kurang darah. Eeee ngerinya dengar....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...
5 comments:
mcm cerita twilight yg akan datang la pulak...huhu.. Baby bella nanti half human half vampire..huhu.. Tapi ok la jugak stopkan susu. Dulu mak ZYASH gune mcm2 cara gak nak stop'n nen adik...
eh mcm tu eh azie?ishhh mcm seram kan dgr...ummm mesti sofea dah tak mintak pas ni sbb rasa penangan garam huhuhu
hany dulu masa mak nk lepaskn susu badan letak minyak
thanks u untuk tips ni.. well kenalah berkorban.. ermm..kalau guna susu tepung belilah yang brand mahal sikit..macam anmum ker..a+ ... semua tu..tapi nanti leceh gak sebab otak budak2 ni lagi geliga sampai tak larat nak layan..
zyash: sib baik sofea tak sesusah mana.
hany: azi tak lalula nak letak minyak, garam pn dh ok.
a'im: sy bg susu S26, mmg serasi ngan sofea..
sian sofia...
Post a Comment