22 March 2012

1 2 3 pagi

Jadual bangun dan tido sofea sekarang memang dah lain sangat dengan masa zaman duduk nursery.

Kalau kat nursery diorang train lepas lunch kena tido sampai pukul 2/3 ptg. Jadi malam tak de masalah nak tido awal.

Sekarang sofea tengahari mana nak tido. Aku sibuk masak dia pun sibuklah ke hulur ke hilir, ke depan ke belakang.

Waktu tido dan bangun memang dah tungggang terbalik.Waktu orang tido dia sibuk berjaga, waktu orang jaga dia pulak tido.

Kalau matahari tak meninggi, tak pukul 11/12 tengahari memang sofea masih duk tido lagi. Petang dalam pukul 7 ke 8 kalau dia start cari susu maknanya nak tido dah le tu. 

Tapi bukan dia terus nak tido sampai ke pagi. Dalam pukul 10 malam bangun balik. Pukul dua tiga pagi baru sofea akan tido sampai ke tengahari.

Bukan setakat tu je, kalau nak tido tak boleh tutup lampu, tak boleh tutup TV. Selalu TV kat rumah tu terpasang sampai ke pagi. Iyelah, aku dah lama melena, tapi sofea masih duduk tengok upin ipin.


Hakeem pulak selagi jam tak melepasi pukul 12 malam jangan harap nak pejam mata. Kalau dulu waktu siang boleh jugak tido tiga empat kali sehari tapi sekarang maksimum tido siang dua kali jer.

Dah macam-macam cara aku try kasi depa ni tido awai tapi tak jalan. Tak kena cara kot. Aku nak buat kerja pun payah.

Dah dua beradik ni tido main dan, mama diorang pun terpaksa ikut schedule dan diorang jugaklah.