Contest

Akhirnya Hakeem berjalan setapak

Yeah Yeah.... inilah saat-saat yang paling dinanti oleh semua ibu bapakan. Anak yang di sayang dan di tatang sudah mula boleh berjalan.


Kata orang baby boy ni lambat sikit berjalan. Memang pun kalau di banding dengan sofea umur 11 bulan dah boleh berlari sekeliling pasaraya.


Tapi tak kisahlah. Asal Hakeem boleh berjalan dengan sempurna sudahlah. Lambat ke cepat janji boleh berjalan iye dak?


Malam semalam aku, sofea dan Hakeem melepak sampai kul 11 kat rumah mak ngah diorang. Macam biasa kalau datang rumah mak ngah mesti sofea dan hakeem akan main dalam bilik. Lepas dah puas mengeram dalam bilik, baru nak main kat ruang tamu pulak.


Masa kat ruang tamu tu, aku sengaja lepaskan tangan bagi Hakeem berdiri sendiri. Kebiasaan pun aku memang suka buat macam tu. Konon nak ajar Hakeem berjalan.


Selalunya bila Hakeem berdiri sendiri dalam seminit dua confirm akan rebah kat badan aku atau jatuh terduduk.


Tapi malam semalam lain kisahnya. Lepas aku lepas kan tangan tetiba Hakeem berjalan setapak, masuk tapak kedua baru dia rebah jatuh. Dua kali pulak dia buat macam tu.


Kalau ditengokkan gayanya tu, macam dah tak lama je Hakeem nak berjalan. Kiranya cepat jugaklah Hakeem ni boleh berjalan. Jika dilihat dari segi fizikal dan berat badan Hakeem, ingatkan lambat lagi dia boleh berjalan.


*Tak lama lagi rancaklah dua beradik ni bermain.

3 comments:

IntaNBerliaN said...

seronokkan.. dulu sy pun happy sgt bila alisha dh mula jln stapak..hihii

Azi said...

tulah.. sy pn happy sesangat ni

Azi said...
This comment has been removed by the author.
Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY