EuroModa Gulatis Silk House Sales

Minggu lepas aku, mak ngah, sofea dan hakeem sempat menjengah Gulatis Silk House USJ. Bersebelahan Mydin Mall USJ tu. Ada banyak offer. Promosi until end of this month. But not sure lah untuk semua cawangan Gulatis atau Gulatis USJ sahaja.


Harga sepasang kain majoriti RM100, RM200 untuk dua pasang dan RM 300 untuk 3 pasang. Bagi yang nak beli sepasang untuk promosi RM 200 dan RM 300 tu kena bayar lebih dalam RM38 dan ke atas. Faham ke?


Makanya kalau nak beli sehelai tapi nak beli  kain yang harga RM 200 untuk dua pasang dan RM 300 untuk 3 pasang silalah bawak kengkawang, sedara mara, sepupu sepapat supaya bolehlah kongsi-kongsi beli untuk dapat harga murah tu.


Kat bahagian belakang kedai ada jualan 'Happy Hour'. Promosi tamat end of this month jugak. Sepasang kain harga RM15, RM20 dan RM25. Terus aku rembat dua pasang kain. Yang RM100 tu tak ada dalam budget. hi hi hi

Cotton yang nice untuk sofea di pagi hari raya tahun ni. Sepasang RM15, upah RM10, 2 meter RM7.50. Tambah manik RM20.  Total = almost RM40. Yang lebih 2 meter boleh buat baju blouse aku pulak. Last year aku baru lepas bersalin tak sempat nak buat baju kurung tuk sofea. Cari kat kedai, baju kurung tuk budak dalam RM70 keatas yang aku kenan. Kain ya ampun nipis ke main.


Kat sini ada jual tudung jugak. Harga lebih mahal dari harga di pasar malam, pasar tani dan di pasar-pasar lain walaupun design sama jer. Kalau di luar harga RM10 disini RM20++. Tapi qualitynya sangat different. Pakai terletak je kat muka (kata my sis). Pendek kata quality baguslah.



* Bagus-bagus pun ada bad story. Tunggu next entry ya...

3 comments:

IntaNBerliaN said...

modelnya comel sungguh..hihii

Momma AA said...

wahh.. awalnya mamaAzi dah cari baju raya sofea..

Azi said...

intanberlian : tq

mommaAA : azi memang selalu cari awal2, kalau lewat memang selalu tak dapat apa yang diinginkan. lebih2 lagi bab nak jahit, my tailor klu nk raya mesti jahit tak lawa....

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY