03 March 2012

Motosikal LC jadi sasaran pencuri

Ingat tak hari tu ada kata nak buat pagar? Tapi masih lagi belum siap-siap sampai ke hari ini. Sebabnya kurang masa dan offcourse kurang duit.

Sebabkan tertangguh-tangguh edisi membuat pagar ni makanya dua malam lepas pencuri dah tak boleh tahan tengok motosikal LC aku tu.

Mungkin jugak pencuri tu nekad nak curi malam tu sebab risau dan takut kempunan kalau pagar dah berdiri diorang dah tak dapat nak rembat barang berharga kat rumah aku lagi.

Ceritanya macam ni, malam tu lebih kurang pukul 1 ke 2 pagi mr.edy tengah sembang dengan kawan dia yang datang tumpang sementara nak pi keje pukul 3.

Tetiba kawan dia ada terdengar bunyi ketukan kat luar rumah. Memula sekali kemudian sekali lagi. Mr.edy cam malas nak tengok tapi sib baik kawan dia duk memaksa.

Pintu rumah kitaorang ni memang badi betullah kalau bukak je mesti berbunyi. Benda first yang mr.edy pegang tempat masuk kunci motosikal. Bila raba dah rasa bergerigi dan tengok dah kemik.

Jengok-jengok kawasan sekitar memang tak ada orang. Mesti kalau ada orang confirm dah lari kan time dengar pintu terbuka.

Mr. edy punya risaulah malam tu sampai pas kawan dia pergi kerja memang dia tak tido sampai ke pagi. Pastu kitaorang pun pergi kejut adik aku supaya simpan moto 125Z dia dalam stor. Motor mr. edy pulak malam tu dan malam-malam seterusnya kitaorang simpan dalam rumah.

Tak apalah susah sikit tiap pagi kena sapu dan mop lantai bagai dari susah motosikal kena curi. Kitaorang memang lucky malam tu sebab mr. edy tak tido. Nasib baik mr.edy ni  jenis yang suka tido lewat dan selalu je ada insan yang tak diundang datang kerumah. Kalau tak hi hi bye bye lah LC kesayangan aku tu.


Tapi pencuri ni memang pencuri tegar sebab kat rumah aku time tu sah-sah ada kete member mr.edy tapi masih lagi dia nak mencuri. Aku tau sebab apa mesti sah-sah dia tak dapat curi kalau pagar umah aku tu dah siap kan.

Dan bila kitaorang amati kasut but harga RM 880 dan radio kecik yang menggunakan thumb drive pun dah selamat hilang. Yang ini rasanya dah lama hilang cuma baru perasan sehari dua ni.

Sekarang aku rasa dah tak selamat tinggal kat rumah sendiri. Kena siapkan pagar cepat-cepat, kalau tak tak tahulah apa akan jadi pas ni.

1 comment:

IntaNBerliaN said...

alhamdulillah dia xberjaya curi kan.. mmg lah, motor lc ramai org berkenankan.. n byk ilang...

 
Copyright by Aziazidah