Tabiat pemakanan sofea

My doter sofea memang suka makan. Senang cakap memang kuat makan. Bagi lah apa saja confirm dia telan. Pendek kata aku memang tak pernah rasa macam mana sesetengah ibu bapa yang kerisauan pasal anak diorang tak nak makan. Sebaliknya aku jadi risau pulak tengok sofea terlebih kuat makan.



Pertama apabila sofea makan nasi kena ada kuah. Pernah dia tuang air putih dalam nasi dia sebab tak ada kuah. Biasanya kalau tak ada kuah dia akan makan lauk jer. Pasal nak masak lauk berkuah aku tak ada masalah sebab aku pun suka makan yang berkuah-kuah. Cuma mr. edy lah suka yang kering-kering.



Kedua biasa kalau aku tak dapat masak masakan berkuah, mesti menu aku lauk ayam goreng atau ikan goreng. Kalau aku masak ayam goreng mulalah sofea ni jadi sebijik perangai si UPIN IPIN.

Bayangkan sekali makan ayam goreng sampai tiga ketul. Tak kira ayam tu aku potong besar ke kecik ke memang tiga ketul dia baham. Kalau kita cuba nak sukat bagi dia makan sikit-sikit memang tak dapek nya sebab dia lagi pandai bukak tudung saji tu. Dah macam pencuri ayam pulak aku tengok.



Ketiga sejak akhir-akhir ni sofea dah pandai amik telur dari rak. Memang di ketahui dari dulu dia suka makan telur. Expecially telur separuh masak. Selalu pepagi memang aku kasi dia telur separuh masak. Tapi sejak tabiat tidor dia berubah-rubah aku selalu lupa nak masak telur separuh untuk sofea. Rushing buat kerja lain. Itu agaknya dia suka amik sendiri. Remindkan mama dia.

Kalau dah dapat masuk telur dalam mulut sofea, memang dia tak boleh nak berhenti makan. Paling kurang kena dua biji. Lebih mahu. Telur ni sofea panggil kuah. Sebab telur separuh masak kan lembik macam kuah.

Tak pe ke budak kecik makan telur banyak2 macam kuantiti orang tua? 

3 comments:

IntaNBerliaN said...

wah.. sampai 3 ketul ayam.. byk tu.. bguslh kuat mkn.. xdalh risau xckup berat bla checkup :-)

MaryaYusof said...

As salam zi,

Anak zi samalah dgn Iman suka sgt mkn ayam goreng mcm upin ipin...hehehe...

Telur tinggi kolestrol zi, elok dikurangkan pd anak... Kalau sikit xpe rasanye ;)

Azi said...

intanberlian : sib baik graf tak menunjukkan obes.

Marya: budak2 mmg suka makan ayam goreng kot yea...azi tgh berusaha kurangkan sofea mkn telur ni.

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY