18 April 2012

Update Kisah Kecurian : Kawasan Panas

Semalam pagi mr. edy cari helmet kat halaman rumah yang bersepah tu (lihat tahap kesepahannya si SINI). Nak naik moto kena pakai helmet. Nanti kalau kat tengah jalan cili sos tumpah dan berdarah siapa nak jawab kan :D....

Cari punya cari hanya ada helmet yang gabak, yang dah tak musim je. Yang jenis apollo sebijik pun tak ada. Korang tau kan helmet jenis apollo tu camna. Ala yang mat rempit selalu pakai tu la.

Memula mr.edy ingat aku simpan helmet dalam rumah. Sebenarnya mata aku dah sakit tengok rumah bersepah sangat, jadi petang semalam aku dengan rela hati bertungkus lumus kemas kawasan halaman tu. Mr. edy pergi penang.

Siap susun 4 bijik helmet (2 helmet jenis gabak, 2 helmet jenis apollo) cantik-cantik kat atas para.

Tapi malang menimpa, kerajinan aku mengundang padah kerana pencuri dah rembat helmet apollo aku tu. Bukan sikit-skit. Sekali dua dia rembat tu.

Sebelum ni pencuri aim nak curi moto LC aku. Korang boleh baca kisah pencuri nak curi motor LC aku kat SINI.

Kalau aku tahu baik aku biar je gudang aku tu bersepah. Baru kemas petang semalam, hari ini dah kena curi. Kemas nak bagi senang pencuri curi adalah.


"kawasan panas umah demo ni" ayat kawan mr. edy 
(aku anak jati kolumpo k :D)
bukan kawasan panas tapi hati aku yang panas.




1 Comment:

IntaNBerliaN said...

amboiiii suka plak org tu mencuri yer... adoiii....