09 May 2012

Botak again

Semalam tengahari masa mr. edy pergi kerja, aku pun buat operasi cukur jambul kali kedua. Kali pertama punya aktiviti cukur jambul boleh baca di entri INI. Sedang elok tak ada sesiapa kat rumah. Sofea pun ikut papa dia pergi kerja.

Aku ada terbaca dalam belog redmummy, katanya kalau kerap botakkan rambut baby, anak akan jadi lebih pandai. Wallahua'lam. 

Aku memang dah berniat dalam hati nak botakkan hakeem bila dia genap setahun. Lebih-lebih lagi bila tengok rambut depan dia dah cecah mata.

Ini gambar hakeem betul-betul lepas di botakkan. Hakeem lemas sebenarnya tu sebab belum mandi lagi. Ada banyak helaian rambut jatuh di muka dan baju dia.

Lepas dah siap mandi. Dari pandangan sisi tepi.

Sisi depan

Sisi belakang. Sambil tengok citer bola kampung.

Aku cukur rambut Hakeem ni tanpa bantuan sesiapa. Ambik masa lebih kurang 45 minit jugak. Hebat tak? Dah boleh jadi macam tuk bidan tukang gunting rambut baby aku ni.

5 Comment:

Riena Haiqal said...

eh eh eh.. comelnya Hakeem bila dah botak.. hikhikhik.. dia tak nangis ker masa kena cukur rambut tu?
Sebab kalau budak Haiqal tu haa, hari tu papa dia gunting sikit jer rambut dia yang dah panjang kat tepi telinga dia tu, kuatnya tangisan dia...

Aku-Enot said...

Comey2.....Lepas ni leh bukak kedai rambut utk bb.

kju said...

waa..terror la azi cukur rmbut hakeem walaupun tanpa bantuan sesape....dia dok diam ke time azi cukur tu?

Azi said...

riena haiqal: hakeem tak nangis, kena ada teknik jugak nak potong rambut, bukan main sebarang jer.

aku-enot: k.ros sebar2kan mana tau ada org cari tukang potong rambut baby..kihkihkih...xdelah k.ros gurau jer...

k.jue: memula dia larikan diri jugak...kena kasi susu badan baru senyap..

IntaNBerliaN said...

ooo yeke.. xtau plak sy psl botakkan rambut tu pandai...

tp kalu laki2 oklah botakkan.. xdalah kita yg tgk ni rimas sgt..hehhe