Contest

Kedai Barangan Terpakai

Sekarang entry asyik story pasal rumah jer. Mentang-mentang tengah renovate rumah. :)


Actually aku nak cerita sikit macam mana terhasilnya idea nak tambah bilik store tu walau pun budget tengah nyawa-nyawa ikan. Ada banyak sebab aku nak buat store sebenarnya.


Yang pertama surelah sebab nak masukkan barang-barang yang bersepah kat luar rumah.


Keduanya aku ingat nak letak barang-barang pelamin. Barang pelamin ni barang customer tetap mr. edy. Kalau mr. edy angkat barang dia confirm 8/9 jam baru siap. Sebab nak jimatkan masa dan tenaga kitaorang fikir baiklah barang-barang tu letak kat rumah kitaorang jer. Owner barang pun dah bersetuju.


Yang ketiga, aku ngan mr. edy ada sok sek sok sek berangan nak bukak kedai barangan terpakai. Kan aku pernah cerita banyak barang yang aku dapat daripada customer yang sewa lori untuk pindah rumah. Boleh baca apa antara barang yang aku dapat kat SINI.


Barang-barang tu semua masih elok dan cantik lagi. Sebelum ni banyak dah aku bagi free je kat orang. Why not kan kalau aku bukak kedai barangan terpakai.


Aku fikir kalau customer yang beli tu duduk area puchong, aku bagilah servis penghantaran percuma.


Sekarang ni pun aku dah mula business online menjual barang peribadi. Kira barangan terpakai jugak tu. Kalau ada kedai bolehlah aku buat secara online dan offline kan. Cepat sikit lakunya.

*sesungguhnya ini semua impian eh angan-angan je kot.

3 comments:

ecadwinkyasha said...

dari mimpi ble jadi kenyataan.hehehe.

hopefully novel tu smpai minggu ne..klu ada novel baru,just inform.hahaha

IntaNBerliaN said...

sy rs impian awk tu bgus lah... kdg2 ada je org cr brg terpakai...

hrp2 jd kenyataan..

Azi said...

eca: hrp2 smpi sblm eca blik kg la ye..


intanberlian: bagus ye.. tq

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY