Hari tu aku ada tulis pasal duit syiling kan? Haa... sabtu lepas tergerak hati nak mengira semua syiling yang ada. Siap sort duit lama-lama tu.
As i mention duit syiling lama wajib di simpan. Tak akan tukar ke bank. Lagi lama simpan lagi tinggi nilainya.
Actually aku dah simpan duit syiling sebelum kawin. Tapi taklah banyak mana. Ada dalam 20 30 hinggit jer.
Selepas setahun kawin baru aku aktif simpan duit-duit syiling ni. Mr. edy penyumbang utama. Orang lelaki memang kurang gemar nak guna duit syiling. Tahu nak pakai duit kertas jer.
Setiap kali nak basuh seluar mr. edy, setiap kali tu wajib check poket seluar. Kutip semua duit syiling yang ada. Duit ringgit pun. Huhuhu... Masuk tabung.
Ini dia tabung duit syiling aku. Bukan tabung pun. Botol/tupperware jer. Dah siap bilang dengan my sis. Siap tulis berapa amaun lagi. Takut lupa.
Tutup botol merah duit 50 sen. Botol fiffy warna pink tu duit 20sen. Tupperware putih duit 10 sen.
Cepat kira berapa nilai duit syiling ni? Jawapan dah tersedia dekat tajuk ngan tutup botol tu. :P
Aku nak tukar ke bank dalam masa terdekat ni sebab nak beli barang idaman aku. Kalau saja-saja nak tukar memang mr. edy dari awal-awal lagi tak bagi.
Dengan duit ni pun masih tak cukup sebenarnya nak beli barang idaman hati. Ingat nak topup dengan duit business online dan duit nuffnang. But still not enough....... :-(
* Nanti aku gitau apa barang idaman hati kalau dah dapat beli ye...
2 comments:
wah banyak juga tu yer... :)
bak kata orang sikit-sikit lama2 jadi bukit.. memang dah terbukti la kan.. :)
mcm hubby sy gak azi ni.. setiap duit syiling kne simpan asing2.. xleh campur.. :-)
Post a Comment