04 June 2012

Tak promote pun dah ada yang menyerah diri

Ingat tak hari tu ada bagitau aku dapat rak TV orang bagi. Ingat ke tak korang? Bacalah entry ni kalau korang tak ingat yea :-(


Semalam bukak email tetengok ada pulak orang yang berminat nak beli rak TV tu siap dengan nak guna perkhidmatan lori.


Kira pandailah dia yea, nak beli rak TV tu pastu nak pindah rumah guna my service bolehlah dapat penghantaran rak TV percuma. Dah terlangsung nak ke rumah dia kan.


Tengok tak promote tak apa pun alih-alih ada dah pembeli. Tak yah bukak kedai barangan terpakai pun dah ada customer datang mencari. Hi3...


Tapi serius belum terlintas nak jual lagi rak TV tu. Sebab hari tu aku ada mention rak TV yang ada kat rumah tu pun dah nyawa-nyawa ikan.


* nanti kita story rezeki yang lain pulak.

4 Comment:

ecadwinkyasha said...

jgn jual..lawa tu.hehehe :)

IntaNBerliaN said...

mmg maju bisnes ni.. smpai yg xnk jual pun ada org nk beli :-)

Riena Haiqal said...

jangan jual ar. sangat2 cantik tu... :)

Azi said...

eca: mmg xnak jual...

intanberlian: alhamdulillah rezeki tuhan..:)

rienahaiqal: cantik kan, mmg syg nak jual, klu xcantik xde la orang nak beli..huhuhu...