07 January 2013

Belajar jahit poket berzip

Masih lagi cerita pasal beg. Tak sempat nak karang cerita pasal anak-anak lagi lorr...

Sebenarnya hati ni dah lama membuak-buak nak jahit beg berpoket yang ada zip. Nak buat beg make up. Sebelum ni pernah buat beg make up boleh tengok kat SINI tapi poket tak ada zip.

Ada zip ni bagus. Misalnya kalau  nak pergi sembahyang bolehla letak brooch dalam poket zip tu, xdelah kena campur dengan alat makeup. Atau kalau letak kat poket tak berzip kemungkinan untuk brooch tercicir tu tinggi.

Oklah macam biasa gambar kena tunjuk...


Abaikan material kain yang sangat buruk. Sayang nak guna kain yang elok, takut buat-buat tak jadi...  Abaikan juga dinding yang buruk hasil mural anak-anak...

Oh ya sesiapa yang berminat nak belajar cara jahit poket berzip boleh belajar kat SINI. Tutorialnya mudah dan senang difahami.


*sedang merencana nak menjahit sesuatu selain daripada beg pulak.

3 Comment:

IntaNBerliaN said...

bestnya lah kalau pandai jahit cam azi ni.. jimat duit.. leh tambah income ;lak tu :-)

Myra Jay said...

Adehh, tergoda lagi..

Memang rambang mata kalau tengok hasil akak kat sini :D

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wahh cun sgt kak