Loading...

31 January 2013

Contoh surat Cuti Tanpa Gaji Kerana Menjaga Anak


Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas  cuti 60 / 90 hari bersalin uolls boleh rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil 2/98 dalam laman web JPA.

Hari yang ke 61 / 91 uolls tak boleh datang kerja. Kalau dah datang kerja uolls tak layak nikmati kemudahan cuti menjaga anak. Nak mohon atau nak sambung lagi cuti tanpa gaji kena mohon selewat-lewatnya sebulan sebelum tamat cuti bersalin.

Contoh surat boleh refer kat bawah ni. Ayat tak payah nak haibat sangat, sedap ke tak sedap ayat tu uolls confirm akan diluluskan cuti tanpa gaji.




Nama Anda 
Alamat Anda

Tarikh
______________________________________________________________________________ 

Melalui :

Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Dalam Negeri
Aras 3 Blok D2 Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA


Kepada :

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Dalam Negeri
Aras 3 Blok D1 Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA


Tuan,

PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK BAGI PEGAWAI BERSALIN

Adalah dimaklumkan saya Nama Anda, No. K/P : No. I/C Anda ingin memohon kemudahan cuti menjaga anak bagi pegawai bersalin selama 150 hari (5 bulan) selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 1998.

2.            Bersama-sama ini disertakan Lampiran A – Perakuan Bersalin dan Permohonan Cuti Bagi Pegawai Wanita (P.P Bil. 2/98) yang telah lengkap diisi untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih

               
Yang Benar,



(Nama Anda)
Jawatan Anda


*Sila ubah perkataan yang di italic & di blod tu dan copycat dengan pantas dalam thumbdrive.

* Lampiran A boleh tengok di P.P Bil. 2/98
17 Comments
Comments

17 comments :

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tengs sharing kak

Anonymous said...

lampiran A tu ape ye sis?mohon pencerahan..tqia

Anonymous said...

Ada seminggu lg cuti bersalin. Blh apply cuti jaga anak x

Azi said...

ikut ketua jabatan... biasa boleh lulus, janji jangan datang keje...

Anonymous said...

Tapi sy depa suh isi borg je...xde kena tulis surat rasmi pun...borg tu pun dah mcm surat rasanya. Ni tgh pikirr2 nk tmbh cuti jg anak ni

Nura said...
This comment has been removed by the author.
Nura said...

Klo ikut syarat pekeliling tarikh mohon mesti at least sebulan sblm cuti brsalin abih

Nura said...

Rasanya Lampiran A pd pekeliling adlh contoh pengiraan cuti. Lampiran B adlh borg mohon cutinya

Azi said...

anonymous : masa saya cuti tanpa gaji anak pertama pun diorang tak suruh buat surat rasmi. tp bila anak kedua ni dia suruh pulak. maybe depend pada tempat kerja kot.

nura : haah dalam pekeliling kata sebulan sebelum. but why not try dulu. biasa diorang ada tolak ansur...

Anonymous said...

Ada kemungkinan tak derang pool kita kalau kita mintak cuti jaga anak tanpa gaji selama 3 bulan?

Azi said...

berdasar pada ketua jabatan kita. kalau dia mohon pool kenala pool. tp biasa tiga bulan tak kena sbb sekejap sangat. macam sy dua tahun hari tu diorang mohon pool tp tak ag tolak sebab tak cukup orang nak hantar ganti tempat sy. normally yang sy tahu org besar2 je diorang pool kerani2 jarang dipoolkan...

Anonymous said...

Salam.klu amik cuti ni kena tolak cuti tahuban sampai abis ke dl..contoh skang bln mei..mohon 3 bln sampai bln 8...pas tu klu cuti tahunan kena tolak abis..ne nk servive 4 bln g tu

Azi said...

wslm... tak perlu tolak cuti tahunan. yang kena tolak cuti tahunan dulu tu kalau amik cuti tanpa gaji atas sebab peribadi. klu cuti tanpa gaji sebab bersalin cuti tahunan boleh carry forward...

Anonymous said...

Alahai..22hb ni dh nak start keje..anak lak x mo langsung botol. Rasa nak apply sambung cuti..agak2 nya blh lulus x..huhu

Anonymous said...

In sha Allah boleh. Ni hak kita. Ada 5tahun tu depa bagi stp sorg utk cuti jaga anak tanpa gaji. Tmpt saya keje pun saya org pertama yg apply, sampaikn kerani kena pi mohon borg dr human resource kementerian.Belum cuba belum tahu ;-)

Misya (Aimi Syahirah) said...

If ambil cuti tanpa gaji sebab nak berniaga ada pengalaman tak bagaimana caranya? Mungkin dr kwn2 lain yg boleh membantu? Tq..:)

Azi said...

misya (aimi syahirahI klu sebab bus. atau lain2 boleh amik cuti tanpa gaji atas sebab peribadi. tapi kena habiskan dulu cuti rehat dan kelayakan adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan.