18 April 2013

For sales & for tengok tengok

12 hari duduk kampung seronok ooo makan tido makan tido pastu jenjalan. Aku kat kampung memula je rajin basuh baju sendiri pastu dua tiga kemudian semua mil yang buat belaka. haha.. Masak lagila tak pernah. Dasar malas menantu kesayangan. 

Tu yang balik rumah terus rasa stress kena basuh baju sendiri, kena sapu rumah, mop lantai, kena masak.... So nak hilangkan tension marilah kita menjahit.



Ni beg aku jahit sebab nak pergi event nuffnang hari tu. Gigih ko... Bunga bunga kat depan tu bukan aku sulam. Dah memang ada tertampal di kaki seluar masa aku beli. 

Belakang.

Bahagian dalam ada zip.

Measurement : 10" height X 11.5" weight X 4"
Cantik kan. Tapi aku tak jual. Yang ni limited. Susah nak cari seluar yang ada corak macam ni. Seluar bebudak adala. Yang ni seluar jenama wrangler kalau aku tak silap.



Yang ni aku buat untuk kakak aku yang pertama. Dia sendiri design nak macam ni. Nak ada reben kat depan, letak kain keliling depan belakang. Sekali bila tengok beg aku kat atas tu terus dia tak nak yang ni. Nak sama macam aku jugak. Nasib ler seluar ada dua kaki. Boleh buat lebih kurang sama yang macam aku punya tu. So beg ni aku nak jual. Sapa nak? Ke kita tukar nak k.jiah.

Belakang beg.

Finishing snap button. Bahagian dalam best sebab ada satu poket. Sesuai nak letak handphone. Kalau aku lagi suka letak buku nota dengan pen. Ngam ngam soi je poket tu nak letak buku note yang kecik. Very the nice...


Measurement : 10" height X 11.5" weight X 4"
 



Beg comel lote ni untuk kakak aku yang nombor dua. Comel lote ker? Aku cedok dari idea beg kakak aku yang pertama. Malas nak serabut otak fikir design baru. Pastu kakak aku yang pertama tu kata lawa pulak beg ni. Kakak aku tu sokmo macam tu. Kata aku buat untuk dia tak lawa tapi tuk orang lain lawa jer. Padahal kalau ko nak tahu beg ni aku wat guna kain paling murah sekali. Reben pulak guna lebihan kain yang ada. Buat so so je ni. Eh jangan marah eh jila. Dengarnya dah mengandung. Tahniah tahniah....

Itu jelah presentation pasal beg jeans untuk kali ni. Kalau ada yang berkenan nak order ke nak beli ke boleh email edyeda@gmail.com tak pun boleh sms/call aku 019-2033086. My name is Azi. Can call me akak. Dah tua dik. 30-an. Ahaksss...

Simpan nombor tu bebaik. Exclusive aku bagi. Whatapps whatapps aku tak de tau. Sedih!. :p. Kalau nak sewa lori baru tepon nombor 017-240 9824. Ni nombor mr. edy. Ramai naaa yang nak order beg pi call kat sini. 

3 comments:

IntaNBerliaN said...

kreatif betoi azi ni.. cantik! :-)

*azi tunjuk gambar saya ke dekat zura? or sekadar cite camtu je...?.. nasib dia kenai.. hihii

kem salam kat dia ek :)

Myra Jay said...

Sesuai jugak kalau buat hadiah GA in case MJ nak anjur GA, leh roger Sis :D

Anonymous said...

ooo..ade citer rupenyer beg aku tu yer..

 
Copyright by Aziazidah