Contest

Beg yang berjaya dibuat hujung minggu

Aku sampai tak tahu nak bubuh tajuk apa bila time nak publish gambar beg ni tau.. Ceritanya sama cerita pasal beg jeansla apa lagi kan. Dah la design pun yang itu itu jugak...

 Beg 1

 Beg 2

 Beg 3

Semua ni order dari Unit Admin my opis. Next nak siapkan tempahan dari Unit Kewangan pulak sebelum nak concentrate buat beg sorang customer yang dah pos dia punya  jeans sendiri.

Kalau korang tengok pesen beg yang aku buat semua sama je dari dulu. Tak berubah langsung, dok design yang itu jer. Tak ada kemajuan langsung ye dak. Cuma ada tambahan letak nama guna kain felt. At least ada la pembaharuan kan...

Sampai mr. edy dah naik muak tengok design beg aku cam gini. Katanya ubah-ubahlah ma buat yang berlekuk ke berkelok ke kat atas bawah tu.

Mr edy hang ingat bini hang pandai jahit bebenor ker? Koho koho (slow slow) jahit je ni.. *apsal nak tulis bahasa kelantan tetiba nih... :p

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY