31 July 2013

Kesedihan pada beg

Aku memang dah tak sabar-sabar nak publish gambar handbeg jeans ni tau even belum pos lagi kat empunya diri. Sebab bila aku publish kat FB ramai yang puji kata cantik. Kembang semangkuk ai... Ada yang nak order dua terus...

Haa.. lawa kan? Apa tak lawa. Cepuk kang. Serius aku rasa lawa.. pujilah diri sendiri tu.sapa lagi nak puji. Tapi malang empunya tuan beg tak mengharapkan beg sebegini. Sedihhh...


 
Beg tote ni pulak anak ex-opismate nak wat mengaji. Semalam dah bagi hari ni call suh outer bubuh rereben ke apa ke kat beg tu. Nak nampak cantik, comel lagi. Sayisss rasa nak nangis. Camna nak tambah. Kena bukak balik la jahitan tu. Aku tengah memikior cara terbaik untuk mencantikkan beg ini semula tanpa perlu membuka semua jahitan semula. Any idea??

Bila kita over confident rasa inilah beg the best yang pernah kita buat, rupanya kita syiok sendiri. Wallawei kecewa tak dapat penuhi keinginan pelanggan...


Selit sikit yang ni mr. mama request... Sling bag for hari raya. Upah dia jaga anak.. hahaha...


*tgh gigih siapkan tempahan sblm raya.


4 Comment:

GREENJADE said...

wahh best nye henbeg jeans..cantik, sweet. i like :)

Amanda Suria said...

Wah...ada bakat eh.....cantik beg tu...tp tu la...lain org lain ragam...

dear xila said...

guna jeans tepakai pon boleh kan? hee

nita said...

bagi saya memang dah lawa sangat dah beg tu.. ^_^