09 October 2013

Masih menyusu badan

haaa ini barulah nak story pasal hakeem. sebenarnya cerita taska tu aku nak taip pasal hakeem tetiba menyimpang tersasar. Pastuh lupa nak dicerita apakah sebenarnya.

Actually hujung bulan ni genaplah hakeem dua tahun enam bulan. Dalam usia sekarang kalau uolls nak tahu hakeem masih lagi menyusu badan. Yup masih menyusu badan. Jangan buat-buat terkejut. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tahan dihisap digigit hakeem selama itu. Air susu kengkadang masih lagi menitis. Aku tak amalkan dah apa-apa petua membanyakkan susu badan. Ramai yang kata yang dihisap hakeem tu bukan susu tapi darah. Macam yang diorang duk cakap kat sofea dulu tu. Tapi ada aku kisah. Aku ada baca satu blog tu kata dia menyusukan anak dia sampai umur tiga tahun lebih. Kemudian dia nampak anak dia pandainya lain macam. Aku pun nak jugak...

Nak jangan ko xberenti-berenti menyusu sudah.. Mama ko ni tak ada banyak kekuatan.

But bukan aku tak nak berhentikan tapi ya ampun susahnya la hai. Bagi yang dapat anak senang nak berenti, senanglah hati korang. Bolehlah pakai baju kebaya, dress dan segala bagai jenis baju.. Daku kecewa target raya hari tu dah boleh nak melaram tapi harammm. huhuhu... Susah bebenor nak lepaskan susu budak ni. Aku tak tahu macam mana ada yang kata dia tak guna apa-apa cara just slow talk je ngan anak. Kata kat diorang yang diorang dah besar dah tak boleh menyusu. Esoknya terus anak tu tak nak susu dah. Walllawei kalaulah sesenang itu. Aku bukan kata slow talk, memalam siap usap ubun-ubun kasi hempus sambil selawat tiga kali dan diiringi ayat manis berjela-jela. Buat pulak malam hari kelahiran hakeem tapi masih tak jalan jugak... Macam mana nih. Helpppppppp me..

Bukan tu, bubuh garam pun dah bubuh. Orang suh letak kopi pun tak jalan. Kotor baju aku ader. Ni nak try bawang putih tapi belum ada kekuatan. Any suggestion? Kalau korang nak kata itulah sape suruh cuti lagi lelama tu yang manja melebih budak tu. Tolong rentikan. Bernanah telinga aku dengar. Tolonglah bagi ayat yang membina. Jangan bikin wa panas hati....


Rasanya asal aku nak cerita pasal beza anak menyusu ngan tak menyusu, macam aku ngan hakem lain ngan pia lain, tapi menyimpang pulak. :)


3 Comment:

nita said...

baguslah kalau macam tu..anak2 saya semuanya sekejap jer menyusu badan disebabkan faktor kesihatan..

Hani Sidek said...

br dua tahun.ko pisahkan masa umo 2 thn stgh or 3 thn.br afdal.kena kejesama dgn hubby le.pisah tmpt tdo.bg dia tdo dgn hubby je.

Hani Sidek said...

br dua tahun.ko pisahkan masa umo 2 thn stgh or 3 thn.br afdal.kena kejesama dgn hubby le.pisah tmpt tdo.bg dia tdo dgn hubby je.