Raya dan AEON Station 18 Ipoh

Hai amacam raya korang. Heee ramai yang belum masuk keje. Masih di kampung sampai ahad ni kan. Aku semalam dah keje. Iolls amik cuti sehari jer.

Raya kat tronoh, tahun ni tak balik kelantan. 3 Hari 2 Malam. Petang raya pertama gerak, raya ke tiga petang balik. Ekpress....

Ini bukan baju raya ye. Nak naik car casual lagi senang...



Raya ke dua baru melawat sedara mara. Malam merewang ke AEON Station 18 Ipoh. Esoknya ulang lagi ke AEON. Tak puas jalan dua jam semalam. Seronok window shopping dari beraya kata ko... Petang balik.

Tronoh bukan ada apa sangat. Setakat keropok tronoh.com.my tu je kebanggaan. Pehtu mee udang tronoh sedap katanya. Macam kat Kuala Sepetang. Tak tahu ler aku yang tronoh pun tak dapat dapat makan lagi. Asal balik kedai tutup. Inikan nak rasa yang kuala sepetang... huhuhu

But bila bukak tesco berpusu orang datang kendian AEON ni. AEON sini best. Ada butik Padini, Guess, Charles & Keith, Giordano, Bata, Daiso dia pun lain dari IOI Mall. Sales pun giler-giler. 80% and 70% + 20%. Berapa kos sehelai baju tu?...

Coz kitaorang tinggal rumah bini no-2 abang aku, bini dia balik kampung, malam raya ke dua tu decide makan kat foodcourt AEON.


Al mahal betul air dia. Air ni je yang tinggai nye pun. Mintak air buah tak ada, milo habis, teh ais tak cukup bahan. Tiga minuman tu RM 8.90. 


Makanan hanya ada yang jenis cam ni. Bukan tekak anak putih azib lah. Tapi what to do... No choices.... Nak order KFC pun tak dapat. Semua makanan licin. Semua pakat makan luar nampak. Muak eh makan ketupat lemang rendang....

Esoknya tu kitaorang pi sekali lagi AEON memborong kat Daiso and beli selipar hakeem ngan pia kat Padini. Teringin nak deco deco rumah katanya. Malam semalam tak sempat masuk Daiso dah lewat. Nanti eh tunjuk hasil rembatan... Terapi betul dapat shopping...


Before gerak balik singgah dulu makan mamak. Untuk anak-anak nasi putih ayam tandori ke tu eh. Aku jarang mamak. Dewasa dewasa makan mee and maggie goreng mamak. Dap... Heaven... Malang tul sapa tak makan mamak... Mr. mama lah tu...

Itu je lah raya kami biasa-biasa aje... Baju raya nanti kita show off na....(^____^)


6 comments:

Ann Ishak said...

betul2 makan dekat luar je ye :)

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dan selamat hari raya ke-5,maaf zahir batin..wahh..nampak sedap jer makanan tu..

Rohani Hashim said...

Ha time raya ni aziekompom semua sold out kan. Ramai jugak ke shopping mall time raya. Hany igt mlm ni br nk g giant beli brg2 keperluan mak kt rumah ni. Kompom pemuh gak ni...

Mimi Azirah said...

mee goreng mamak sedap tuh..mkn lak ngn telur goreng perghh lg sedap

Nora Karim said...

Cepatnya abis cuti... kenapa cuti kejap sgt azi?

Nora Karim said...

Cepatnya abis cuti... kenapa cuti kejap sgt azi?

Argyle Creme Template © by beKreaTief | Copyright © AZIAZIDAH.BLOGSPOT.MY