19 August 2014

Pengalaman Cirit Birit

Cirit Birit?

Dalam minda aku bila kata orang kena cirit birit. Ok... Tak pernah dan sesekali tidak ok untuk aku cuba selami macam mana perasaan orang yang kena cirit birit. Sakit ke mengharap ehsan ker... Ko kalau dah cirit birit pergilah masuk tandas buang air besar. Gitu? Langsung tak ada perasaan.

Even mr. mama pernah kata " ma pa cirit birit..." Aku like ok... Duk la dalam tandas lelama buang apa patut. Sekali kena kat batang hidung sendiri baru tahu hazabnya. Sakit ko. Tersangat sakit. Tuhan saja yang tahu lebih lebih lagi time mengandung.

So kat sini aku nak sound sesiapa yang cuba nak menipu untuk dapat MC dengan alasan cirit birit rentikan. Ko tahu ke kalau cirit birit apa jadi kat sistem dalam badan ko. Air dalam badan kurang ok. Sangat tak baik bagi ibu-ibu mengandung tu... Aku sepanjang 33 tahun hidup, minggu lepas adalah kali pertama aku kena cirit birit. Rasa setengah mati....

Aku tak sure kenapa aku boleh kena cirit birit. Seingat aku hari isnin minggu lepas aku masak ayam black pepper. Ini masakan ayam black pepper yang pertama dalam hidup jugak. Masak tengahari tu habis, petang aku repeat lagi masak. Sofea request. Sedap katanya. Kembang mak...

Esok selasa pagi gi keje aku makan nasi lemak tepi jalan lauk paru pastu tak makan apa-apa sampai malam. Tak lalu nak makan Badan rasa sangat lemah. Kat opis tido jer. Dan start petang balik dari kerja perut sudah mula memulas. Aku tak rasa aku sakit perut sebab nasi lemak tu tapi lebih pada ayam black pepper tu... Maybe sos tiram aku dah rosak...

Pertama kali pergi buang ok. Dua kali ok. Kali ketiga tak sempat terkincit dalam kain. Dan sampai esok pagi tak kurang dari lima kali aku terkincit dalam kain. Habis selonggok kain busuk dalam bilik air. Ke tandas dari pukul 12 malam sampai tujuh pagi selang dua minit tercirit. Hazabedah betul. Belum masuk muntah muntah. Makan muntah, minum teh pekat muntah. Minum air cirit. Malam tu sepanjang malam aku tak tido. Selang dua minit masuk toilet... Kalau aku baring lagi senang terkincitnya. Jadi sepanjang malam tempat aku hanya di sofa dan tandas. Esok lepas hantar anak ke sekolah terus terjah klinik kesihatan.

Aku jumpa doktor mengandung. Korang sapa yang mengandung kena cirit birit better jumpa doktor mengandung terus. Depa lebih tahu. Doktor suruh buat ujian air kencing. Hasilnya memang air dalam badan dah kering. Doktor bagi MC satu hari. Pergi amik ubat. Dapat tiga jenis ubat. Ubat cirit birit, ubat gastrik dan ubat air garam.

Nampak kalau korang tak cirit birit tapi tipu cirit birit bila buat ujian air kencing tengok air dalam badan ok jer memang sah2 doktor detect uolls menipu.. Esok kata doktor kalau tak ok kena pi spital. Tapi aku tak pergi walaupun masih tak sihat. Sah sah kalau pergi kena tahan kat wad paling tidak semalam. Ngak mahu!!!

So tanggung lah aku cirit birit tu selama empat hari. Tapi hari ketiga tu dah berkurang banyak... Now dah much better tapi aku tak berani nak buat kerja berat berat termasuk menjahit. Aku dah declare kat sesetengah customer, aku surender menjahit sampai lepas bersalin nanti tengok macam mana.

Weekend hari tu aku cuba sapu sapu kat luar rumah pun badan dah rasa lain macam. Penangan cirit birit memang teruk... Hilang nikmat makan. Sekarang makan aku pilih yang tawar-tawar like ikan goreng ayam goreng. Tak berani nak amik yang pedas-pedas. UV blog pun jatuh merudum.. huhuhuu...




No comments: