Diikutkan aku jenis yang tak berapa gemar sangat shopping online. Terus terang aku sedikit fussy dalam pemilihan barang. Eh bukan banyak actually. Aku ngan kakak aku sama jer... kalau tak terdesak memang tak ler nak soping online ni.
Walaupun jika dikaji shopping online lagi menjimatkan. Beli offline, duit parking, makan, jajan anak anak lebih dari harga postage. Tapi sebab beli online tak leh nak rasa rasa pegang pegang barang tu yang buat aku lebih rela di shopping complex.
But sekarang banyak barang yang jual online tak ada jual kat shopping complex. Kalau ada pun susah nak jumpa. Jauh dari rumah nak terjah. Nak tak nak kenalah shopping online jugak.
Ingat tak aku pernah shopping kat Zalora dulu (baca di SINI). Beli baju tu pun sebab dapat baucar. Nasib ok. Sampai sekarang baju tu dah banyak kali tersarung dibadan aku. Lepas tu aku beli lagi sekali kat zalora (SINI ceritanya), skirt tu aku pakai tak sampai lima kali kot. Sebab skirt tu berbulu. Rugi sikitla.
Pastu aku terjebak pulak beli kat Poplook. Orang nak berpoplook hati aku pun meronta nak jugak. Tengok orang beli baju poplook ni cam best jer. Retis pun banyak pakai. Ala mesti dapat sponsor dari poplook kan.
Yang ni aku tak de postkan dalam blog. Sebelum beli macam biasa aku survey dulu. Tiap hari lah aku telek laman web poplook. Siap masuk group group poplook walaupun ketika tu tak beli apa lagi. Tiga bulan kot aku duk baca review orang orang yang beli barang dari poplook ni.
Dan hingga kehari ni aku dah beli baju kat poplook hampir 5 ke 6 helai. Dalam semua tu separuh aku dah let go. Sekarang tinggal yang betul betul aku sedap pakai jer. Beli kat poplook ni tak rugilah sangat bagi aku sebab biasa aku beli time diorang buat sales. Kalau tak de sales pun bila kita tak suka boleh jual kat group2 poplook. Laju je orang nak beli.
So kesimpulannya susah beli pakaian online bagi orang yang fussy macam aku. Selalu dapat cutting tak sedap dengan badan. But tu lah zaman IT manusia... Sentiasa terdedah dengan semua ni, dah tau kadang beli tu menyecewakan pun tetap tak serik. Nak beli dan terus beli walaupun upset sikit. Cuma beli online ni kadang-kadang best jugak sebab kita duk dup dap dup dap tunggu barang pastu tengok samaada barang tu bagus ke tak. Bila bagus suka kemahen. Bila tak ok menyesal pastu beli lagi... hahaha...
Minggu lepas jumpa satu laman web ni... Murah giler barang yang dia jual. Actually lama dah tahu pasal kewujudan web ni sebab ramai blogger blogger sibuk mereview. Dan sekali lagi i is terjebak. Kebetulan memang barang kat dalam tu my sister ada nak beli. Ikutkan aku nak hold hold dulu beli. Cam dah serik sikitla beli online.. Tapi dah kakak aku nak beli so bolehlah kita sharing sharing duit postage. Jimat di situ...
My sis tu sangat taksub ngan tempat letak payung tu. Kat cosway dulu ada jual now dah tak ada. Kat daiso pun ada, dah pernah beli tapi tak berkualiti. Nak suruh adik dia ni jahit malas. So bila jumpa kat nile.com.my tempat payung tu terus rasa nak beli. Gambar yang diorang tunjuk tu pun cantik...
Lepas tu sembang sembang pasal handbeg pulak. Perempuan gitulah ada je benda nak diborakkan pastu perabihkan duit. My sis kata dia ada dua tiga handbag tapi asyik pakai yang sama je sebab susah malas nak transfer barang dalam beg tu ke beg lain.
Kebetulan ternampak ada beg yang boleh letak barang dan mudah nak transfer ke beg lain. Apa ntah nama beg tu. Murah pulak tu. Terus tangan menggeletis nak tekan-tekan masuk dalam my cart. Pastu syaiton hasut kata rugi beli dua tiga barang tapi bayar duit postage sama je so tambah tambah lagi barang lain yang tak sebenarnya penting pun beli jugak. Syaiton pun di persalahkan padahal... Habis lebur dekat lima puluh ringgit. Tak banyak tapi duit jugak kan... Hai apsal heaven betul dapat perabih duit ni....
Alhamdulillah bila sampai keseluruhan barang tu aku agak berpuas hati cuma hat tempat letak payung tu tak sama dengan my expectation. Tapi selamat dah sangkut kat dalam kereta. Membebel bebel jugak dengan my sis kata kurang berkualiti tapi bila letak dalam kereta macam cantik jer macam berbaloi jer jugak..
So bagi aku oklah setakat aku membeli belah secara online ni tak ada lah yang rasa ralat sangat sangat. Like kena tipu mmg tak pernah lagi sebab aku kalau nak beli mesti buat kajian dulu. Tengok seller yang betul betul trusted. Aku kalau nak online shopping kat satu satu seller makan dua tiga bulan tuk buat kajian... Kadang sampai barang pun dah sold out. Hihihi...
Owh lupa jugak aku pernah beli barang craft secara online jugak. (Baca NI). Yang ni memang tak de regret sebab barang craft kita dah boleh agak material dia macam mana. Lagi satu kalau beli kat luar memang mahal. Bagi peniaga kecil kecilan like me memang kena beli atas talian barang-barang craft ni.
Pengalaman shopping online korang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...
4 comments:
tak pernah beli online camtu, biasa beli kat fb order dan bank in pastu tunggu 2-3 hari barang sampai.. teringin juga nak mencuba..
sy nih jenis gile beli online...
Salam sis..saya nak tanye beli brg kat nile tu byr dulu ke byr masa dia hantar brg? Saya nak beli brg ni tp saya confused bab payment tu..
wslm. klu beli barang bawah seratus kena byr dulu. klu atas seratus boleh cash on delivery.
Post a Comment