Rabu lepas aku dapat panggilan dari ustazah kata sofea kena air panas kat tadika. Masa tu baru lepas makan jamuan raya. Betul betul dah habis mencekik dapat berita tu macam ok. I is cool. Lagi pun tahu sofea kuat. Or dalam fikiran time tu maybe kena sikit jer tu. Cara penyampaian ustazah pun cool je. Diorang dah bawak kat klinik kesihatan. Tapi aku still balik nak tengok jugak camna kan.
Sampai kat rumah ustazah tengok mata sofea merah sangat. Tak ada excited macam sebelum sebelum ni bila kita amik kat tadika. Pastu pia cakap pia sakit. Sedih betul aku tengok keadaan dia macam tu...
Tempat terkena air panas.
Masa ni tak nampak sangat how teruknya luka tu sebab doktor dah sapu cream tebal tebal. Bila petang tu baru nampak ada gelembung gelembung kat peha plus teruk jugak lah. Itu pun nasib baik kena kat tang peha tu jer. Tak sampai seluruh kaki.
But aku and mr. mama tertanya-tanya jugak cam mana boleh jadi gini. Kata sofea lari lari pastu terlanggar cikgu yang tengah pegang air panas. Can u imagine kalau budak lari langgar cikgu bukan air panas terpelanting ke depan ke. Or maybe cikgu tu berpusing lalu tertumpah air panas kat kaki sofea means peha sahaja? Ntah lah... Nak fikir benda ni memang tak berkesudahan. "Benda dah nak jadi".... the best word can say... Hurmmm...
Lepas tu sofea tertido kat rumah ustazah sampai mr. mama datang amik kitaorang. Kena tunggu mr. mama datang, sape pulak nak angkat sofea masuk kereta dan turun kereta nanti. Aku dah tak larat.
Hari ni dah masuk hari kelima. Keadaan makin teruk. Kulit gelembong tu dah terkopek plus ada nanah. Nak jalan maybe rasa terterik. Terhencot hencot sofea berjalan. Nak bubuh ubat pun susah. Selalu bila sakit aku bubuh ubah waktu tido, ni dalam tido pun dia boleh sedar. Jelaslah sakit sangat...
Sape-sape tahu tak camna nak bagi cepat baik luka terkena air panas?. Ramai yang kata kena basuh dengan air bebanyak lepas terkena air panas tu, sapu dengan sabun jer. Tapi semua tu sebelum letak ubat. Ini cikgu sofea lepas kena air panas tu tindakan diorang sapu dengan minyak gamat... Sad....
1 comment:
kalau dah sampai bernanah rasanya kena makan antibiotik tu Azi..
kesian Sofea, aunty tengokpun terasa sakit..
Post a Comment