06 September 2017

Ke wet world shah alam dengan tiket murah

Last kitaorang pergi wet world shah alam adalah tahun 2015. Masa tu gst belum bermula. Harga tiket quite murah . Berbanding sekarang kalau nak pergi memang fikir dua tiga kali. Nak nangis tengok harga tiket. 

Dulu dewasa baru RM 20. Kanak-kanak RM16. Sekarang...  Dah naik 50%. Ni sebab gst ke apa ni. Tu yang kena mandi kat pusat akuatik shah alam jer tu..


Baru-baru ni ada orang share2 kat fb pasal tiket murah ke wet world. Wetworld shah alam, pedas & batu pahat. Aku nak wet world shah alam sahaja. Dekat dengan rumah. Lepas usha-usha dua ploh empat kali dengan yakin + ragu aku pun beli. Takut jugak kan.

Dapatlah booklet berharga RM29.90 + RM8 (postage). Dalam booklet tu ada 8 tiket free (4 wet world shah 4 wet world pedas)  & 20 tiket buy one free one (10 wet world shah alam & 10 wet world pedas). Valid until 30 april 2018.

Boleh register untuk lucky draw juga. Doakan semoga aku dapat motor tu ye. Amin amin ya rabbalalamin. 


Selasa lepas 29/8 perginya. Cuti sekolah plus laki pun cuti hari tu. Sebabkan kitaorang empat orang je, sib baik airis ngam-ngam 90cm. Guna 2 tiket percuma dengan satu tiket buy 1 free 1. Rules dia memang macam tu. Nak guna tiket free kena bayar satu buy 1 free 1. Tak per still murah lagi. RM 29.90 + 8 + RM30 = RM 67.90. Kalau tanpa booklet kena bayar RM110. Jimat banyak kan. 


Lepas ni kalau pergi lagi boleh guna tiket free dengan buy 1 free 1 kena bayar RM30 jer. Ingat nak pergi cuti sekolah bulan 12. Pastu next, cuti sekolah bulan 3 tahun depan. Masih ada banyak lebih tiket lagi tu. Ingat nak bagi je ke siapa-siapa nak. 



Dari kul 11 sampai kul 3 petang duk mandi bawah terik matahari.  Budak ni kemain lagi tak nak naik. Kalau tak paksa balik boleh larat sampai 6 petang tu. Disebabkan lapar tu yang balik cepat. 


Dalam tu tak boleh bawak makanan. Air je boleh. Beli kat atas ni RM5. Nugget tu ada 5 ketul. Dah la mahal tak sedap pulak tu. Kentang sejuk. Ayam tu rasanya ayam kari dia goreng balik. Sabo je. 


Disarankan korang bawak lah makanan dari rumah. Masak siap-siap. Nasi lemak ke. Nasi berlauk ke. Better nasiklah. Main air penat. Cepat lapar. Bawak tikar sekali. Tengahari keluar sekejap makan kat bawah bawah pokok kat parking tu. Nanti nak masuk balik pergi kat kaunter bayaran tu suruh cashier punch balik gelang kat tangan tu.


Dia walaupun tak leh bawak makanan kat dalam tapi boleh keluar makan kat luar. Maybe diorang tak bagi bawak makanan untuk menjaga kebersihan kawasan kot. Aku hari tu bawak bihun. Tak berapa nak kenyanglah. Tak plan nak pergi asalnya.


Korang nak tiket wet world murah, pakej percutian murah pun ada. Searchlah fb 'Noor Hidayu Roslan'.

1 Comment:

nita said...

Berbaloi jugaklah kan..
Tengok anak2 happy jer main air.