Macam dah lama tak cerita pasal aktiviti menjahit baju. Last bila eh...
Tapi itu lah dari hari tu sampai ke hari ni tak banyak kemajuan pun yang boleh dibanggakan dalam menjahit baju ni. Masih lagi ditakuk yang sama.
Jahit pattern baju yang sama dan masih menggunakan free pattern diinternet. Memang kena buat sesuatu ni untuk meningkatkan kemahiran. Maybe pergi kelas ke.....
Flutter top. Sebelum ni pernah buat flutter dress. Sama jer konsep dia. Cuma pendekkan labuh baju. Pattern ni aku print kat SINI.
Kain baju ni kawan aku bagi. Lebihan dia buat baju. Dapatlah buat baju kecik gini.
Ini pun kain orang yang sama bagi. Buat eloise top. Pernah buat sebelum ni. Boleh baca SINI.
See. Pergi balik pergi balik dua pattern ni je yang mampu di buat. Sebab ini jer mudah. Insyaallah ada masa/rezeki kita cuba pattern lain pulak.
1 comment:
Bestnyerlah pandai menjahit... comel baju eh
Post a Comment