27 September 2017

Free Name Card daripada Pixajoy

Baru-baru ni aku ada buat name card tuk business beg jeans aku tu. Sajalah buat. Senang orang nak tahu kat mana nak tengok contoh-contoh beg jeans yang aku buat. Dalam name card tu dah ada nama fb/ig/blog dan no wasap. Aku jarang bagi no hp aku kat orang. 


Lagi pun nak buat proper sikitlah untuk business. Kalau boleh nak serius dalam bidang ni... Kastam dah nak korporat. Kang kalau jadi apa-apa adalah backup. Hari tu dah buat photobook beg jeans


Now... name card free ni pulak. Buat dekat pixajoy.  Kalau sesiapa yang nak buat name card especially blogger boleh lah jengah web pixajoy. Setakat hari ni masih ada lagi name card free ni. Sehari diorang provide untuk 50 orang customer yang terawal sahaja. Rasanya marketing strategi diorang kot bagi name card free.


Aku design ikut template yang dah sedia ada. Aku pilih untuk buat dua design. Free namecard 100 keping. Tapi sebelah muka jer. Dah free kan pastilah ada kekurangan. Tapi ini pun dah cukup ok. Kalau yang berbayar boleh buat dua belah muka. So aku buat 50 untuk namecard. 50 lagi thank you card untuk customer yang akan beli beg jeans aku.

Name card free tapi delivery kenalah bayar RM8.48. Siap dapat box tu tau... 


History : Submit order/buat pembayaran pada 24/8(khamis). 29/8(selasa) skynet call nak hantar parcel. Sebab aku tersalah tulis presint 3. Diorang tak jumpa alamat. Kebetulan masa tu aku cuti. Cuti sekolah, berturut dengan cuti merdeka dan raya haji. Jadi skynet postpone delivery sampai hari rabu (6/9). 

Apa pun bukan salah skynet. Memang salah aku sendiri keje kat presint 2 tulis presint 3. Sib baik budak delivery tu baik bila aku call tanya bila nak hantar dia kata jangan risau kak esok saya hantar. Hari ni saya nak hantar (5/9 -selasa) tapi tak leh masuk ada latihan kebakaran. Betul lah tu memang hari tu kastam buat latihan kebakaran. Terbaiklah skynet.

1 comment:

Hani Sidek said...

Wa.. menarik... keep it up azidah. Semoga terus sukses. Beg jeans ko mmg ohsem. Aku pakai gi koje kalau tak on duty...

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.