20 September 2017

Gian mem'photobook' - photobook ketiga

Ya allah sejenis gian apa ntah asyik buat photobook sekarang. Photobook yang ketiga ni aku terima dekat sebulan yang lepas. 


Kali ni buat khas untuk letakkan gambar sofea. Sofea belum tengok lagi photobook ni. 

Dah lama dia mintak nak tengok gambar dia masa kecik-kecik. Semua gambar simpan dalam thumdrive  jer. Sejak dia lahir sampai sekarang umur 8 tahun tak pernah cuci pun. Ni nak suprisekan dia time birthday bulan sepuluh nanti.


Macam biasa beli voucher kat lazada RM1. Postage RM8.48. Total cost RM9.48. Kali ni design guna online software. Lagi mudah. Dah siap ada readymade template. Yang ni aku pilih template 'Pink Power'. Sofea suka jenis girly-girly cam ni.

 Muka depan

Muka belakang


Bahagian dalam

Puas hati. Ada satu lagi voucher yang nak di photobook kan...

Siapa yang macam aku sejenis gian berphotobook tak habis-habis. 

1 comment:

Shahida Dzulkafli said...

Rajinnya.. Saya tak terbuat lagi.. Suku jalan je dah give up..

Powered by Blogger. Blogger Template by Intikali.org. Supported by Iskael and BlogSpot Design.