07 September 2017

Kursus pembentukan keluarga sakinah

17 ogos baru ni, aku pergi kursus kat jabatan akauntan negara (ag). Sebelah opis jer. Kan kakitangan gov wajib kena berkursus tujuh hari setahun. 


Aku suka pergi kursus kat ag ni sebab kursus-kursus yang dianjurkan tak terikat dengan hal berkaitan perakaunan. Penceramah pun best. Yang ada nama dan dikenali. Tahun ni dah tiga kali pergi kursus kat ag. Masih tak cukup satu hari lagi kursus. 


Kursus-kursus sebelum ni semua best cuma kursus kali ni banyak sangat pengisian yang perlu diblogkan. Sebagai peringatan dan panduan. Takut terlupa.


Penceramah adalah Haji Hushim Haji Salleh. Masa tengok tentatif kursus member kata penceramah ni best. Sejujurnya aku baru pertama kali dengar nama dia. Memang best walaupun beliau dah berumur 60 tahun.



My sister pun dah terjebak join kursus kat ag lepas aku ajak. Ini kali yang kedua. Kursus kat sini bukan untuk kakitangan ag jer. Semua boleh join rasanya. Sebab masa isi borang online tu ada letak untuk jabatan-jabatan lain walaupun dalam memo tulis untuk warga ag. Sampai kursus sambil berbulan madu dengan suami/isteri.


Antara ilmu yang aku dapat hari tu. Gigih ko taip dalam hp. Almaklum datang lenggang kangkung. Pen kertas tak bawak. Sampai penceramah pun tegur pandai sangat ke sampai tak tulis. Betullah tu.... Memang apa yang dia bagitau ni ada yang kita dah tahu. Tapi selalu tak ingat. Bila kita tulis boleh jadi sebagai reminder pada kita. Selalu baca untuk merangsang diri kita. 

Hushim motivational ni ada buat kerjasama dengan kerajaan selangor anjurkan kursus keluarga sakinah kat morib. Dua hari satu malam. Duduk hotel. Free jer tau. Korang telefon lah no pa dia kat atas tu. Bagus sangat kursus ni. 


Tengok... Kalau dulu kita selalu diberitahu bahawa perempuan yang ramai tak kawin kan. Sekarang sebenarnya lelaki yang banyak tak kawin. Sebab lelaki sekarang banyak jadi penagih dadah. Belum lagi yang ada masalah kecelaruan jantina tu.


Tip nak elak anak jadi penagih & sebagainya adalah dengan PELUKAN. Nampak macam kita tahu kita selalu peluk anak kita kan. Tapi kebanyakkan kita peluk anak masa anak tu kecik. Bila besar dah tak nak peluk. 


Kawan aku sendiri ada cakap dia cuba jarakkan diri dia dengan anak lelaki dia supaya jangan selalu berpelukan. Bagi dia tak elok anak lelaki peluk mak. Eh come on kita bukan peluk yang menimbulkan ghairah tu. Pelukkan kasih sayang tak per... 


Bawah ni semua nota yang aku sempat catat dalam hp. Silalah korang membaca sampai habis. 




Harapnya korang faham point-point yang aku tulis. Ini lebih kepada reminder diri sendiri. 

0 Comment: