27 June 2018

Jual barang prelove di shopee

As you know, aku memang dari dulu suka menjual barang-barang prelove. Daripada cari.com.my, mudah, friendly fashion, blog, fb, ig hingga ke carousell semua aku dah pernah jual. Alhamdulillah sambutan menggalakkan. Kebanyakan barang yang aku jual laku la. Sebab aku memang selective terhadap barang yang aku jual. Kalau baju contohnya aku jual yang elok, tailor made atau ada brand.  Novel kebiasaannya baru baca sekali dua jer. Jual half price. Kalau dah condition dah kepek2 biasanya rm5 jer aku amik. Paling memberangsangkan sepanjang penjualan aku adalah jualan novel terpakai. First aku jual kat forum cari.com.my. Laju je orang dm. Ramai rupanya rakyat malaysia yang suka membaca sebenarnya.

Aku starting jual prelove tahun 2012. Now 2018. Enam tahun dah aku berkecimpung dalam penjualan barangan terpakai. (^.~). Bagi aku barangan prelove memang ramai orang cari. Sebab nak beli baru mahal terutama yang ada jenama. Atau diorang cari untuk guna satu dua kali jer. Cuma sekarang sambutan makin kurang terutama baju. Sebab baju sekarang dah murah. Banyak online shop yang kita boleh beli pada harga yang murah. Dari lazada, 11street, q10, ezbuy dan terkini shopee. 

Shopee barang dia murah sesangat kan. Baju blouse budak aku tengok rm10 pun dah boleh dapat. Baru pulak tu. Kebanyakan barang kat shopee ni dari cina. Jujur aku tak pernah lagi beli pakaian kat shopee. Tolong orang beli guna akaun aku adalah. Baju aku kurang yakin sebab takut terbesar atau tak muat. Cutting dari cina lain skit. Cutting dia kecik.

Walau pun tak beli baju, banyak jugak barang lain yang aku beli.  Pembelian pertama hari tu rak letak benang. Kemudian ada beli barang craft, mop and topup pun pernah beli. Kau mampu.. Mop pun beli online. Yang terbaru aku beli langsir masa raya. Orang beli langsir sebelum raya. Aku beli pas raya. Korang perasan tak sebenarnya beli lepas raya lagi murah dari sebelum raya walaupun pang pong pang pong seller canang ada sales. Padahal masih mahal mencekik. Langsir masih on the way dari cina. So selama ni shopee adalah medium aku untuk membeli belah je lah. Kebanyakan barang yang aku beli tu atas faktor utamanya sebab murah dan kat luar susah nak dapat. 

Baru-baru ni masa search kat shopee ternampak ada orang jual baju prelove, Harga baju kurung serendah RM 1 jer. Baru tahu shopee boleh jual barangan terpakai. Ingatkan new item jer. Makanya aku pun apa lagi sepantas kilat menjadikan shopee sebagai salah satu medium untuk aku mempromosikan barang prelove aku. Snap gambar baju bebudak tu. Dulu aku banyak jual baju kurung aku sendiri. Sebab permintaan makin slow. Jadi aku jual barang yang berpotensi orang nak beli jer. 


My shopee shop aziazib. Baru masuk lima barang je. Alhamdulillah dah terjual satu jubah airis sebelum raya hari tu. Terima kasihlah my first customer sebab percayakan my shop. Dapat rating 5star lagi. Actually aku pun macam kurang yakin orang nak beli ke tak baju prelove kat shopee ni. Sebab barang kat shopee tu banyak beribu-ribu yang kebanyakannya semua baru. Alhamdulillah RM10 pun duit juga. Rezeki dari allah....

Macam akaun kat carousell, aku hanya bercadang nak menjual baju prelove dan beg jeans jer. Beg jeans tak dan lagi nak masukkan. Maklumlah raya. Bz skit. Insyaallah dalam masa terdekat ni aku update. Jangan lupa jenguk-jenguk my shop k.

Korang yang selalu shopping kat shopee tu kalau ada barang yang nak jual tu bolehlah jual kat shopee. Customer kat shopee ni ramai. Kebarangkalian nak terjual tu tinggi. 

0 Comment: