03 July 2018

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit dengan Getvase Survey

Hahaha.. panjang sangat tajuknya. Hari ni share satu survey yang aku join. Ntah aku pun tak ingat siapa yang kenalkan aku dengan Getvase Survey.

Tapi aku dah dapat hasilnya sebanyak dua kali. Tak banyak tapi dia punya seronok tu mengalahkan dapat beribu. Padahal RM1 jer. Hahaha.. 

Mesti korang tergelakkan. RM1 jerrr... Sebab tu aku letak tajuk kat atas tu. Sikit-sikit lama-lama jadi banyaklah. Mana datang duit seribu kalau bukan dari sepuluh ringgit. Mana datang duit sepuluh ringgit kalau bukan bermula dari duit seringgit. Gittewww...




My first payment dari getvase.  Dalam tempoh seminggu dari tarikh kita cashout dah masuk dalam akaun.

Aku dapat sebab kakak aku join under aku. 5 orang pertama yang join akan dapat RM1. Yang berikutnya akan dapat 20sen. Kalau korang ramai kawan bolehlah invite diorang join getvase. Aku tak ramai friend. Selain rujukan atas kawan, boleh tambah duit dengan jawab survey yang diorang hantar kat email. 




Second payment. Survey dia tak banyak. Pendek-pendek jer. Aku suka. Santai je nak menjawabnya. 

Ni aku jawab dua kali. Dapat RM1.20. Satu survey dapat dapat RM1, satu lagi RM0.20. Yang best kat getvase ni tak ada had minimum nak cashout. Kebiasaan survey yang lain kena kumpul certain amaun baru boleh cashout. 

Memang duit ni tak banyak. Tapi aku pasti korang selalu kan keluarkan duit kat atm machine guna bank lain. So charge RM1 tu dah boleh guna dari duit dari getvase ni. Seringgit seringgit keluar setiap kali keluar duit dah berapa. Buatnya lima kali keluar, lima kali guna bank lain. Dah rugi RM5 kan?.


So jom sapa nak join KLIK KAT SINI.

0 Comment: