Ok, back to Klinik Desa .. lepas amik no., kena pi toilet, buang air kencing tuk misi check air kencing nanti, then pi kat penimbang timbang berat badan. Tengok naik sekilo ke, dua kilo ke, tiga kilo ke...Semua kena buat sendiri tak perlu nak tunggu arahan misi. Check up kat klinik desa ni kena buat-buat pandai, kena rajin bertanya kat orang yang dah biasa kalau tak ketinggalan, silap-silap no. anda takkan dipanggil nanti. Hari ni sib baik jupe member sekolah rendah, leh la tanya ke dia, tak la malu sangat nak tanya kat orang lain.
Pas siap buat hal sendirian berhad tu, 2nd stage adalah tunggu misi panggil nama untuk di smbil darah dan di check tekanan darah. 3rd stage pulak tunggu misi panggil nama untuk di check perut pulak. Misi nak mengukur perut sudah buncit tahap mana. Part ni dah masuk dalam bilik. Duduk berdua-duaan dengan misi nombor tiga. Part ni paling segan dan malu sih. Bila dah pernah bersalin, misi dah tak jaga tatasusila dan adab mengecheck, tanpa segan silu menarik baju keatas untuk melihat perut aku yang dah makin buncit. Tapi kan hari ini misi bagi dengar degupan jantung baby... Suka...suka...suka
Bila dah selesai check perut, last stage adalah sesi beramah mesra dengan misi. Selalunya kalau time aku mesti sekejap je sebab aku tak banyak tanya. Tapi ari ni misi sangat mesra dan ramah mulutnya sebab aku punya berat sudah naik 3.6kg dalam masa 5 minggu. Macam bertih jagung goreng mulut misi nasihatkan aku. Kalau kandungan bawah 5 bulan kenaikan berat badan yang dibenarkan hanya 0.5kg. Misi nak tulis dalam buku kandungan aku sebab hidangan makanan sangat sedap jadi aku pun terliur dan makan dengan banyaknya. Aku pun membalas kalau dah lapar saya ngapla semuanya. sedap ke tak sedap belakang kira yang penting perut kenyang.
Kesimpulannya hari jumaat ni aku kena gi klinik untuk minum air gula. Tak terkejut pun sebab memang 1st check up hari tu pun doktor dah suh minum air gula sebab first baby aku dah ada kencing manis. Dan doktor jugak suruh aku datang klinik semula dua minggu lagi untuk buat pemantauan berat badan. Jadinya sesi diet aku harus bermula hari ini supaya apabila tiba hari jumaat insulin dalam badan aku dapat bekerja dengan sempurna sekaligus dapat menghindari penyakit kencing manis. Untuk itu aku akan membanyakkan minum air putih dan dapatkan makanan seimbang.
wassalam
2 comments:
azieee...hehehe beshnye baca crite azie nih, erkk nak tengok perot yang beso itu...huhuhu...
azie nnti cite lak eh bile kena minom air gula tu eh eh eh...
boleh2...nnti dh buncit benar perut ni azi kasi tayang....hi3
Post a Comment