24 May 2011

Pengalaman melahirkan Muhammad Amrullah Hakeem bin Mohd Zaidi

Sambungan Entri Ini.



Pas dh check out (macam duduk hotel) dari KPMC aku terus jumpa mak bidan untuk mengcheck samaada betul ke kepala babyku senget. Memang btul senget dan pas berurut terus rasa tak sakit apa-apa. Jadinya tak payahlah pergi hospital kerajaan. Biar pi lah dengan bukaan yang dah 3cm tu.


Esoknya pulak pepagi lagi aku dah pergi klinik pakar sakit puan di shah alam untuk scan nak lihat perkembangan baby, mana tau tup tup jadi apa-apa ke. Yang utamanya nak MC. Tapi takut jugak kan kalau tetiba baby dah tak aktif. Tapi doktor kata baby aktif dan kepala baby berada pada kedudukan yang betul. Lega dengar.


Dalam pada itu, hampir setiap malam sakit perut datang menyerang. Bila ku beritahu kat husband terus dia ajak pergi hospital untuk check. Aku memang dah serik nak pergi spital bila ingat apa yang berlaku sebelum ni. Jadi bila sakit lagi aku pendamkan aje kesakitan itu. Selama seminggu jugak sakit pinggang dan perut menyerang. Walaupun dalam hati ini rungsing memikirkan kenapa masih belum-belum bersalin tapi aku tetap dengan pendirian tak akan ke hospital selagi tanda seperti turun air/darah dan sakit perut yang melampau.


Di jadikan cerita pagi 27hb April sekitar pukul 5 pagi hujan turun dengan lebat sampai blackout rumahku. Aku, husband, mak mertua even sofea, masing-masing terjaga dan kami duduk didepan pintu. Walaupun hujan tapi cuaca terasa panas yang amat. Bila hujan reda sekitar pukul 6 aku bercadang menyambung untuk tidur semula. Dalam pada khayal mengulit tidur tiba-tiba aku rasa seperti air ketubanku pecah.


Terus aku bagitau husband dan kami sekeluarga bersiap ke hospital. Dalam 7.15 pagi aku dah sampai di hospital serdang. Nurse buat CTG dan check bukaan. Still 3cm seperti seminggu lalu. Nurse syorkan aku makan dulu sebab nanti dia nak pecahkan air ketuban kalau dah 4cm. Walaupun dah pecah air ketuban tadi still nak pecah kan lagi? Katanya masih ada lagi selaput yang tebal. Belum abis pecah kot.


Ku katakan ke misi bahawa aku tak larat nak berjalan jauh-jauh sebab tetiba sakit perut makin kuat menyerang. Jadi nurse suruh my husband aje belikan. Tapi tak sempat beli doktor datang check kata bukaan dah 4cm. Jadi tak dapat makanlah aku sama mcm melahirkan sofea dulu


Selepas itu sakit perut makin kuat menyerang. Sampai satu tahap aku menangis. Tak pernah ku rasakan sakit seperti itu masa nak melahirkan sofea dulu. Doktor pelatih datang menenangkan aku dan katanya nak bagi ubat tahan sakit. Masa tu dalam otak fikir air ketuban belum dipecahkan lagi, ubat tahan sakit tak dicucuk lagi. Tapi sakitnya memang aku dah tak boleh nak kawal. Melihat keadaan aku yang kritikal, seorang nurse datang check bukaan sekali lagi. She said full. Rupanya bukaan dah 10cm. Patutlah. Bergegas mereka bawakan aku ke labour room.


Akhirnya tepat 9.54 am aku selamat melahirkan anak keduaku.


*Bersalin kali ni tak kena gunting. Best best....

1 comment:

Unknown said...

Ngeri marya baca... Walaupun dah ade pengalaman tp kata org pengalaman setiap org tak sama... Syukur... Marya c-section dulu... Dpt rs sakit bersalin tp kena jgk operate :'(