Jumaat lepas excited update/promote business di internet sampai Hakeem dan Sofea menangis pun aku buat dont know jer. Maaflah anak-anak mama, mama ada kerja urgent yang nak di siapkan.
Bila dah siap kerja memang tak sempat nak shut down netbook. Bergegas nak ambik/dukung Hakeem. Jadi terus tutup je netbook tanpa shut down. Dalam tergesa-gesa tu tak sedar rupanya wayar charger netbook dah tertindih dengan screen netbook.
Bila bukak balik netbook tak lama lepas tu tengok screen dah retak seribu. Separuh permukaan screen dah keluar warna putih dan hitam. Aku cuba-cuba try (3x ayat sama ni) lap screen sana sini. Ingat boleh elok. Tapi tak jalan. Kena antar ke pakar jugak.
Bila bagitau mr. edy, terus mr.edy call asus service centre, diorang kata kalau nak baiki sebab kerosakan macam tu biasa dalam RM500. Memula asus akan check dulu netbook, kemudian keluarkan quotation then kalau kita setuju diorang akan baiki. Kalau tak setuju still kena bayar RM100 untuk khidmat pengeluaran quotation. Mak ai mahainya asus. Terus aku tak jadi nak baiki kat asus.
Baik aku pergi kedai baiki komputer yang biasa2 aje. Aku decide pergi kedai kat kg. melayu subang. Kawan ipar duai punya. Bila dah check kedai ni nak RM450, pas tawar menawar dapatlah kurang RM380 dan diberi tinted percuma. Kalau nak murah dalam seratus lebih ada, barang second hand. Tapi kalau nak pakai second hand punya barang pun kena tunggu dulu tak tahu bila.
Aku memang malas nak survey-survey dah kat kedai lain. Aku dan mr.edy tawakal baiki je kat kedai tu. Senang citer. Memang urgent nak guna netbook. Kalau tak de netbook susah nak buat kerja.
Haa...that why dah dua hari tak dapat online and update blog. Anyone missing??
1 comment:
haish,, banyak2 kan lah masa lain kali yaaa,,ahahaa...
klo sudi jemput singgah blog ku.. :(
Post a Comment