13 May 2012

Dah pandai makan guna tangan

Seronok rasanya lepas usia hakeem melepasi setahun macam-macam dah dia pandai buat. Sejak dah pandai berjalan makin menjadi-jadi perkembangan otak dia. Khasiat susu ibu agaknya. :-)

Hakeem pun makin pandai ikut arahan yang diberi. Dah pandai angkat baldi letak kat bilik air, ambil towel bila nak mandi, letak baju kotor dalam baldi.

Baru-baru ni aku dah mula ajar makan sendiri. Langkah pertama bagi dia try makan biskut sendiri dulu.


Aku tak berani nak ajar hakeem makan bubur nasi sendiri lagi. Bukan tak berani sebenarnya tapi aku malas nak sental baju. hi3.. Tahu-tahulah, kalau dah mula bagi dia makan bubur sendiri confirm baju kotor nyer.

Masa tengah makan bubur, boleh hakeem pergi panjat meja makan sebab nak amik tin biskut. Nampaknya pasni stock biskut jacob ni kena sentiasa ada je kat rumah.

La ni dia dah tahu ini adalah biskut dia. Tiap hari wajib nak makan cikedes ni. Memang dia suka sangat biskut ni. Memang dah pandai dah nak makan sendiri. Tak mahu kita suap-suapkan lagi. 

4 comments:

Riena Haiqal said...

Hakhakhak... Pandainya hakeem.... Auntie nak sikit boleh tak? Haiqal memang dr dulu suka makan biskut dia guna tangan dia sendiri sebab kalau tak bg memang dia marah danmerajuk.....

IntaNBerliaN said...

sama mcm alisha la.. kalu dia nak biskut.. dia ambik je..

sk tgk gambar last tu.. cubit pipi kang bar tau.. comel sungguh!! :-)

Tasao Yumiko said...

seronoknyer.. hehe.. good progress.. ooo.. hakeem makan tangan kiri ek?? hehe.. ayan pun sama.. dah ajar tangan kanan tp dia passing makanan kat tangan kiri gak.. phewww.. :)

aziazib said...

rienahaiqal: azi baru je start bg hakeem mkn biskut ni, pas dh sthn ni baru ajar dia mkn mcm2..

intan berlian : comel eh...tq

momma AA: hakeem ikut suka dia jer, kanan kiri semua dia balon..hi3