Tapi sebab kedai barangan terpakai ni memang menjadi pilihan bagi sesetengah orang itu yang tergerak hati macam nak buat.
Almari ni menjadi rebutan ramai orang.
Almari atas ni macam biasa aku dapat free. Aku dapat daripada salah seorang customer yang sewa lori mr. edy. Orang Malaysia yang kaya memang kaya. Semua nak di buangnya. Cantik lagi kan almarinya...
Memula aku tak ada lah merancang nak guna almari ni. Macam biasa, aku letak semua barang yang orang kasi kat luar rumah je. Itu yang menarik pencuri nak datang rumah aku. Ahaksss...
Keesokan hari pepagi lagi kawan mr. edy call kata dia nak almari tu. Kawan mr. edy nampak almari ni semasa dia tengah buat rondaan. Dia polis...
Petangnya pulak ada jiran datang bertanya pasal almari ni. Dia tanya nak jual ker? Kalau nak jual, dia nak beli. Jiran aku ni kata lagi dia memang selalu beli barang terpakai.
Pastu boleh dia cakap lagi, hari tu dia ada nampak sofa kat rumah aku pastu dah tak ada. Tengok.. tingginya market barangan terpakai.
Fyi, bukan almari ni je yang ditanya, ada lagi drawer yang aku letak kat luar rumah pun dia nak beli. Tapi aku tak jual satu pun. Tak reti nak letak harga berapa. Dahla kita dapat pun free.
So dari situlah aku ngan mr. edy terfikir dan memasang angan-angan nak bukak kedai barangan terpakai.:-)
12 comments:
no wonder kak almari ne jadi rebutan..kat kedai mmg nak 1.5k juga almari jenis ne...sebab tahan..lebih2 klu guna jati asli.err,klu mama eca nmpk ne,jual harga murah..konfirm dia nak juga.hahaha..
boleh buka. biarpun barang yang awak dapat tu free, tak awak kene kira kos hantar, kos sementara letak dan upah. rasanya tak ada masalah kalau letak harga berpatutan dan berbaloi untuk awak sebagai menampung kos2 yang patut awak tanggung :) so saya sokong untuk awak buka kedai terpakai ni. sekarang guna internet je dah jadi mudah. selain dari dok bgtau dalam blog ni. boleh letak kat fb, mudah :)
SONOKNYA,NANTI POST KE JOHOR BLH?
SONOKNYA,NANTI POST KE JOHOR BLH?
KAK KITA NK ANGKUT TV+MESIN BSH+KIPAS+PETI AIS DR PUNCK ALM KE JB COST BERAPA?
KAK KITA NK ANGKUT TV+MESIN BSH+KIPAS+PETI AIS DR PUNCK ALM KE JB COST BERAPA?
KAK KITA NK ANGKUT TV+MESIN BSH+KIPAS+PETI AIS DR PUNCK ALM KE JB COST BERAPA?
memang tersangat cantik ar almari tu... memang tak heran la banyak orang yang nak... bagusnya kalau dah buat bisnes barang terpakai ni.. lebih ramai pelanggan sebab durang dapat harga lebih murah dari yang baru..
As salam Azi,
Dulu family Marya pun ada buat bisnes lori serta amik tempahan pindah memindah ni... Biasanya barang2 terpakai smmgnya sgt2 laku... Jual je ikut value yg sesuai, tak jadi kesalahan pun rasanya... All the best! Sabda Rasullullah, 9/10 rezeki dr berniaga... Marya doa perniagaan Azi sekeluarga diberkati ALLAH & bertambah maju... insya'ALLAH :)))
mmg tinggi permintaan ni... bagus lah bk bisness tu..
btw, almari tu mmg cntik..!!
Bagus juga beli barangan terpakai..tak membazir..dan harga lebih murah..Saya pun macam teringin juga nak jual barang terpakai..boleh dapat side income..kalau duduk hostel/rumah dulu2,bila nak habis belaja/pindah je,sibuk jual barang itu ini.Memang laku la,sebab semua studnt yang beli,dan mereka memang nak barang murah yang 2nd hand..-D
Post a Comment