Semalam aku pergi klinik untuk cucuk Hakeem. Cucuk Hakeem setahun. Cucuk MMR(1). Apa tu ha? Lupa pulak nak tak tanya ke doktor tadi.
Untuk pertama kalinya aku pergi dengan anak-anak je. Mr. edy memang tak cukup masa nak temankan kitaorang kali ni.
Jadi semalam aku gagahkan diri sendiri bawak kereta. Sebenarnya boleh je nak bawak kereta sendiri tapi selama ni ngada-ngada nak laki teman. Kih kih kih......
Aku tak checkup kat klinik kerajaan. Jadi bolehlah pergi waktu malam. Jalan tak jem. Orang pun tak ramai.
Bukan tak nak check kat klinik kerajaan. Sofea dulu dari lahir sampai setahun enam bulan setia aku berkunjung di klinik desa rumah aku tu. Tapi sebab dua bulan pertama lepas Hakeem lahir, boleh dikatakan setiap minit dia berak. Faham-fahamlah kalau pergi klinik kerajaan berjam baru siap.
Berat/panjang/lilitan kepala Hakeem pada usia setahun sebulan ialah 8.88kg/75.0cm/45.0cm.
Doktor kata Hakeem kurang berat badan. Iyelah mana taknya, last aku pergi cucuk masa tu Hakeem 7 bulan. Berat time tu 7.8kg. Selepas enam bulan cuma naik 1kg jer.
For yesterday kena bayar RM 94. Cucuk + ubat alergik hakeem.
4 comments:
mahal juga eh kat klinik swasta.
sy g cucuk kat kerajaan je.. tp xtau lak cucuk pe.. dorg suh cucuk, cucuk je.. xtanya lak...
eca: zaman sekarang ni semua duit. tp akak cucuk kat paed, klu klinik biasa lg murah sikit.
intan: itulah dulu cucuk kerajaan tak tanya2 pun, swasta ni byk explanation, kita bayar kan, semualah wajib ditanya.....
aik. mahalnya.. anak saya pun dah cucuk masa 30.04.2012 haritu.. tapi kat klinik desa ar.. takyah bayar apa2 pun.. hihi...
anak saya sama tinggi ar dengan Hakeem. cuma berat dia 8.2kg.
Post a Comment