27 May 2013

Review : First time shopping di Zalora

Yahoooo akhirnya berjaya jugak aku shopping di zalora. Orang lain dah lama berjaya soping daku baru terhegeh-hegeh. Takpe takpe biar lambat asal selamat.. hehehe..

Macam blogger yang lain, aku soping guna baucer RM 50.00 yang zalora beri. Cerita macam mana aku dapat voucher tu nanti aku up kat entri lain. Tungguuuuu...

Selepas dapat jer voucher lima puluh hinggit tu tetiap hari aku bukak laman web zalora. Sebenarnya masa dalam proses berbalas email lagi aku dah mula survey survey barang. Siap bookmark lagi barang yang aku berkenan. kihkihkih..


Aku aim nak beli baju. Aku pilih nak beli baju sebab aku nak cabar diri sendiri pakai baju ready made.  Amboi macam nak cabar bawak helikopter pulak yea. Tak dinafikan aku adalah seorang yang sangat cerewet bila nak beli baju. Kebanyakan baju aku, aku tempah. Even blouse dengan skirt pun bertempah. T-shirt tak la... Kiranya beli-beli baju online memang tak pernah. Kalau nak beli mesti nak try dulu.


Memang tujuan mendapatkan voucher percuma dari zalora adalah untuk melihat sejauh mana perkhidmatan dan kualiti barang online. Kalau bagus boleh beli lagi. Beli yang ready made lagi murah dari tempah. Anak dah dua kena pandai membudget. :p


Lagi satu aku tengok banyak blogger yang beli kat zalora ni review pasal kasut. Review pasal barang selamat apa brand bro... Reviewlah pasal benda yang mencabar sikit. Sila lempang saya, ingat beli baju mencabar sangat ke? Ye mencabar hati dan minda kalau dah beli tak muat, tak ngam ngam soi dekat bahu, dah beli tak cantik. Eh tapi kat zalora kalau size tak padan boleh tukar. Pemulangan percuma dalam tempoh 30 hari. Tapi kalau tak cantik tak bolehla tukar.


So lepas dah habis godek semua baju yang ada kat zalora, aku berkenan dengan satu kaftan ni. Terus aku add to bag. Add dulu sebab hari tu hari jumaat.  Malas kononnya nak buat transaction hari jumaat. Sabtu ahad cuti. Aku letak alamat opis. Ingat nak order hari isnin.


Pagi isnin bukak my bag tengok dah empty. Pasai apa.. Tak puas hati pi cari balik kaftan yang berkenan tu. Rupanya dah out of stock. Aduhai kecewa. Nasihat aku kalau korang dah berkenan dengan satu-satu item kat zalora terus je order sebab item kat zalora ni cepat out of stock. Aku tau cepat out of stock sebab  semasa entri ini ditulis aku sedang membuat urusniaga yang kedua dengan zalora. hewhew... Tahu mr. edy mampusss.... Pun nak terjadi kisah out of stock.


Then terpaksa menggodek lagi laman web zalora. Tapi tak kisah. Memang sejak dapat voucher dari zalora tiap-tiap hari pun aku godek. Tak sah kalau tak bukak satu hari. Aku suka laman web zalora sebab easy to access kat setiap item yang ada dalam tu. Paling best ada kategori untuk harga dari range berapa ke berapa yang kita budget. Sebab voucher tu rm50 so memang aku pi klik je kat clothing yang range RM0 - RM49. Wah ada ke harga RM0 kat situ... hehehe.. silap tu zalora...




Tak sampai sejam godek dah berkenan jubah ni. Eh jubah ke dress ni? Bantai je lah. Janji tutup aurat. Cantik kan.. Murah. RM 49.00. Brand first lady. Pernah tengok my friend pakai jubah ala-ala macam ni tapi tak de batu-batu harga rm60 above. 

Dengan kata lain barang kat zalora reasonable price. Kalau ada-ada masa boleh dapat lagi murah time diorang buat sales. Kena selalu check laman web diorang untuk tahu apa sales yang sedang berlangsung. Kalau payah sangat subscribe je newsletter.. Semua update terkini zalora, diorang akan email kat kita. So tak le kita terlepas kalau ada sales ke, discount ke atau item yang baru masuk. Daku sudah terbayang baju Jovian Mandagie. Tak lena je tido bila tahu tak lama lagi jovian akan launching baju raya kat zalora. Joviannnnn tunggu i simpan duit untuk beli baju raya mu.....


Anak dara sape yang comel ni? hoii dah mak dara anak dua okey..

Haa.. inilah baju yang aku order. Sangat selesa dengan size S yang ngam ngam terletak di tubuh badan ku. Aku order isnin tengahari. Rabu petang sampai kat tangan. Ngam ngam tiga hari. Eh dua hari setengah. Courier by GDEX. Masa order memang dah state yang penghantaran within 3 day.

Pueh hati den dapat soping di zalora

*Nak tanya sape suka beli barang online pada harga diskaun? Semua suka kan. Ada ke yang tak suka beli barang murah. Kalau ada curious nih... Ok ni aku nak suggest pada siapa yang suka beli barang kat zalora sebelum korang nak soping baik korang pergi lawat web iprice coupon dulu. Kat iprice coupon ni diorang ada bagi voucher diskaun kalau nak shopping kat zalora. Bolehlah dapat murah. Bukan zalora je tau tapi banyak lagi store-store online terpilih yang diorang bagi voucher diskaun.

5 comments:

Ann Ishak said...

yup, cantik baju tu :)

Unknown said...

da lama x beli dkt zalora lpas tgok bnyk complain last year.last beli pun tgah tahun lepas..skrg tengah cari keberanian nak cuba beli lagi kat situ =p tengok skrg bnyk jgk da bt review zalora da ok servis..

Cik Lily Putih said...

bestnya, service ok tak..

Myra Jay said...

Keciknya akak pakai saiz S :)

MJ tak berani beli baju sebab 2x beli baju online tak leh pakai sebab ketat.. hehee

BTW, memang cantik.. hitam warna selamat :D

IntaNBerliaN said...

iskk ni yg rs nk vbeli gk ni..