05 July 2013

Ho ho ho balik kampung

Ho ho ho balik kampung oooo balik kampung hati riang...

Haha belum posa, belum raya aku dah balik kampung. Sebab pasni raya baru balik. Aku saje ngikut mr. mama hantar barang pindah rumah. Kesian kat mr. mama kalau outstation mesti kena angkut anak-anak. Tu yang aku cuti mohon cuti. Sambil-sambil lawat tok tua. Isteri mithali wajib berada disisi suami. mih mih....

Tolonglah mr. mama jangan buat muka budget hensem! Menyampah den.

Jadinya ini kali kedua aku balik kampung naik lori. Kali pertama (story di sini) lalu terengganu so jalan rayanya kira boleh tahan lagi. Bayar tol harus jalannya cantik.

Kali ni aku balik ikut jalan kuala lipis, merapoh, gua musang. Hazab sungguh jalan nak ke kelantan. Bilala nak ada highway. Kalau aku di beri pilihan lalu jalan sekarang atau jalan yang kena bayar tol sah-sah aku pilih yang ada tol. Biarla mahal asal selamat. Dengan jalan sekarang, kalau kita bawak elok pun belum tentu selamat. Raya tahun lepas aku kena langgar belakang masa tengah jalan jem teruk.

Jalan kuala lipis, merapoh tu sekarang tengah upgrade. Diorang nak besarkan jalan. Ntah bila nak siap, lama dah tu. Yang aku geram, kalau nak besarkan jalan pun, letak lah lampu atau kon menyala cahaya tu. Ini tidak..... Kalau orang tak biasa lalu situ mahu terbabas. Pastu ada pulak malaun yang bawak motor pukul dua tiga pagi dengan tak ada lampu. Pastu bila accident mula salahkan kita yang naik pacuan empat roda ni.

 Budak ni tak ada keje lain. Main tepon je. Tak mengesah selasa ke tak....

Malam balik ke KL tu lori sikit punya banyak. Ada satu lori ni punyala kemut, tak kasi kitaorang potong. Udahlah bawak lembab. Time naik bukit tujuh tu boleh dia makan jalan dua line sorang2. Bila kitaorang nak potong terus bagi signal belah kanan, tanda ada kenderaaan kat depan. Geram, ingat jalan tu jalan dia sorang ke.

Time balik tu jugak mr. mama letih dan berenti kat petronas area Raub. Ada satu minah ni nak tumpang balik Klang. Perempuan pukul 4 pagi nak tumpang lori ni cuak jugak aku. Pastu mintak rokok sebatang. Sori hai hai bye bye.....

 Muka keseksaan dalam lori. Sempit..

Sape tak pernah tengok enjin lori. Ku persembahkan disitulah tempat bersemayam enjin lori. Dahulu aku pun perak tak tahu enjin lori kat mana, macam mana....

3 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Azi,k.atie pon sama gak..klu driver kitaorg cuti ke,HB k.atie htr brg..k.atie ikut temankn HB.Mmg seksa naik lori tp best..hihihi

Suria Amanda said...

Salam azi...SA pun baru tau enjin lori kat depan tu...

Myra Jay said...

Wahhh bestnyer... romantik gak tu dok atas lori :)

Myra ni nak pindah rumah gak tapi still under Penang jugak, nak hire macam jauh sangat pulak :)