15 July 2013

Resepi Sambal Jantan

Hari ni nak share satu resepi yang mudah kat uolls. Resepi ni my mil yang ajar. First time mintak resepi daripada mil. Malu (",). Coz my opismate beria nak resepi ni, aku tebalkan muka mintak. 

Serius segan nak belajar masak dengan mak mertua. Sebab dulu penah sekali tanya dengan mil macam mana nak masak apa ntah tak ingat, mil macam tak pandai nak ajar. So kalau aku berkenan kat satu-satu makanan yang mil masak, slalu aku skodeng je apa yang mil buat kat dapur then aplikasikan bila balik KL. 

Sambal ni sedap makan dengan nasi lauk ikan goreng or ayam. Macam sambal belacan. Tapi tahan lama. Tak perlu simpan dalam peti ais lagi bagus. Sebab kalau letak dalam peti ais kuah akan jadi likat.

Okeh cepat ambil pen dan kertas chef azi nak perturunkan ilmu ni..

Bahan :
  1. RM 3.00 Cili Api Merah
  2. 5 biji Cili Merah
  3. Kulit limau kasturi
  4. Cuka
  5. Garam
  6. Gula
Cara-cara :

Blender cili api merah + cili merah. Tapis air blender
Kemudian campur bahan blender yang telah ditapis airnya dengan cuka, garam, gula dan kulit limau kasturi yang telah dihiris halus-halus secukup rasa. Kalau nak berair lebih bubuh banyak cuka. Siap!

inilah ghupa sambal tu. sori tak dapat nak tunjuk close up, camera la ni xde..
apsal mil masak semua sedap, mee bodoh gitu pun sedap melampau-lampau...
 
Note : Sebelum hiris kulit limau kasturi macam kita hiris bawang tanpa ada air limau kasturi. Means buang air limau kasturi. Banyak kulit limau kasturi bergantung kepada tahap kemasaman yang anda suka. Kalau tak ada kulit limau kasturi boleh guna air limau nipis yang diperah. Bukan kulit limau nipis ye.


7 comments:

Myra Jay said...

Macam best je.. boleh la cuba resepi ni nati ;D

Unknown said...

nak tanya ... tapis air blender.. maksudnya air yang digunakan untuk blend cili tu xdigunakan???

aziazib said...

hafizd ahmad : ye air tu blend tu xnak guna...

Unknown said...

owhhh.. maknanya... air tuh digunakan untuk blend cili sahaja... lepas tuh tapis ambil serdak cilinya sahaja..?? macam tu...

lepas tuh campur garam gula dan cuka...

ok TQ.. nak cuba..

dah lama cari resepi ni... pernah makan dulu tyme ker kelantan... sedap!!!

tapi pernah dengar dulu... sambal ni mmg x guna setitik air pun...

Anonymous said...

mmg xguna setitik air sebab pakai lesung, cane nk tumbuk kalau letak air mmg terperecik la mase nk tumbuk cili tu nanti, nenek sy selalu buat..sy tengok je..hehe

Unknown said...

Sorry ye, tp ini bukan sambal jantan, sambal jantan hanya cili, garam dan cuka, yg ni sambal lain, ni sambal nasi berlauk biasa...

Anonymous said...

bru nak komen..skali jmpe komen ni..ya..smbal jate guna gula garam cuka je..selalunya lah..tp boleh kot tmbh versi gini..boh kulit limau