31 December 2013

Ponteng

hahaha.. Masuk hari ketiga pia sekolah dia dah ponteng. Aku tersentap sekejap bila balik keje mr. mama kata dua dua tido. Pia tak pergi school. Kemudian menambah 'demam'. Kejut kejut pon tak bangun. Kul sepuluh lebih baru bangun. Mandi pon tak hari ni... Ok ok dimaafkan. Kemain sungguh explain.. Kalau sesaja siap... Tapi kalau mama yang ponteng sekolah dulu tak pe.

Ni aku nak bongkar satu rahsia masa jaman aku kecik-kecik dulu. Matiklah kalau mak tahu.. Perasaan malas nak pergi sekolah tu rasanya semua orang ada. Dan perasaan itu hadir dalam diri aku seawal sekolah rendah. Sekolah menengah lagilah banyak perasaan malas. Pantang je aku sekolah asrama. Susah sikit nak memonteng. Sebab kalau sakit kena duduk dalam bilik sakit. Bilik sakit sebelah bilik warden. Sentiasa kena pantau. Dalam bilik sakit cuma ada tilam single dan bantal satu. Buatnya hari tu ramai yang sakit kena tido atas simen jawabnya. TV pun tak dak. Kitaorang sabtu ahad je boleh tengok tv. Itu pun ada time. So kalau sakit sangat tak best.. Lagi best pergi sekolah, petang malam kena pergi prep, kena solat berjamaah. Lepas maghrib baca quran sama-sama. Arghhh rindunya suasana asrama...Tapi bila zaman sekolah, macam-macam alasan nak cuti nak balik kampung. Nak je cepat habis sekolah. Boleh kerja, pakai baju cantik, bawak kereta. Bila dah kerja nak jadi fulltime housewife pulak. #dasarmanusia.

Tapi aku bukan kaki ponteng sekolah tau. Sekali sekala ada. Setahun kita sekolah dalam sembilan puluh lebih hari tu adalah tiga empat hari tak cukup. Pernah jugak setahun tu tak pernah langsung ponteng sekolah. Hebatkan. Itu yang boleh jadi pengawas ngan boleh kata every year naik pentas amik hadiah antara tiga pelajar terbaik kelas. Berlagak sangat nih. *Sekolah agama je sekolah kebangsaan i fail.

Ingat lagi reason aku tak nak pergi sekolah selalunya sekolah agama. Sakit kepala. Badan rasa tak laratla mak. Mak pon baik hati kesian anak jadi apa-apa masa bawak basikal terus bagi ponteng. Padahal kalaulah dia tahu anak dia tipu. Anak dia nak tengok cerita cina tiap petang pukul enam kat tv3. Ampun mak. Betul ni aku tak sempat mintak maaf lagi ni pasal ni. Tapi edah pernah buat-buat tipu sebab reason ni sekali je. Sebab nak tengok ending drama the drifters. Ke macam mana ejanya. Ingat tak ingat 20 tahun lepas punya kisah...


sekarang kalau anak korang tak nak pergi sekolah sebab sakit pastu duk depan tibi tak gerak-gerak sila was was.



30 December 2013

Short Vacation : Goldcost Morib Resort

Malas betul aku nak taip pasal percutian budget ni. Gambar pun banyak nak kena resize. Harap korang bertabah baca sampai habis macam aku bertabah menaip entry ni. Kalau dibiarkan malas memang tak terpublish entry ni kang.

Aku pergi Goldcost Morib Resort ni 16 Dec. Sempena birthday aku. Happy birthday to me, happy birthday to me. Happy birthday yang ke -32 tahun. Sehari dua lagi nak masuk usia 33 pulak. Pftttt...

Percutian tak di rancang. Tak pernah-pernah sambut birthday tetiba tahun ni macam nak sambut. So sambutlah kita. Beli voucher kat groupon. Pun tak sampai sebulan sebelum birthday. Aku amik package E (birthday package). Kalau tak guna voucher mau enam ratus plus plus. Kalau sebegitu harga memang idak ler teman pergi. Tak worth it. Mahal nak mamp...

So package E ni include breakfast, dinner and pas ke taman tema for dua orang. Dapat kek, hadiah dan sijil. Kalau nak deal paling murah RM168 tak de dinner ngan birthday set. Deal ni memang sokmo ada. Kalau tak de kat groupon ada kat living social. Kat streetdeal pun ada. Orang kata lagi murah. Tapi aku tak jumpa.

Aku bayar guna duit syiling yang selalu aku jumpa dalam poket seluar mr. mama. Tukar kat kios puspanita dapat dua ratus. Anggap macam mr. mama belanjala. #pujukhati.. Dapat laki tak romantik plus tak reti online-online ginilah. Lebihnya baru guna duit aku. Ntah duit aku ke duit mr. mama. Semua duit mmg aku yang pegang.


 
Kiddos..

Laki macam apatah mood. So kita tak payah amik gambar dia.

Bertolak pukul 12.00. Kul 1.30 sampai. Check in sepatutnya pukul 3 tapi sebab tak ramai orang kot boleh check in awal. Sebab aku pergi time cuti sekolah kena surcharge RM50.00. Memang dah state awal-awal. Atter tiap tahun bulan 12 cuti sekolah. #redha. Sebelum check in pi makan dulu kat area tepi pantai tu. Sekejap lagi nak bertarung dengan air confirm lapa kata mr. mama. So kita mencekik dulu. Padahal aku dah siap bawak bekal nasi goreng dari rumah. Balik main air melantak jugak nasi goreng aku tu.


 
Order ABC, air bandung, tembikai laici, carrot susu, telur dadar, kailan ikan masin, sup ayam, ikan kembung tiga rasa, udang celup tepung total rm 40.00. Okla cuma mr. mama tak puas hati ikan kembungnya kecik. Kuah meladung. tapi fresh.. 


Bilik hotel. Tak suka katil kena camtum asyik gerak.
Tv merangkap ruang tempat kitaorang celebrite birthday.


 Semua kotak tu aku bawak balik. Ada sewing kit, shaver, berus gigi, ubat gigi. hehehe...


 Tarikan kat sini off course jakuzi dalam bilik ngan taman temanya. You now what aku ngan mr. mama tak mandi pun dalam jakuzi tu. Mmg tak romantik langsung laki aku. Yang duk ulang mainnya hakeem ngan pia. Sampai kul 12 malam duk berendam malam tu. Tak kasi chance langsung mama papa nak privasi.:p

Lepas check in terus kitaorang main kat taman tema. Gambar dalam taman tema tak de sebab tak bawak kamera. Sebab package tu dapat dua pass untuk sofea kena beli lain. RM20.00. Hakeem tak kena sebab kecik. Masa masuk tu aku tengok ada budak yang lebih lebih sofea tak de pun pakai gelang pass tu. Si mr. mama tu yang bagus sangat pi tanya tu yang tukang jaga tu suh beli. Tak ukur pun ketinggian. So pesanan aku ler lain kali kalau bawak anak yang age dalam 4-5 tahun buat buat derk je masuk, jangan memandai tanya kecuali ditanya. Sebab masa aku dinner malam tu aku bagi je dua voucher makan pastu  terus nonong jalan. Penjaga pintu macam eh eh budak itu.. Cakap sesama diorang. Aku buat derk je. Sebenarnya diorang tak kisah pun.. hihihi..


 Taman tema air dalam resort. Senanglah nak turun. Aku duk tingkat satu guna tangga terus sampai taman tema. Tak yahla nak kena tukar-tukar baju. Basah-basah pun boleh naik bilik.

Resort dia kalau nak tahu tak lawa mana. Dari luar nampak kusam. Aku memula masuk macam ini ke? Tapi bila duduk ok jer. Pastu orang kata memalam ada bau busuk tu aku tak bau pun. Ada yang sendal pintu ngan tuala ke apa aku tak buat. Elok molek aku tidur sampai pagi. Then sofea bebangun pagi terus nak pergi taman tema lagi. Asal korang tak koyak pass kat tangan tu korang boleh pergi masuk lagi taman tema ni. So worth it jugak aku bayar dua puluh hinggit boleh masuk dua kali.

Orang kata kena request kalau nak bilik menghadap taman tema. Aku tak request pun dapat jugak. hihihi.. #nasib.



Malam tu kitaorang turun dinner around 8.30pm. Masa bagi voucher dinner kena tunjuk ic sekali. Nak bukti hari kelahiran. Pastu amik makanan macam biasa dengan semua  visitor. Tak ada keistimewaan tempat pun. Makanan semua tak kena dengan tekak aku. Kari ayam, kari kambing... kemamakan sangat nih. Anak-anak pun macam ermm je nak makan. Pastu pia sakit perut, mr. mama bawak naik kat bilik, aku still ngan hakeem cari makanan. Tekak lapar lagi. Then jumpa satu menu nama subu subu ke apa ntah. Rasa cam mee kuah/sup gitu. Kena sangat dengan tekak aku and hakeem. Dua kali mengulang. #dasar..

Masa makan waiter datang bawak kek, hadiah ngan sijil. Aku expect kek besar rupanya alahai kecik ciput je. Tapi sedap. Ingat nak bawak balik rumah tak dan malam tu jugak habis. Hadiah dapat bear. Not my taste. Sijil birthday Malaysia book record aku lupa snap. Naik kat bilik baru kitaorang potong kek. Terharu anak-anak ngan laki sama-sama nyanyi lagu tua kat mak encik. Sayang korang...

Esok pagi pi mandi taman teman sekali lagi ngan pia then dalam kul 9.50 am baru pi breakfast. Kena sound dengan waiter kat situ kata cafe dah nak tutup. Pedulik. Sekali lagi nonong masuk. Ada 10 minit lagi kan.. Pastu pi kat ruang makan terus amik makanan banyak-banyak. Sebab waiter dah remind kalau pintu ruang makanan tutup dah tak boleh amik. Ala 10.15 baru diorang tutup pun. So makanan sedap pagi ni. 

  hok aloh baiknya dua beradik ni. Kalau time naik sheikh memasing. #urut dada.



Hakeem tu geram nak pi mandi. Pagi tu dia bangun lambat aku mandi ngan pia je. Fun sangat berdua-dua ngan pia. Rasa dah besar anak dara aku ni. Lulus jadi peneman mama jalan-jalan lain kali.


 Hakeem tak mandi terus breakfast.

Mr.mama makan nasi dagang. Tak tahu apa rasa. Aku memang tak makan nasi dagang.

Sian pia kena makan cam gitu. Kerusi rendah sangat.

Favrite aku honey star. Tak de pulak...

Last-last pia mintak kerusi macam hakeem. Tapi sempit... Awak tu dah besar pia oi...

Birthday girl. (^.^)

My lovely family.
Kek palsu. Memang dibuat untuk orang tangkap tangkap gambar kenangan.

Masa nak berangkat balik. Aku upload gambar ni kat fb. Ramai boleh tanya apa motif aku. Ramai kata kasut tu cantik. Hah.. Petang tu aku pi kedai craft pun orang kedai tu tanya kat mana aku beli kasut ni. Cantik sangat katanya. Mana lagi. Bundle i la...


26 December 2013

Tadika islam finally

Tahun depan mesti ramai punya yang akan buat entry anak masuk sekolah punya. First day anak di tadika, masuk darjah 1, masuk asrama and so on. Sekarang pun dah banyak yang story pasal amik baju anak, pasal registration... 
Sebelum orang lain muak baca cerita budak sekolah baik aku buat cerita dulu. Pia dah mula start bertabika hari ni. Semalam daftar hari ni  class dah mula. Katanya minggu ni minggu menyesuaikan diri. Nak nangis ke apa waktu nilah. Tahun depan boleh mula belajar terus. Takdelah drama-drama. Kelasss tadika ni in advance ko.. Tapi anak aku tak nangis pun. Mr. mama kata 'pia papa nak balik nak berak'. Pia siap siap lambai-lambai tangan lagi. Tak heran lalu..
Aku actually betul-betul lega tau dah jumpa tadika untuk pia. Kalau tidak setiap hari tidur tak lena, mandi tak basah sejak tadika pilihan pertama tu kata tutup. hehehe.. Otak berfikir je nak hantar pia tadika mana. Pepatah kata alah beli menang memakai. Dah bayar mahal-mahal haruslah nak yang terbaik. 
Memula ingatkan nak hantar tadika yang selang tiga buah dari rumah. Tapi risau mr. mama kena outstation ke apa sape nak amik hantar and jemput pia nanti. Fikir punya fikir, last last minggu lepas hati tergerak nak call banner kat tepi jalan. Actually tiap hari lalu bawah terowong mesti nampak kain rentang taska & tadika ni. Dekat dua bulan banner tu tergantung tapi hati ni tak tergerak langsung nak call.
Minggu lepas tergerak hati call, ustazah suruh datang buat pendaftaran 25hb. Mungkin tuhan masih sayangkan kami. Bayangkan kalau aku hantar kat tadika yang first tu. Owner indian. Tentu tentu tak terap cara islam. Kat sini ada kelas mengaji, ada solat berjamaah.

Dihari pendaftaran. Aku orang terakhir yang buat pendaftaran. Mana taknya pendaftaran start pukul 9am - 11am, aku datang 10.55am. Muahahah.. Yang tudung hitam tu owner tadika.

Suka sofea dan hakeem main kat sini. Sampai tak nak balik. Selalu tadika yang aku survey semua sofea nak balik cepat. Maybe sebab tempat ni ada laman luas. Kalau tadika yang private kan banyak di kawasan perumahan. Space pun very limited. So diorang rasa tak bebas. Lebih-lebih lagi kitaorang duduk tanah lot.

Playground ni tak berapa bersih sangat. Masa tengah tunggu giliran pendaftaran ada jugak perasaan macam nak cari tadika lain. Bila tanya mr. mama, mr. mama kata try lah dulu. Tu yang aku move on.. Kalau lah mr. mama kata tak yahlah ma memang aku angkat kaki terus. Nampak sangat aku tak tetap pendirian...

Tapi takpelah asal anak suka, belajar ok sekolah pondok pun boleh. Kita sebagai ibu bapa memang mementingkan suasana persekitaran. Macam kawan aku cakap kat putrajaya pun ada tadika islam tapi diorang tak penting kan pasal penjagaan, makan minum mandi. Tak teratur katanya. Budak-budak sesukati keluar masuk tadika. Masa dengar tu terus aku macam cuak. Dan dan nak cari tadika lain. hehehe

Nasib mr. mama positive orangnya. Ke mr. mama pun malas dah cari tadika lain. Kata mr. mama kalau tak bagus mesti ramai mak bapak yang dah tak hantar anak diorang kat sini. Mesti ada orang complain.  Aku terfikir maybe mak bapak yang hantar sini tak choice macam aku. huhuhu... Tapi aku cuba be positive. Dulu inilah tempat sepermainan aku. Jatuh bangun aku kat sinilah selama enam tahun. Depan tadika nilah tempat aku sekolah rendah agama. Miss betul this place. Lama dah tak masuk kampung K ni. Kalau aku boleh berjaya kat sini tak kan anak aku tak boleh. Pia u can do it sayang... Bersusah-susah dahulu bersenang senang kemudian. Serba sederhana bukan asalan untuk kita tak berjaya. ececeh....



Yang pia pakai ni baju sukan. Baju rasmi sekolah tak beli lagi. Tak cukup stock katanya. Yuran sini jauh lebih murah compare dari private yang lain. Yuran pendaftaran termasuk yuran bulan Jan cuma RM 410.00. Bulanan kalau full day (7.30am - 5.30pm) RM170.00.  Kalau tadika sahaja (7.30am - 11am) RM60.00. Padanlah dengan harga dan service dia kan. Ko nak bagus macam mana. Dulu pun ko belajar kat kemas je. Jangan nak complain lebih-lebih. Lain ko bayar sebulan lima enam ratus, tak jaga anak kita betul-betul memang nak kena leku...


Start hari ni hingga 31hb nanti belajar dua jam saje. Pukul 9am - 11am. Sape-sapa nak hantar boleh hantar. Kalau tak boleh tak pe boleh start 2/1/2014. Sebab tahun 2014 baru mula ada transport and transit. 
Tadi pagi mr. mama dah hantar sofea ke tadika. Pia suka sangat dengarnya. Hakeem pun boleh lepak-lepak kat situ. Nampak serasila kat situ. Harap-harap berkekalan. Kalau ok hakeem 4tahun nanti boleh hantar sini. 

Oh ya silibus kat sini ikut JAIS. Aku suka bawah jais. Ada rezeki boleh hantar sekolah asrama agama macam aku. Biarlah orang tak suka anak duduk asrama sebab ada macam-macam kes. Tapi setakat ni aku masih rasa dengan duduk asramalah boleh mendidik anak-anak lebih berdikari dan menjadi insan berguna. Macam aku.. hehehe...

Kat tadika ni aku tengok jadual ada belajar jawi, math, science, BM dan apa lagi ntah xingat. Doa-doa harian. Bulan dua nanti ada kelas mengaji. Ini aku suka. Senang tak yah cari guru mengaji pulak. Mengaji diorang akan ajar sorang sorang.  Yuran mengaji RM15.00/month. Sebelum ni ada kelas taekwando. RM30/month. Sebab kurang sambutan dari ibu bapa diorang tak continue. Haii apsal mak-mak budak ni tak suka nak hantar anak belajar kelas taekwando. Bukan mahai pun. Bagus pe untuk tujuan mempertahankan diri... tak faham aku. Ustajah pun satu kalau dah tak continue jangan la tulis dalam schedule. Mak encik frust bebenor. Kalau tidak one stop centre dah. Tak yah aku nak cari kelas-kelas lain untuk sofea.

Toto hijau tu aku kena beli coz aku amik yang full day. Dua puluh lapan hinggit. Setiap orang wajib beli. Ikutkan buat apa aku nak beli kan. Aku sendiri jual toto... mihmihmih...

*Balik ni nak tanya lebih-lebih kat pia pasal first day school.


24 December 2013

Semua beg

Hai mak encik masih hidup lagi. kihkihkih.. Seminggu lebih tak update blog. Memula ingatkan nak update entry baru tahun depan saja. Tapi hari ni macam rajin setelah sabtu ahad dan semalam cuti/ Mood sekarang kata orang memang kelauttttttttt.. 

Badan penat. Serius weh penat ya rab. I need a rest. Bukan ke minggu lepas baru buat percutian budget. Itu pun belum story lagi kan. Cuaca sekarang tak menentu. Suara pun dah tak de. Sekarang bz dengan kerja, anak, suami, menjahit beg dan business bundle. Bundle ni ikutkan tak ada kena mengena dengan aku. Tapi kalau tak aku, sape lagi nak support suami sendiri... Mr. mama ni jenis yang cepat give up. Sentiasa memerlukan kata-kata perangsang dari bini. ececeh... So mak encik penat macam mana pun kena bagi semangat dan tolong jugak laki...  Sampaikan nak pegang mesin jahit pun tak sempat-sempat hah..

Banyak order pending nih!. Segan dengan orang yang order berbulan-bulan, beg tak siap-siap. Maaf mak encik memang tak sempat nak menjahit langsung sekarang. Banyak je benda nak disettlekan. 24 jam tolak makan minum berak canggung tido rasa masa tak cukup. Esok cuti pun ada benda nak kena buat. Nak settlekan sekolah tadika pia pulak. Pasal sekolah ni pun aku main tegeda je pilih. Dah nak sekolah yang betul-betul berkenan tutup pulak. Nanti dah settle betul-betul hal tadika aku up entry.

Bawah ni semua beg yang aku baru siap jahit. Ada dalam tiga empat orang dalam senarai menunggu. Thank you korang sebab sabar menanti.


 Tote beg ex opismate tempah. Nak terbang ke penang nih. From penang with love kata ko. Dah namanya pun sama dengan nama anak aku hah.


Sling beg sejiban sama macam kat SINI. Kain je corak lain.

-Pencil box-

Ni pun macam pencil box tapi besar dan tinggi. 
Nak letak buku bank ke makeup ke semua boleh campak dalam.

Promosi kecantikan kena ada.

Semua diatas oleh repeat customer. Dah dekat 3 bulan lebih order baru siap. Itu pun ada satu beg aku tak siap lagi. Dah siap sebenarnya tapi masalah button tak jumpa. So aku decide nak hantar yang ni dulu. Harapnya tuan punya diri sudi terima yang ini dulu. Mak encik dah malu sangat dah ni. Masa mula-mula terima order kata boleh siap cepat. Ini dah nak masuk tahun baru pun tak siap2 apa kejadah.. Tolong reply my email please...




- Sling beg saiz A4- 
Jangan memain tuan puteri perak pun order dari mak encik..

Dah selamat pos minggu lepas. Harap semua berpuas hati ye...

Cantik ke idok?

 



12 December 2013

101 perangai

Terlupa pulak aku nak menceceh hari rabu. so aku nak menbebel hari kamis.

Aku sedih tau korang setiap kali aku berjualan asyiklah telinga ni dengar ayat kak tak boleh kurang lagi ke? Regular customer ni.. banyak beli ni... Aku nak bagitau hati aku sensitip. Bila orang dah tanya aku jadi serba salah, terus aaa uuu aa uuu sambil dalam kepala mula dah nak turunkan harga barang tu. Haish kalau macam ni rugilah aku.

Kadang-kadang aku fikir barang yang aku jual tu dah murah sangat. Selimut lima ringgit mahal ke? Mana dapat selimut rega lima hinggit zaman sekarang. Boleh ada yang mintak nak seringgit. Ko agak-agak lah.... Kalau nak compare selimut kat pasar malam walaupun baru aku rasa lebih lima kali ganda berkualiti barang yang aku jual walaupun terpakai. Material pasar malam tu totally out.. sikit punya nipis. Kalau pakai dalam aircond boleh mati kesejukan tau tak. Haa yang kedai dua ringgit tu barang yang ko dapat kalau mainan tu cap plastik je. Isk isk isk astagfirullah halazim .. barang luar negara ni bhai... kualiti bagus, tak kiralah dah berpakai. Kalau ko pakai maybe jangka hayat dia dua kali ganda lebih lama dari barang baru.

Konsep harga yang aku jual mudah kecik besar sama rege. Masa ko nak tawar tu ada tak fikir ko barang size besar tapi murah. Ko senyap je kan. Tapi bila beli barang size kecik harga sama ko bising. Ko tahu nak nak untung je eh. Mak incik??? Kalau macam ni macam manalah mak incik nak survive hidup di kota. Dengan kos sara hidup yang setiap hari ada je barang yang naik. Ada ke ko jumpa barang dapur rega seringgit. Padahal lepas ko makan, makanan tu jadi taik jugak. Bagilah murah-murah, beli, makan, pastu kena membuang juga. Tak de pulak ko nak kata gitu kat penjual makanan. Kenapa nak kata kat penjual bundle seperti aku. Selimut, baju, toto ko boleh pakai berpuluh-puluh kali. Sebab apa sebab barang aku barang terpakaikan. Barang terpakai tapi kualiti jauh lebih baik dari barang baru tau. #sedih. 

Itu belum ada yang buat-buat lupa nak bayar. Sendiri mau ingatla. Dah beli bayar. Nak jugak aku sound. Apa salah lepas ko beli terus bukak handbag hulur duit. Mudah bukan. Aku dapat duit, ko tak dapat dosa. Ini bila ko tak bayar aku jadi bengkek. Mula cerita sana sini. Tak cukup citer kat opismate, balik kang pi citer pulak kat husband. Itu belum lagi citer kat adik beradik. Siap tokok tambah. Tak pasal-pasal aku mendapat dosa sama.
 
______________________________________________________________________________

Pagi tadi ada yang tanya...
Akak tak nak ubah ke...
Suami akak cari keje lain...

Kenapa kenapa? Keje laki aku sekarang tak halal ke. Ke ko ingat laki aku tak keje. Duk memerap dalam rumah dengan anak. Nak suruh laki orang berubah. Baik suruh laki ko berubah. Ko nak suruh laki aku keje kul 8 balik kul 5 dah kenapa. Aku ada menyusahkan korang ke? Aku makan tak makan ada duit tak de duit tak de aku mintak duit kat orang. Even adik beradik aku sendiri. 
Iye ieye aku tahu aku banyak cuti sejak masuk keje hari tu tapi aku tak de suruh sape sape settlekan keje aku. Malah bila ada tambahan tugas baru bos pilih aku jugak. Why why.. ye sebab aku komited siapkan keje on time walaupun asyik cuti. hahahaha... puji diri sendiri nampak.
Korang tak tahu ke 9/10 punca rezeki tu datangnya dari berniaga. Tahu kan... Memang sekarang aku belum kaya. Akan datang sapa tahu. Mungkin aku antara 10 orang terkaya dimalaysia. hahaha.. angan-angan itu percuma.. Aku berusaha selagi termampu. Apa yang kitaorang buat sekarang tentulah untuk kebaikan dimasa hadapan. 
Ko jangan nak samakan aku dengan orang lain. Kena hantar anak ketaska/pengasuh untuk orang jaga. Laki aku kerja angkut anak aku tu. Memang susah tapi insyaallah disebalik kesusahan insyaallah ada kemasnisannya.

Cita-cita aku kalau boleh tak nak lah sampai ke tua macam ni. Dapat gaji banyak tu banyak tu jelah. Kalau ko selesa dengan kehidupan ko pi keje balik keje tiap bulan dapat gaji silakan... Kalau nak lebih terpaksa OT. Kadang tu ada aku nengok kakitangan awam tak de keje pun masih nak ber ot. Sebab apa sebab nak mencukupkan duit untuk survive hidup tiap-tiap bulan. Duit gaji tiap bulan cukup2 buat bayar hutang, duit minyak tol, makan minum habis. Aku nak berubah ke arah kehidupan yang lebih baik.. Chewah..

Sorilah entri terlebih kearah meluah perasaan pulak. Aku tahu korang mesti nak kata inilah cabaran dunia perniagaan dan asam garam kehidupan kan.


My hero

Inilah hero, buah hati mama dunia dan akhirat. Pepagi selalu bangun awal kalau tak sebab berak sebab nak mintak nasi. Haishh makanan memang tak boleh lekang dari mulut. Apa sahaja diberi semua dingap.


 


 Kita berdua je lah dek. Kakak sokmo nak pi rumah makngah. Rumah kita tak de  astro nak buat macam manakan. Tapi adik lagi rela duduk dengan mama dari tengok tv kan kan kan.

Senang hati ko hakeem ada makanan dalam mulut. Polok selagi boleh. Siap main silang-silang kaki.

 Dah kenyang ye...

gendang gendut tali ketapi 
kenyang perut kita menari


*entri asal boleh

11 December 2013

Ikan cencaru masak pindang

Sekarang mood nak blog ntahla macam malas je, macam boring je. Banyak sangat hal duniawi nak kena buat. Sampai nak masak pun nak cepat. Masak yang senang-senang je. Memang selalu masak simple simple itu aku. hehehe...

Ahad lepas eh sabtu ke tak ingatla.. Dah tua, isnin depan dah nak meningkat usia naik setahun lagi usia. (^__^). Aku masak ikan tongkol masak pindang. Nama penuh resepi ni pindang serani. Aku amik resepi dalam majalah saji edisi februari 2008. Apa Februari 2008!!!!! Punya lama. Belum kawin lagi aku masa ni. Majalah ni aku pinjam kat library kdn. Aku bukan jenis membeli majalah punya orang. Apatah lagi nak simpan sikit punya lama sampai lima tahun.


Gambar berapa tak lawa tapi sedap rasanya. Light light. Kalau masak kari macam heavy je. Tu yang cuba mencari kelainan. Boleh buat lagi pas ni..


Here the resepi kot ada yang nak buat. Selalu aku masak pindang guna ikan selar kecik. Pastuh hiris-hiris je semua bahan. Yang ni semua main blender senang hidup aku.

Bahan :
3cm belacan (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
3cm kunyit hidup (kisar)
3cm halia (kisar)
1 mangkuk air
1/2 cawan air asam jawa
1 tangkai cili merah/hijau
Minyak Masak
Garam

Cara masak:
Pijarkan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga naik bau
Masuk air, air asam jawa dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan tongkol dan cili.
Tambah garam. Biarkan kuah mereneh.
Siap.

06 December 2013

#Motivasi jumaat


Today is friday..
Today is raining..
Hujan rahmat...


Sedang berusaha menjadi no. 8 tu dan lain-lain offcourse. Kalau murah rezeki no. 11 pasti menjemput...



04 December 2013

#Menceceh hari rabu

Alhamdulillah...alhamdulillah... hari ni murah rezeki. Maybe berkat breakfast dengan suami pagi-pagi. Kul 6.40am breakfast nasi putih + sardin + daging goreng. Ko mampu... Masak 5.30, mandi, breakfast gi kerja. Kul 11 perut dah krikkrokkrikkrok...

Hari ni bawak barang bundle kat opis sambutan paling menggalakkan walaupun barang hot toto/carpet lembut xde. Tapi rezeki ke selimut and baju baby pulak. Then ada lagi orang nak tempah beg jeans. Walaupun jarang buat promosi. Memang langsung takde kot.. Fb aku bukan ramai friend. Blog pun loyal readers adalah adik beradik dan kawan seketul dua. Setakat update entry kat blog ngan letak kat fb ramai jugak yang bertanya. Wajib bangga diri macam ni. Ketokohan berniaga sudah mula menyinari. kuikuikui.. Sebelum ni sedar diri bakat meniaga non ada. In my family memang tak de siapa lah yang boleh nak berniaga. Penangan kawin dengan orang kelantan. Orang kelantan kan suka niaga. Kata orang kalau nak berjaya kena duduk dengan orang yang dah berjaya. Gitu...

Bila orang tanya nak tempah beg sekian sekian, aku macam eh betul ke? eh mcm mana dia ni boleh tau aku jual beg? eh lawa sgt ke beg yang aku buat sampai nak tempah? eh sana eh sini.. Sebab aku masih merasa beg aku ni kategori beginner. Siap pulak mengkhatam semua jenis beg yang aku buat. Tak bangga lagi...

Macam barang bundle yang aku jual kat opis ni pun kebetulan aku update kat fb gambar barang bundle yang baru sampai terus ada yang tanya toto ada. Jawab ada then buat derk je. Takdela nak tanya nak ke tengok ke apa. Patutnya aku tanyalah kan. Memang aku nak berniaga. Tapi macam aku cakap aku bukan pandai na nak business nih. Sampaila kakak tu pi tanya sendiri bila nak bawak tengok. Aku ingat dia tanya memain. Bila dah empat lima kali mintak bawak baru aku bawak ke opis. Itu pun tunjuk kat bonet kereta. Ala-ala carboot sales kata ko. mihmihmih.

Masa tengah tunjuk kat kakak tu ada pulak member opis lain datang tengok bertanya. Sebab dah ramai sangat tanya aku pun bawak letak kat surau opis. Biar senang diorang nak pilih. Mula-mula sorang, dua orang tengok pastu dah tersebar. Mulalah tanya baju winter, baju budak, sweater ada...

Itulah rezeki yang tuhan dah janjikan. Kalau diingatkan macam tak percaya je aku mampu jual barang bundle kat opis ni. Mampu jual beg sampai ada dua tiga orang yang repeat order dua tiga kali. Maknanya apa. Beg aku tu cantiklah.. Muahhahaha...


03 December 2013

Pewaris anak kelantan

Selain memasak, mengemop, mengemas, membasuh.. apa lagi rutin weekend mak mak.  Dua hari rasa tak cukup nak buat semua benda. Kalau minggu tu decide nak menjahit lagilah. 

Kalaulah pm nak pertimbangkan masa kerja flexible. Boleh pilih keje nak datang kul 3 petang balik kul 8 malam ke. Kerja 4 hari cuti 3 hari ke. Macam nurse tu.. Oh bestnya dapat cuti 3 hari kan. Baru rasa lengkap percutian hujung minggu ku.. Tapi akan daya. #pasrah...

Ok kita citer bab masak weekend. Setiap hari ahad lauk dalam peti ais mesti nak habis. Asal sabtu ahad aku mesti gelabah fikir nak masak apa. Lauk habis tapi nak pegi pasar malas. So mengorek segala apa yang ada dalam peti ais. Jumpa sardin, ikan selar dan bahan-bahan tomyam. Tipu sardin dalam peti ais :p

Janganlah hari keje dah buat tomyam sebab itu paling mudah, cuti pun nak buat tomyam. Kita tukar selera pulak. Buat sandwich sardin for breakfast. Dah lama tak guna toaster yang katup tu. Ape ke namanya tu. Lauk tengahari sup sayur, ikan bakar dan goreng jugak tambah lauk semalam daging black pepper. Sup sayur adalah fav aku dan anak-anak . Mr mama tak makan.

Muka cengkung dengan sebotol budu. Cepat ma tangkap gambar budu. #stress
Yang di makannya nasi, ikan bakar with budu. Penat bini buat air asam ko cicah dengan budu pulak. Mr. mama dah cengkung. Nampak kurus sangat. Sian....



Anak-anak pun sama. Hakeem tergamak ko hakeem menduakan negeri kelahiran ko. Makan nasi dengan budu sahaja. No lauk lauk. Sofea takpelah memang -03-.