Amboi tajuk omputih sangat...
Aku nak tanya apa pandangan korang tentang court mamonth? Kalau pada pandangan aku barang MURAH dan menarik. Setiap kali aku tengok iklan kat paper harian metro mesti terdetik nak beli. Setiap masa ada sales. Dua tiga kali aku tatap. Nama kata manusia gila tak tertarik tengok harga runtuh macam tu. Tapi aku tertarik tertarik macam tu jelah. Tak ada sampai nak pergi beli. Jejak kaki ke court pun tak pernah! Eh ada sekali aku tumpang teduh masa court shah alam masa hari hujan time gi dating. hahaha... Aku tak tau la kenapa aku suka sangat tengok iklan court, tapi belinya idak. Bagus la jugak aku tak terbeli sebab mr. mama dah penah beli barang court ni sekitar tahun 2003/2004. Beli TV LCD berapa inci tah. 36" kot. Anak mithali katanya beli nak bagi mak ayah guna kat kampung. Tapi baru guna setahun rosak.
Dijadikan cerita jumaat lepas peguam call hp aku suruh mr. mama bayar baki ansuran tv tu. No phone aku didaftar kan atas nama mr. mama. Sebab tu kot dia dapat cari mr. mama. Kalau nak ikut nombor telefon memula dulu memang dah ada. Giler betul court nih! Sepuluh tahun baru cari. Apa motif pun aku tak tahu. Dah nak bankrap kah? Atau nak bagi senang mereka saman kat customer yang dah buang semua agreement kah? Dah lah suh bayar sebelum pukul 12 tengahari isnin. Mana ler aku nak cekau duit. Bukan sikit hutangnya. Seribu dua ratus. Lawyer banyaklah duit. Seribu dua ratus tu dah bersamaan dengan setengah tahun yuran tadika sofea dah hah.
Bank pulak tutup tiga hari tu kan. Kalau aku tak bayar jugak isnin tu dia akan failkan kes ni kat mahkamah jalan duta katanya. Semalam aku terhegeh-hegeh call court mamonth nak tanya cara alternatif tuk settlekan hutang ni. Iyelah walaupun ramai yang kata barang dah amik so tak yah lah bayar. Aku fikir sudut positive hutang tetap hutang. Kat akhirat nanti menjawablah. Dalam diri ni adalah 50% rasa nak bayar. Tapi bila sekali aku call court dia punya kasar jawab suh deal dengan lawyer sendiri aku jadi bengang. Terus rasa cancell nak bayar. Aku dah deal dengan lawyer, lawyer cakap suh deal semula ngan court tentang cara bayaran. Mana satu nak aku deal kan sebenarnya. Aku tahu korang suruh aku deal dengan lawyer sebab nak pergunakan lawyer yang dah korang bayar tu. Kalau aku tak dapat bayar korang nak tarik barang-barang dalam rumah aku. Pastu kalau naik mahkamah aku kalah aku kena bayar sekali duit lawyer dalam lima ribu. Bijak bijak.. Lawyer tu masa aku tengah deal siap sindir kata barang court memangla murah tapi interest tinggi. Dah tu nak beli cash tak boleh. Kena ansuran jugak syaratnya.
Ni aku curious court nanti nak ambush rumah yang mana satu. Mr. mama beli kat court tanah merah. Court tanah merah pun dah bungkus. Alamat sah sah alamat kelantan. Sianlah kalau court tarik barang dalam rumah mil aku. Kalau rumah aku sekarang ni mana dia tahu alamat aku. Ic mr. mama alamat kelantan. Kalau celcom kasi alamat aku tak tahu la aku nak cakap apa. Tu kira melanggar privasi tak ha... Boleh ke aku saman syarikat telekomunikasi yang dedahkan maklumat tu? hehe...
Semalam aku google pasal court nih rupanya ramai yang tak puas hati
dengan servis and barang dia. Kalau korang google berlambak orang bukak
thread kutuk court mamonth. Aku baca court ada bukak FB pastu tutup
sebab tak tahan dengan kutukan orang agaknya. Memang barang court nih
kata orang tak berkualiti. Iye kot... Tengok je lah tv yang mr. mama
beli. Tv rumah aku aku beli kat tesco. Tiga empat tahun dah guna elok je.
Aku
tanya kawan opis aku pun dia cakap sedara dia beli laptop tiga bulan pakai dah rosak. Baiki
dua tiga kali rosak lagi. Isk isk isk... Penyudahnya dia stop bayar
ansuran. Then orang court datang tarik laptop dia semula. Samalah kes mr. mama. Panggil datang service tak datang. Bila stopkan
bayaran tahu datang rumah tarik balik tv tu. Bila aku terangkan kat orang court dia salahkan kita balik kata tak buat complain kat hq awal-awal. Kalau semua orang pandai gitu tak jadi masalah segini. Yang beli barang-barang court ni majoriti orang kampung yang tak tahu menda, orang yang hanya tahu nak berbakti pada ibu bapa. Mr. mama lah orangnya tu. huhu... Nak beli cash idak mampu. 10 tahun lepas gaji banyak mana lah sangat.
Mr. mama kata lantaklah penjara pun penjara lah. Uishh betul ke boleh kena sampai ke penjara kalau tak bayar hutang court? Habis lah laki aku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Ramai yang tak tahu dan tanya camna nak cuti tanpa gaji menjaga anak. Kalau uolls nak sambung cuti dengan tanpa gaji lepas cuti 60 / 90 h...
-
Aku tahu aku mengandung masa kandungan minggu ke-7. Doktor yang kira weeks tu. Aku bagitau doktor aku pregnant awal-awal sebab takut doktor ...
-
Dua minggu lepas adik call suruh hantar motor 125z dia. Adik aku dah lama pindah dungun ikut bini dia tapi baru la ni nak di pos motornya. M...
4 comments:
for me mahal..tp dulu pernah la amik barang...installment dia memang murah..tp bila amount barang berdouble jadi mahal..sejak tu x pernah dah amik barang kat courtsmammoth ni...
Court Mammoth mmg mahal..obviously..xnamapak mahal sebab depa kirakan weekly & monthly..bila kira blk..berganda2 mahal.
Lebih baik p kedai letrik biasa sign agreement bayo bulan2..berbaloi2..xpon cash terus..hehe!
Assalamualaikum awak. heyy sakit pula hati baca entri ni.. sy bayar semua total rm5000 untuk 3 barang. rugi rm1500 tau. kalau beli cash kat luar dapat murah sikit. menyesal juga dah terambil. nasib baik dah habis bayar. tak suka CM.. layanan tak bagus...
habislah laki akakkena penjara hahahaha
Post a Comment