Ahad lepas hakeem dah tiga tahun. Weolls tak dak plan nak buat apa-apa sambutan pun. Lagi pun mr. mama kerja. Memula tu mr. mama ajak kitaorang gi Melaka. Ikut dia pergi kerja.
Aku plan kat melaka nanti kita berenti je makan kat mana-mana yang best tuk sambut birthday hakeem. Kat restoran jejantas melaka tu pun ok. Teringin nak makan atas jalan raya ko...
Offcourse nanti kena naik lori.. hihihi.. Aku ok.. Suka jugak naik lori. Romantik. Selalu kitaorang atas lori akan sembang macam-macam. Masa ni lah nak nasihat ke apa semua boleh. Mesti tak gaduh punya. Maybe bunyi bising lori tu buat masing-masing tak rasa nak gaduh. Tak macam naik kereta. Sunyi buat kita rasa sepi mulalah nak cakap yang bukan-bukan...
Kalau tak caya cer korang naik lori dengan husband memasing. Feel dia lain macam u.. Lebih-lebih lagi kalau lori korang tak ada radio.. hihihi.. Tapi tak jadi pulak kitaorang pergi melaka. Tetiba bos suruh pergi johor pulak. Aku kuasalah nak gi johor jauh sangat... So no more sambutan hari lahir.
Pagi ahad tu aku masak ler bihun goreng vodo sepinggan tuk hakeem. Memang tinggal banyak tu je bihun yang ada kat rumah. Hakeem memang suka makan bihun. Kita buat ler sempena birthday boy. Pi makan kat umah mak ngah yer sementara mama buat keje lain.
Petangnya pi otk sekejap beli lagi sikit barang dapur. Beras, sabun basuh baju semua dah habis. Bihun tu pun nak kena beli. Padahal dua hari sebelum tu dah pergi mydin. Tapi apsal mydin sekarang barang mahal nak mamp*s... Bukan ke tagline dia "mengapa bayar lebih, belilah pada harga borong" ke. Rasanya aku bayar lebih je dari otk. Pas ni malas dah nak beli kat mydin lagi.
Mydin tu dah la besar. Makin banyak aku melangkah dalam mydin tu makin banyak duit aku habis. Pastu aku tak tahulah apasal aku ni sekarang mudah lupa. Masa masukkan barang dalam bonet tu aku lupa nak amik makanan yang aku sangkut kat troli kat tempat selalu budak-budak duduk tu. Dah dua kali jadi macam tu. Kali pertama tu nasib baik belum keluar mydin so aku patah balik amik. Ni dah sampai rumah perut dah lapar tengok makanan non ado. Banyak sangat urut putus nih masa bersalin tu yang makin pelupa nih....
Tiga tahun dah budak ni. Setahun dah tak dapat berkepit dengan mama. Sebulan dah duduk kat taska. Banyak jugak improvement. Dah tak suka pakai pampers. Sekarang aku tengah cabaran mem'free'kan hakeem pampers. Yang ni aku story kemudian....