25 September 2014

Check up 37 weeks - Bahaya hb rendah

Mood aku sekarang tak ok sangat. Mood orang nak meletup memang macam tu. Dalam otak ni macam macam fikir. Risau menghitung hari je ni. Ntah tetiba minggu depan dah bersalin atau esok lusa tuhan je yang tahu. Harapnya biarlah waktu kat rumah.

Pagi ni aku dah letak beg nak bawak kat spital dalam kereta. Selama ni beg dah ready tapi biar jer kat bilik tu. Ni macam takut je tetiba kang keluar tanda tak sempat balik rumah bersalin tengah jalan acaner... Kat paper kat fb banyak pulak share pasal bersalin sendiri dan kematian. Im not ready... huhhuhu...

Semalam pergi check up. Misi tanya tak ada lagi ke tanda nak bersalin. Kalau minggu depan dah ada tanda-tanda cepat cepat pi spital tau. Laporkan kelahiran sebaik sahaja bersalin. Amboi nampak macam nak kurangkan patient jer!. What ever... aku pun tak sabo sebenarnya nak bersalin. Eh nak bersalin seremmmmm... tak sabo nak cuti. Dah malas sangat nak pergi keje. Ni hari ni dengan esok ni ada bengkel. Baik! Saya yang menurut perintah. tskk... Tak boleh ke nak bagi aku bersenang lenang menikmati hari hari terakhir diopis. (^.^)

Macam biasa semalam checkup hb aku makin lama makin rendah. Pelik sangat. Malam sebelum check up puas aku makan sayur bayam banyak pun makin turun. 8.9. Misi tengok mata aku ok. Terus dia suh jumpa doktor terus. Doktor suruh amik darah sekali lagi tapi tak nak student yang amik nak staff nurse. Nasib naik 9.7 kalau tak dah kena pi spital masukkan darah.

Actually salah aku jugak, selepas disoal siasat misi sebab sekarang aku ketagih minum teh sebab tu hb low. Masa mengandung tak elok minum minuman berkafein kata misi. Nanti makanan berkhasiat yang kita makan tu tak jadi apa. Dah diserap dek minuman tadi. Mana tahu....

Kalau korang nak tahu juga jika hb kita low sangat bahaya untuk kandungan dan diri kita. Pelbagai komplikasi boleh jadi. Jika hb low mungkin anak yang lahir akan kekurangan oksigen. Ini boleh menyebabkan kematian kalau oksigen kurang dan tak sampai kat otak.

Sebab tu lepas bersalin doktor akan tepuk tepuk baby bagi baby menangis supaya oksigen akan mengalir ke otak. Hb low juga boleh menyebabkan anak yang lahir cacat. Ibu yang kekurangan hb juga boleh meninggal ketika melahirkan anak atau anak meninggal dalam kandungan. Sekali lagi akak insaf misi... Ini sangat sangat seram untuk didengar. Padahal kalau korang nak tahu aku baru sahaja membangga banggakan diri pandai buat teh tarik depan mr. mama.

Sungguh sebelum kawin hatta dah bertahun kawin baru ni aku reti buat teh tarik. Sebelum ni berapa kali je aku beli susu. Sebab aku teramat jarang minum minuman bersusu. Mak aku tak ajar. Tapi sejak mengandung ni dah berbotol botol susu aku beli semata-mata sebab nak buat teh tarik... Lepas ni no more susu ye until habis pantang. Aku kecewa dengan kepandaian membuat teh tarik itu....

3 comments:

IntaNBerliaN said...

saya pun time mengandung, paling saya jaga2 bab hb ni.. takut jadi pe2..

lps ni xleh minum la teh tarik yer.. :-)

Rohani Hashim said...

Azie,hany pun suke benau nescafeee. Tp slalu 3kali seminggu minum nes. Seb baek kali ni naik mencanak hb 13.3. Sblm ni dr 13.3 turun 13,turun 12.8,12.2.

Sugar pun seb baek maintian lg.ni tgh tunggu turn jumpa doc jugak ni...

hani sidek said...

minum susu kambing tu. bia hb naik cpt sket...