07 December 2016

Tebus voucher aeon jusco dengan online survey

Baru-baru ni aku ada redeem voucher aeon jusco daripada jawab online survey.  Sebelum ni pernah tebus  voucher mcd dan voucher giant. Pernah jugak dapat cek. Cuma kali ni nak berubah ke aeon. Nak guna untuk beli barang sekolah sofea dan hakeem. 

Aku jawab online survey dari toluna, aiponline dan globaltestmarket. Antara ketiga-tiga online survey ni aku paling suka toluna survey. Sebab survey dia banyak yang sepadan dengan aku. Jadi cepat nak kumpul point dan tebus berbanding dua lagi online survey. Soalan dia jugak mudah dan tak berapa panjang. Paling lambat sekali nak dapat tebus ialah di aiponline. Walau pun point nak tebus dia tu sikit tapi susah nak dapat point. 

Baru-baru ni aku ada join satu lagi online survey tapi yang ni jarang ada survey. Belum dapat tebus lagi jadi tak leh nak cerita. Takut tipu ke apa. Just try dulu. 

Sebenarnya ada banyak lagi survey online lain tapi kebanyakannya kena tebus guna paypal. Aku tak reti paypal paypal ni. Nak kena masukkan no bank, no visa/mastercard..... Tak pandai. Kalau tak boleh dapat cash. Yang cek aku dapat dari globaltestmarket tu pun dah kena tebus pakai paypal sekarang. Inisiatifnya terpaksalah tebus voucher saja. 

kesabaran membuatkan hasil (^.^)

Dalam tangan sekarang ada rm100 voucher aeon. RM20 daripada aip online, RM20 daripada globaltestmarket dan RM60 daripada toluna.  Happy... 

05 December 2016

Jahit baju anak buat pertama kali

Kejadian bulan september lepas. Dah dua bulan lebih pun berlalu... Ntah macam mana jemari ni berjaya akhirnya buat baju untuk sofea. Ikutkan dalam hati dah lama dah nak buat . Tapi tak terbuat-buat. Tak ada kekuatan ke apa ntahlah... Sejenis tak confident. Ini buat lebih kepada dah janji nak bagi untuk hadiah hari jadi dia bulan sepuluh hari tu.

Boleh kata sebelum ni jika ada masa terluang selalu terjah blog orang putih yang buat baju untuk anak-anak diorang. Pandai depa ni jahit. Ceantik. Blog orang putih ni best sebab banyak free pattern. Nak harap aku buat pola sendiri memang tak la. Tak reti. 


Tadaaa... Izzi top. Familiar kot top ni. Beginner memang sesuai nak belajar. Uolls yang macam i yang tak berapa reti nak jahit tapi teringin nak buat boleh pergi kat link ni. http://www.climbingthewillow.com/2013/10/izzy-top-free-pattern-and-tutorial.html

Buat kali pertama merasmikannya... Masa test pakai sofea kata kalau panjang lagi cantik mama. Haah kalau panjangkan dah jadi dress. Aku ada beli kat sogo dress untuk sofea sebijik design macam ni.

31 October 2016

Cabut gigi.. Ke klinik gigi lagi

Sejak akhir-akhir makin suka pulak aku ke klinik gigi. Dah tak takut kan.... 

Pergi hari tu sebab gigi sofea goyang. Nak kena cabut. Aku takut tunggu tercabut sendiri jadi macam gigi aku. Dah ada gigi baru tumbuh bahagian belakang gigi tu. Nanti bila dah tercabut gigi goyang tu gigi yang baru tumbuh terkebelakang. Tak cantik. Senyum pun tak lawa.. hihihi..

So bila pia kata gigi goyang sepantas kilat aku segera bawak ke klinik. Suruh doktor cabutkan senang. Nak harap doktor mimpi macam dalam cerita upin upin tu, aku ni penakut. Tak akan punya aku nak cabut time sofea tido.  

Kebetulan hari tu sekolah agama cuti. Budak darjah enam periksa upkk. Tak nak ponteng sekolah semata-mata nak cabut gigi. Aku je yang half day. Kat puchong klinik gigi untuk kanak-kanak hari jumaat. Kebetulan boleh check sekali gigi hakeem yang rongak tu. 

Kalau kat putrajaya gigi rongak macam hakeem kebiasaannya diorang refer kat hospital. Buat appointment untuk cabut semua gigi-gigi yang rongak. Tapi kat puchong ni misi cakap tak boleh buat apa. Cuma jaga je gigi tu. Jangan skip gosok. Kena guna ubat gigi dewasa dah katanya. Kata cikgu airis nanti gigi yang rongak tu akan luruh sendiri. Tapi makan masa...

Aku kesian tengok gigi hakeem tu teruk sangat. Bukan bahagian depan je yang rongak tapi kat bahagian belakang gigi berlubang-lubang. Kerap jugak dia mengadu sakit gigi. Tapi bila pergi klinik misi kata tak boleh cabut lak. Mungkin sebab yang check gigi untuk kanak-kanak adalah misi, so diorang tak leh sesukati nak referkan ke hospital.. Kot laaa, aku agak je.... Maybe one day aku nak ajak hakeem checking kat putrajaya pulak. Kalau rajin...

Penuh drama swasta sebelum dapat cabut gigi budak ni. Puas jugak misi tu memujuk. Sebelum cabut misi bubuh ubat kat sekeliling gigi goyang tu. Sofea kata ubat tu rasa strawberry.

Dah rongak.Sakit katanya cabut gigi. 

23 September 2016

Pengalaman tampal dan cuci gigi di klinik kerajaan

Dua puluh hari bulan hari tu aku ada appointment kat klinik pergigian puchong. Actually sebelum raya haji lagi gigi aku dah sakit. Pergi klinik doktor kata gigi atas berlubang. Doktor bagi appointment sebab masa tu aku takut nak buat terus. So doktor bagi appointment supaya aku lebih bersedia katanya. Dalam pada takut takut tu sempat juga aku kata aku nak buat scaling@cuci gigi sekali. Mana tak nya last aku cuci gigi masa tingkatan 2. Rasa gigi aku tu dah kotor benar. Sekarang ni aku dah 35 tahun. Haa berapa puluh tahun tak pernah pergi cuci gigi...


Bukti ni.. Terlupa nak amik time slip plak.

Buat pengetahuan sakit gigi ni sangatlah hazab. Sebelum ni laki aku pernah sakit gigi. Dia cakap aku dengar tanpa perasaan. Patut bila aku suruh buat apa-apa masa sakit gigi tu dia asyik nak marah Memang sakit gigi ni boleh mengundang amarah kalau ada silap sikit. 

Fyi kenapa sampai 21 tahun baru aku nak pergi klinik gigi sebabnya aku ada bad experience masa sekolah dulu. Masa sekolah rendah dulu aku adalah dua tiga kali tampal gigi. Doktor tu tampal macam nak gerudi je gigi aku masa nak letak simen tu. Sakit lah... Suprisely baru ni aku tampal tak rasa apa pun.. Macam main tekan2 plastecine jer. Langsung tak sakit. Sampai aku rasa risau kang simen tu tertanggal ke apa.

Bercakap mengenai cuci gigi pulak aku pernah cuci masa tingkatan dua. Cuci kat sekolah. Semua pelajar diwajibkan cuci. Sakitnya cuci gigi tu aku rasa macam sakit nak bersalin kot. Taulah kan dulu peralatan yang digunakan tak sama dengan sekarang. Masa dulu tak guna mesin. So aku ingat sekarang pun cuci gigi macam tu lah jugak. Guna manual. Main tarik kotor-kotor tu guna benda tajam yang hujung dia tu ada cangkuk tajam. Apa namanya ntah. Berdarah-darah gigi aku. Sakit gile.. Pastu pedih nak mammps.... Sejak hari tu taubat aku nak cuci lagi. 

Sampai hari appointment, aku masuk dalam bilik tu doktor tanya aku ada masalah apa. Aku cakap gigi berlubang je. Tak cakap pun nak cuci. Sebab aku dah takut giler. Sekali assistant dia kata buat scaling sekali doktor. Haa.. tak dapat nak lari. Gatal sangat kan ko hari tu kata nak cuci. 

Kemudian, assistant tu bagi wayar tuk masuk dalam mulut bertujuan untuk sedut air dalam mulut kita masa cuci. Masa tu aku tanya wayar ni nak hisap ke. Betul-betul perakkk kan. Dulu mana ada macam tu. Dah dia tarik kotor dengan benda tajam tu sekali dia suruh ludah. Pastu tarik lagi ludah lagi. Ini tak, wayar tu dah tolong sedut kita punya air liur, air cuci, plak/karier semua. Cuma sekali sekali kita kumur. Tak sakit langsung ok. Doktor tu berkali kali mintak maaf. Tanya sakit ke, ngilu ke sebab dia kata aku punya kotor tu susah nak tanggal. Kena buat kuat sikit. Dah lama tak cuci ke katanya. Hahaha...  Aku angguk je kata sakit walau pun sebenarnya tak sakit langsung. Nak umpamakan macam sakit kena gigit semut pun tak layak. Kang kalau aku kata tak sakit kang dia buat ganas-ganas pulakkan. Psiko memang macam ni..  

Doktor nasihatkan seelok-eloknya enam bulan sekali kena pergi check gigi. Kalau malas sangat setahun sekali pun tak apa. Bukan setiap kali check tu kena cuci. Diorang akan advise. Ini dah 21 tahun tak pernah check gigi. Mana tahu tak sakit. Kalau aku tahu tak sakit langsung tiap bulan pun tak hal nak pergi check. hihihi,... 

Dan, selalu aku dengar orang kata lebih rela pergi swasta daripada kerajaan kalau check gigi kan. Dengan pengalaman aku ni, rasa kerajaan pun ok. Tak sama macam zaman dulu. Doktor pun baik-baik.. Lebih kurang tu adatlah. Bayar seringgit dari bayar ratus-ratus kan. Next year pasti aku pergi lagi.. 

17 August 2016

Jahitanku

Hari ni nak cerita pasal aktiviti menjahit. Actualy dah lama dah tak aktif menjahit. Rindu nak jahit balik. Insyaallah one day...

Last blog ni cerita pasal beg, beg yang dibuat guna heavy cotton. Refer SINI. Bulan empat hari tu. Ini dah bulan lapan. Dalam tempoh empat bulan ni ada jugak jahit tapi tak banyak mana pun jahit. Raya hari tu pun banyak orang nak order tapi aku tolak. Tak sempat. Anak-anak sedang membesar. Susah nak bagi komitmen. At least kalau ada yang sanggup tunggu then baru aku terima. Tunggu yang dimaksudnya maybe beberapa bulan atau makan tahun kot. Baiklah anda jangan mengharap kalau nak order.

Ini projek deko-deko rumah. Buat bantal untuk sofa. Kerusi ke sofa ni? Tempat duduk sofa ni ke dalam. Tenggelam bila duduk. Jadi buat bantal ni bagi senang nak duduk. Isi bantal ni aku guna kain perca. Lebihan kain-kain jeans. Kira bantal ni tak ada sarung. Tak boleh cuci.

Model :-)

Dua beg ni pulak di order dari regular customer. Ntah berapa bulan ni baru siap. Lama giler. 

Tempahan dari repeat customer.

Bahagian dalam lebar 6 inci.

Order dari member office. Pun dekat dua bulan baru siap. Beg untuk anak dia bawak buku sekolah.


Bahagian dalam. First time buat design macam ni.

Untuk letak hp. Regular customer yang tempah dua beg tadi.

Ini pun untuk deko-deko rumah. Sarung asal dah lusuh habis. Makan masa jugak nak siap ni. Sekarang aku dalam proses nak tambah buat bantal dan sarung lagi. 

Deko-deko lagi. #projekraya ni. hihi

Dah melangkah setapak lagi. Kali ni buat langsir untuk bilik anak. Tapi hello kitty tu terbalik pulak. Dah siap baru perasan. Takpe practice makes perfect. Practice la sangat. Sebulan sekali pegang mesin jahit pun belum tentu.

Next aim nak jahit dress anak-anak pulak. Insyaallah. 

29 July 2016

Surat-surat sofea

Ya allah lamanya dah tak update. Sebulan satu ye. Cerita raya... cerita raya... manaaa... 

Sori tak ada kekuatan lagi nak taip. Aku #teamrayakl. Jadi apa sangatlah nak cerita. Sembahyang raya, salam-salam, raya satu dua rumah, petang dah boleh lepak depan tv. Pakej tido sekali. Kah kah...

Bawah ni semua surat-surat yang sofea tulis kat sekolah mahu pun rumah. Sebelum hilang mari kita blogkan. Memang dia suka sangat tulis macam ni. Ada banyak lagi tapi yang ni je sempat tangkap. Anak uolls suka tak?...

So sweetttt...

Tak reti eja cikgu ye sofea...

Bagi kat diri sendiri. ^___^

Pandai sangat mama dia memasak. Sampai dua kali puji. hihi

Mama pun sayang sofea.... Muah muah...

Nampak sangat update asal boleh...

24 May 2016

Pencapaian dan Cashout Kali ke-5

Seperti yang sedia maklum, aku start blog bulan 4/2010. Sepanjang tempoh enam tahun tulis blog berjaya cash out dengan nuffnang sebanyak lima kali. Sikit jer... Tak membanggakan sangat pun. 
First time cash out adalan Jun 2012. Tengok amaun di bulatkan itu. Tepat je RM 50.77 terus aku cash out. Tolak RM1 duit pemprosesan dapatlah rm49.77. Hihi tak cukup lima puluh pun. Excited sangat time tu nak merasa duit hasil blog dan nak tengok macam mana nuffnang bayar. 

Lama tunggu ko nak dapat 49.77 tu.. Aku start dapat CPUV dulu BE bulan Nov 2011. Setelah setahun tujuh bulan berblog! Orang lain dua tiga bulan dah dapat. Nak harap CPC campaign berjanggutlah kan. Tak pe. Lambat pun atleast ada... Rezeki orang tak sama. 

Lepas tu korang tengok tahun bila pulak aku cash out. 2014 hokey.. Dekat dua tahun pas tu. Kali ni aku simpan lama sikit bagi banyak. Masa ni ada dapat advertorial job dari nuffnang. Pastu dapat pergi event seketul dan terkini pay per post. Alhamdulillah dapatlah tiga angka.

Last week untuk julung-julung kalinya terima cek yang kelima pulak. Tak banyak pun. Masih tiga angka. Hopefully one day boleh empat angka pulak.  Berangan dulu tak salah. Dari angan-angan tak mustahil jadi kenyataan. (~.^)

19 May 2016

S.O.F.E.A

Dah lama tak cerita pasal anak. Hari ni tergerak hati lak nak cerita pasal sofea. Dulu blog ni penuh dengan cerita pasal sofea jer. Iyelah aku start tulis blog masa sofea usia enam bulan. Pjj pulak dengan laki time tu. Memang selain kerja, selebihnya masa adalah dengan sofea. Sekarang rasa dah kurang masa aku bersama sofea. Banyak masa aku dengan airis dan sibuk dengan hal rumah tangga. 


Dah besar dah anak dara aku. Diam tak diam anak sulung aku ni dah tujuh tahun. Semalam cikgu sekolah kebangsaan telefon bagitau sofea jatuh kat sekolah. Luka kat tepi mata kena batu. Masuk ni dah dua kali luka kat mata. Aktif sangat budak ni. Asyik nak main jer. Dia kata orang lain main dia pun main lah. Amboi gi sekolah main ye bukan belajar.

Cikgu call bagitau kat misteri. Aku dah tukar no telefon. Tapi cikgu ada jugak call opis aku. Cuma kebetulan aku tak ada kat tempat. Cikgu kata tak teruk. Tak yah amik. Lagi pun masih ada satu lagi paper sains. Cikgu mms jer gambar luka tu kat misteri. Sian laki aku wasap tak ada. Boleh mms je. Itu pun mujur boleh mms. Sebelum ni lagi telefon dia yang basic punya. Tepon sekarang tu aku punya asalnya. 

Acaner suami yang baik haruslah sediakan apa sahaja permintaan isteri. Walau pun dia beli telefon canggih untuk diri sendiri memang tak dan.. Pasti akan kena rembat dengan aku. Satula aku puji laki aku ni apa je yang dia bawak balik aku kata nak mesti dia bagi. Yang lain-lain perangai ermmm... bolehla bolehla (baca nada jarjit).. Pagi ni aku call suruh masak nasi, lauk aku dah masak. Masak sotong goreng kunyit kegemaran dia. Laki aku ucap terima kasih sebelum akhirnya perbualan. Adalah jarang bagi seorang lelaki yang bernama misteri tuh. Kitaorang ni jarang bercall. Ni yang semangat aku nak masak lagi lepas ni. :) Eh ini cerita pasal laki ke pasal anak....


Hari ni last exam sekolah kebangsaan. Subject bahasa arab. 8.30 malam semalam memula nak suruh sofea tido awal. Tetiba naluri keibuan aku diterpa rasa bersalah yang amat. Tak pernah ajar pun sofea subject bahasa arab. Lantas aku suruh sofea amik buku aktiviti bahasa arab, Buku teks bahasa arab sofea dah hilang. Tensi aku setiap hari ada aje benda yang hilang. Adakah anak korang pun sejenis macam anak aku. Baru je sebelum exam aku beli color pencil, sehari lepas beli hilang sebatang. Tinggal 11 batang. Esoknya dia bawa balik 12 batang semula. Dah jumpa katanya kawan pinjam. Lega hati aku mendengarnya... Selang dua hari dia bawa balik enam batang je color pencil. Hoi mana lagi enam batang. Mulalah mak ko nak jadi macam singa ni. Macam biasa bila tanya ntah pia tak tahu. Pia tutup dah color pencil tu.  Dan semalam dia kata dengan pencil color box tu pun dah tak nampak bayang. Seteressss mak... Ada sesiapa yang ada tips macam mana nak buat bagi anak tak hilang  barang selalu? 

Aku harap sofea akan berjaya dalam pelajaran. Berjaya di dunia dan akhirat. Pelajaran sekarang sangat mencabar. Sukatan subject bahasa arab darjah satu aku tengok dah macam sama dengan sukatan pelajaran aku kat universiti dulu. "Ma haza? Ma hazihi? Sobahan khoir. Sobahan nur. Ma ismuki? Ada ke dulu kita belajar benda ni kat sekolah rendah. Dulu ada subject bahasa arab ke kat sekolah kebangsaan? Nasib baiklah aku lulusan sekolah agama jadi reti jugaklah nak ajar anak.

Pagi ni sofea kata dia nak jual semua kertas tu RM2. Kau tahu kertas apa. Kertas yang dia potong-potong dan conteng-conteng. Bagi dia lawalah. Tu yang nak kat kawan-kawan katanya.

Pia suka berniagala ma.

Macam papa berniaga buah durian kat depan rumah dulu.

Dah dua tiga hari cakap nak berniaga. Aku cakap nanti mama beli barang untuk pia berniaga. Mana tahukan satu hari pia jadi business women. Amin. Dari keciklah nak kena ajar. Tak pelah kalau jualan tu tak laku atau rugi ke sebab aku tak confident dia berjaya jual ke tak. Kalau berjaya sekali pun ntah kemana duit tu pergi nanti. Tapi tak apa dah itu yang dia minat. Kita pupuk je minat tu....

Sejak akhir-akhir ni terbit sedikit kerisauan aku terhadap sofea. Ramai kata muka sofea macam jepun, macam korea. Faham-fahamlah maksudnya apa. Airis pun aku risau jugak. Hakeem pun sama....

Mama love you....

13 May 2016

Jawab survey di TOLUNA, dapat lagi baucer giant

Sori.... cerita voucher, survey and redeem again. hiks...

Baru je kan hari tu macam terdetik kata survey dari toluna ni boleh percaya ke, tipu... Tetiba semalam cek peti surat ada surat dari toluna. Dah tahu dah isi kandungannya apa lagi baucer giant RM20 yang aku redeem tulah. Ni yang semangat nak jawab survey lagi ni. 

Actually aku mengenali toluna ni baru je dalam beberapa bulan. Toluna ni syarikat survey all over around the world tau. Kalau kita duduk kat luar negara lagi best sebab diorang ada program menguji produk. Toluna malaysia tak ada. 

Kebiasaannya survey-survey online ni memang akan hantar email bila ada kajian terbaru. Aku jenis yang just terus klik kat link yang diemail tu tanpa masuk dalam akaun toluna pun. Ntah bila ntah tengok point kat toluna dah 16000. Dah boleh redeem baucer. 

Sebelum ni toluna hanya bagi reward untuk dermakan point kita atau tukar ke wang tunai rm20 melalui paypal. Aku ada akaun paypal tapi belum verify sebab tak ada card debit. Tu yang macam al malas la sikit nak jawab survey dari toluna. Cuma baru-baru ni ada toluna tambah reward boleh redeem baucar giant, isetan dan aeon. Itu yang laju je jawab bila dapat email dari toluna. 

Yeayy dah ada rm40 dah baucer giant. Kali ni punya expired bulan Nov 2016. Ala tak dan bulan nov ni mesti dah habis. Nanti nak jawab laju-laju survey dari aip online dan toluna lagi. Mana tahu boleh shopping before raya pulak. Tapi itulah baucer dari toluna ni lambat sangat dapat compare dengan aip online dalam sebulan jer. Ini hampir dua bulan. Redeem 23 Mac. 12 Mei baru dapat. Fyi AIP online hantar baucer melalui pos register so that aku kena letak alamat opis sebab tak ada orang kat rumah. Toluna hantar guna pos biasa.

Setakat ni aku fokus jawab tiga jer laman web survey online iaitu AIP Online survey, Globaltestmarket dan TOLUNA itself. Banyak lagi survey online yang boleh buat duit tapi kebanyakannya guna paypal. Payahlah bagi aku. Now waiting cek from nuffnang pulak. (~.^).

12 May 2016

Theatre Fantasy Rainforest

Pernah dengar tak teater fantasy rainforest? Aku pun barulah dengar lepas kakak aku ajak pergi tengok sabtu lepas. Offcourse teater ni mengesahkan tentang hutan. Kerakusan pemburu menangkap hidupan di dalam hutan. Teater yang diselangselikan dengan tarian, silap mata, lagu dan sketsa... Macam teater-teater kat istana budaya tu. Eh macamlah kau pernah pergi istana budaya. Cumanya ini kat Hall A, PICC. 

Kumpulan sasaran diorang sebenarnya adalah foreigner dan pelancong. Memang hari tu kitaorang pergi yang ada dalam dewan tu semua pelancong asing. Ada tiga kumpulan pelancong hari tu. Satu datang seawal sebelum teater bermula. Yang kedua datang bila persembahan dah separuh bermula. Manakala yang kumpulan terakhir tiba lima minit sebelum persembahan tamat. Kesian sangat kat diorang. Dapat dengar lagu-lagu rakyat malaysia jer. Overal persembahan sangat best bagi orang yang baru first time tengok live teater. Hehehe....

Sebelum masuk sempat bergambar dekat stage diluar hall yang disediakan. Kitaorang datang awal setengah jam. Lepak-lepak kat luar sebelum teater bermula. Datang seorang pakcik ni, rasanya dia "somebody". Tangkap gambar kat sini jugak. Ingatkan dia nak masuk tengok teater jugak. Rupanya lepas tangkap gambar terus berlalu sambil suruh pembantu dia post gambar tu dengan caption "Baru lepas habis meeting kat sarawak". Ada jugak orang macam ni yer... Mementang baru habis pilihanraya kat sana. Now i tahu dah media social ni banyak yang tak boleh percaya. Selalu yang kita percaya habis tu lah yang tipu lebih...

Kids.... Pia paling happy. Sebab dia dah besar dah boleh faham jalan cerita. Hakeem sepanjang teater asyik tanya jer. Tak tenang mak nak tengok. Airis pulak baru suku dah tido sebab dia takut tengok pemburu dan bunyi muzik latar yang kuat.


Actually tak leh tangkap gambar tapi aku curi-curi tangkap. Nasib baik tak kena sound. Kawan kakak aku kena tegur sebab banyak nau tangkapnya.

 Gambar ehsan dari laman web fantasy rainforest

Hero & Heroin teater fantasy rainforest. Lepas tengok teater ni terus aku batalkan niat nak hantar sofea kat kelas tarian. Antara dosa dan kerja korang faham-fahamlah. Tak sanggup tengok adegan pegang memegang, peluk memeluk. Tapi salute kat heroin ni punya tarian. Terbaik.

Kalau korang berminat nak tahu lebih lebih lanjut tentang teater ni boleh lawat laman web Fantasy Rainforest.

11 May 2016

Redeem kali kedua di AIP Online Survey dapat Baucer Giant RM20

Hiks... Asyik cerita pasal survey and redeem je pulak kan. I is malas nak taip pasal kehidupan. Rasa dari dulu pun sama je. Bangun pagi, masak bf, siapkan anak ke sekolah, pergi opis, balik dari opis as usual kembali menguruskan hal rumah dan tangga. Gitulah ulang alik ceritanya setiap hari. Nothing yang menarik nak distorykan. Dengar macam bosan eh. Tapi aku ok jer... Begitulah kehidupan mak mak. Masa dan life tertumpu pada anak dan suami. Untuk diri sendiri tolak ke tepi. ececeh...


Beberapa minggu yang lepas baucer yang aku redeem dari aip online survey dah selamat terima di tangan. Kali ni aku redeem baucer giant RM20. Kali pertama redeem baucer mcd. Boleh baca kat sini. Kali ni aku rasa better redeem aku amik baucer giant. Kalau dulu tak suka sangat ke giant tapi sekarang tengok giant putra height selalu buat offer dan barang pun quiet ok. Aku makin kerap pulak pergi kat sana. Lagi pun sebelum ni aku ada redeem jugak baucer giant dalam program survey yang lain. Ingat bolehlah combine nanti. Tapi tulah dah hampir dua bulan baucer yang di tunggu tak kunjung tiba lagi. Tipu ker....

10 May 2016

Jawab survey dari globaltestmarket dan dapat cek luar negara

Alhamdulillah penat jawab survey dari Globaltestmarket akhirnya berbayar. Aku join globaltestmarket dah lamaaaaaaaaaaa sangat... Tak silap dari tahun 2013. Daftar, jawab dua tiga survey pastu stop. Sebab dia punya survey panjang nak mampps... 

Kadang dah separuh jawab aku X jer. Kadang semangat nak jawab, soalan berkaitan dengan interest kita sekali disaring keluar. Tak menepati kriteria yang dicari katanya. Kalau di saring keluar still dapat point 5 mata. Nak dapatkan cek ni kena ada 1200 point. 

Bayangkan.......Setiap kali pun banyak yang disaring. Dapatlah lima mata... lima mata... Berjanggut tu nak tunggu. Tu yang malas. Until 2015.... Datang semangat nak jawab semua survey yang diorang hantar by email sebab terbaca ada blog update dapat cek dari globaltest market ni. Gigihlah aku menjawabnya. Almost enam bulan plus minus dapat jugak aku redeem cek dari globaltestmarket. Cek dapat hampir sebulan selepas redeem. First time dapat surat dari oversea kata ko. Kali ni global test market bayar guna US Dollar. Tak convert siap-siap ke RM macam selalu. 



So agak payah nak cairkan cek ni. Tapi tak lah susah mana. Melalui pembacaan setiap bank akan kenakan service charge untuk cairkan cek dari luar negara dan rate dia berbeza-beza. Sebab bank cimb dekat dengan ofice jadi aku tanyalah kot boleh clearkan cek ni. Malangnya cek dari luar negara hanya boleh di bankin kat tempat di mana akaun bank kita dibuka sahaja. Dah satu keje pulak aku nak ke taipan usj. Situ parking payah. Sesak... Manakala maybank pulak ratenya antara paling tinggi. Ntah btul ke tidak sebab aku tak tanya. Jauh sikit dari opis.

Senang cerita aku bankin kat affin bank jer. Fyi aku tak ada akaun dengan affin bank dan tak pernah dalam kotak fikiran nak buat urusniaga dengan diorang. Dah bank ni sebelah opis jer boleh laaa... Pening simpan cek luar negara lama-lama. hiks...

Disebabkan aku first time customer nak buka akaun hanya dikenakan bayaran serendah RM10. Aku masukkan RM50 sebab untuk proceed cek dari luar negara nanti kita kena bayar service charge dulu. Bayaran dalam RM 20++. 

Selepas sebulan convert ke duit malaysia dapatlah aku dapat RM 190++. Tolak service charge dapat total bersih RM170. Oklah kan buat tampung-tampung operasi pendekoran rumah. #hobi baru :)). 

19 April 2016

Surat budak darjah satu. Ok tak?

Rindu blog ni. Dah lama tak update. Keje kat opis banyak. Balik rumah memang tak dan nak pegang lappy. Weekend sibuk menjahit tak pun tido je lebih. Pagi ni jangan-jangan tidak amik sikit masa sebelum mula keja yang bertimbun tu. :)

Last week sofea demam. Ada jangkitan kuman. Habis muka dan badan merah-merah serta gatal. Seminggu tak sekolah. Sekolah kebangsaan empat hari tak sekolah. Dari hari selasa sampai jumaat duduk opis. Nak tinggalkan kat rumah ustazah takut dia boring. Kat taska pulak semua budak-budak kecik. So bawak opis je lah. Bagi tengok you tube diamlah dia tak merayau kemana-mana. 

And hari jumaat tu mak dia rasa bersalah dan geram tengok dari pagi datang sampai balik duk mengadap hp. Naik kereta terus tido sampai ke pagi esoknya. Punya dia letih tapi demi kartoon tak tido pun tak pe. Demam pun dia buat lupa jer. 

Hari jumaat paksa skit sofea belajar math. Sebab ujian 1 hari tu math dapat B. Tak boleh jadi anak pembantu akauntan dapat math B nih. Sebenarnya masalah sofea yang aku kenal pasti adalah dia jenis suka tengok sana sini. Tak focus. Itu yang jawapan banyak silap. Budak-budak lagi. Training make perfect. Insyaallah...

Selesai study sofea buat satu surat nak bagi kawan-kawan sekolah kebangsaan dia. How times flies..... Macam zaman kita dulu-dulu kan...

Muka depan surat. Dia tak nak tulis nama penuh sebab sofea kata nama dia mama salah eja. Sofia bukan sofea. Pandai sangat ngajar orang nih.

Bahagian kanan surat.

Bahagian kiri surat.

Full version.

Sofea suruh mama hantar surat ni via pos laju. hehehe

06 April 2016

Heavy cotton pun boleh

Tak sangka program sayang awak 200% tu menyebabkan ada dua tiga orang nak order beg heavy cotton pulak. Sebenarnya aku bagi beg heavy cotton kat kakak tu bukan tujuan promosi or marketing. Aku takut hadiah kerusi lipat yang aku bagi tu dia tak suka. So kalau tak suka kerusi lipat but i bet mesti dia suka punya lah, maybe dia akan suka kat beg handmade aku. Suprisingly akak tu suka dua-dua. Dan ramai pulak yang duk bertanya beg tu siapa yang bagi, sapa yang bagi. At the end kantoi aku yang buat. Ada dua tiga orang nak order sampai dua tiga beg sorang. Adoi.. bukan tak suka tapi tak cukup masa. Kalau terima berkurun baru siap.

Here contoh beg handmade yang aku bagi. Tapi color lain. Tak guna kain jeans sebab tahu bukan semua orang minat beg jeans. Yang ni kalau ada yang nak order either jeans or heavy cotton dialu-alukan sebab tak makan masa yang banyak. Seminggu boleh siap. Price pun murah sahaja. Sori pic terbalik. Malas adjust.


Luar heavy cotton dalam thick cotton. Measurement 9" width x 11"height x 3'. Besau. Muat letak purse, tab, powerbank, kunci kete dan segala mak nek. Akak tu pi letak botol air dia. Muat-muat je.

Beg ni aku buat untuk kakak aku. Dah berkurun mintaknya. Dari last year lagi kalau tak silap. Post kat ig dah ada orang nak tempah. Repeat customer. Walaupun dah tulis tempahan ditutup sehingga diberitahu tapi sebab repeat customer, kawan-kawan memang tak sampai hati nak tolak.. Rasanya order tak akan di open-open kot buat masa sekarang. Kekangan masa sesangat. Serius aku memang tak leh nak catch up. Masih banyak order yang pending. Yang dah accept tu tak tahu bila nak siapnya tu.

Bahagian tapak memang besar. Puas hati kalau nak letak bekal for travelling.

Beg yang aku buat kalau tak ada zip memang korang boleh terbalikkan depan belakang. Automaticly korang ada dua beg. Jimat kan... Tak suka beg jeans boleh guna kain corak bahagian luar. Tak nak beg kotor boleh guna jeans bahagian luar. Up to you... 

17 March 2016

Kelas Taekwando

Pertengahan bulan dua hari tu aku daftar sofea kelas taekwando. Kelas kat sekolah dia je. Kebetulan cikgu bagi semula borang pendaftaran. Mungkin sambutan sebelum ni kurang memberangsangkan. Masa daftar tu memang tak ramai pun yang join. Berbanding dengan sekolah kat puchong indah yang kitaorang pernah tengok dari luar meriah. Ramai student. Nak belajar pun rasa seronok. 

Itu perasaan aku. Apa ada hal asal sofea seronok. Perasaan mak tak penting. Every saturday kejut pagi bersemangat je dia bangun bila kata nak pergi kelas taekwando. Cer kejut setiap hari pergi sekolah kemain liat lagi. Dah bangun tido boleh masuk bilik belakang sambung tido lagi. Grrrrr. Aku perati je.


 Beginner.

Next ingat nak daftar kelas renang pulak. Tak tahulah bila. Tengok daya tahan sofea macam mana. Kalau tahun ni belajar ok, kelas taekwando tak skip bolehlah nak daftar kelas renang. Kesian sofea selalu mengadu penat. Kelas tambahan pun dah tak pergi dah. Cuma pergi kelas mengaji je sekarang. Kalau pergi kelas tambahan pagi petang sabtu tu penuh aktiviti. Bila masa nak berehat. Dah macam orang keje swasta pulak. 

Senior student.

Yang tercari-cari kelas taekwando better amik yang under sekolah macam ni. Rasanya boleh je kalau orang luar nak join. Hakeem pun tak sabar nak berlatih kata dia. Aku tunggu dia tujuh tahun baru daftar. Awal-awal tak yah lah.

Oh ya hari tu bayar yuran pendaftaran rm120. Merangkumi baju taekwando rm60, yuran bulanan rm30 dan admisnistration fee rm30. Lepas tu every month bayar rm30 jelah. Standardlah harga tu. Kalau amik class bukan under sekolah mahal sikit. Pernah survey sampai rm70 sebulan. 

Ini sikit video taekwando last week.

11 March 2016

Bahasa Malaysia darjah satu

Aku tak ingat dulu punya silibus BM darjah satu aku macam mana. Membaca pun tak reti lagi time tu kan. Yang aku ingat sampai sekarang aku kena bahan ngan keluarga terutama kakak aku pasal aku buat karangan tulis "masak lembu kari". Dulu kekecik mana ada makan daging sangat. Daging mahal. Makan ikan, ayam dan itik je. Itik tu pun belaan punya. Tu yang tak tau lembu apabila dipotong akan jadi daging nama dia.

Rabu hari tu sofea bawak balik kertas BM. Dia kata kertas ni kena tampal kat buku apatah. Sofea tak ada buku tu. Kena beli. Susah betul tukar sekolah. Buku setiap sekolah berbeza-beza. Dua kali aku bagi duit beli buku dua kali duit hilang. Macam-macam alasan. Tak sempat belila. Bshop ramai orang. Pia takut. Kalau tak beli duitnya mana.. mana... mana.... Careless betul.

Kali ketiga baru nampak bayang buku. Itu pun kata mintak tolong kawan dia belikan. Penakut jugak rupanya anak aku ni. Nampak je macam jantan..


25 tahun dulu soklah darjah satu macam ni ke. Tak ingat pulak aku. Aku hafal setiap negeri kat malaysia ni darjah enam baru khatam okey. Tengok sofea pi jawab kayuh rakit pergi kedai runcit. Hang duduk mana..... Nasiblah kayuh rakit, kalau kayuh motosikal memang aku cepuk. Encik Ravi tu pun pakai tudung hah. Aku rasa banyak yang dia tak faham. Kena lebih belajar yang tersurat dan tersirat ni.

Nombor lima tu kenapa salah pulak. Kompius aku...

01 March 2016

Redeem limited edition toolkits

Ini kali kedua aku redeem kat Woop.my Kali pertama dulu berjaya redeem joy 2sachet je. Sebab tak banyak buat task yang diorang bagi. Walau pun hanya 45ml, kecik sangat packnya tapi mampu bertahan sampai seminggu. Now aku stick guna sabun pencuci joy sebab sangat jimat dan wangi


Ini bukan minyak tau. Ini toolkits. Bulan satu hari tu aku berjaya redeem limited edition toolkits ni. Dulu aku just buat daily mission yang diorang suruh. Sekarang dah pandai buat big mission. Tu yang dapat banyak point. Cuma ada limitation nak buat big mission ni sebab banyak kena tag orang kat fb. Me dont like. Aku tak suka orang tag aku jadi aku assume orang pun tak suka kan kena tag tag ni.



Bahagian dalam. Suka sangat. Cantik kan. Memang adore sangat. Test pan memang satu keperluan bagi aku bila nak bersih-bersih mesin jahit. Wire cutter tu pulak aku guna untuk pasang ring-ring beg jeans aku tu. Tunjuk kat mr. mama macam biasalah dia nak. Sori.... its mine. Dia ingat redeem kat bonuslink. Berjanggutlah redeem kat bonuslink. Tinggi-tinggi point nak redeem benda best2. Setakat makanan bolehla... 

Uolls yang berminat nak dapatkan toolkits diatas boleh join kat SINI ye. Ada bermacam-macam hadiah boleh redeem. Task nya pun mudah2 saja....