22 January 2018

Nuffnang cheque

Ada ke lagi yang masih menunggu cek dari nuffnang. Rasa macam blogger sekarang dah tak bergantung sangat pada nuffnangkan. Kalau dulu skit-skit nuffnang. Dapat jer CPUV, CPC & so on update. Nuffnang pun macam dah slow. Now ramai yang banyak buat advertorial dari macam-macam source. Ramai yang nak guna khidmat blogger.

Me pun sama. Kalau dulu pernah jugaklah dapat advertorial dari nuffnang. Dua tahun kebelakangan ni non ada. Mood blogging pun dah slow. Update yang mana penting dan rasa nak update jer. 

Walau macam mana pun, baru-baru ni dapatlah jugak cashout duit nuffnang tu. Hasil dari CPUV & CPC sepenuhnya. Itu pun cukup-cukup paras boleh cashout. Jadilahkan. Daripada tak ada. Boleh lah tambah-tambah mana yang patut. 


Cek ke-6 nuffnang. Kalau dulu segan nak tunjuk amaun. Ini dah kata paras minima memang RM50 lah.

Belum sempat bankin lagi. Dapat cek ni hari jumaat. Ujan. Terbasah skit cek. Nasib ok. 

12 January 2018

Side income daripada jawab survey

Aku nak share last year punya income daripada jawab-jawab survey. Bukan apa saja nak bagi inspirasi pada sesiapa yang nak cari duit tambahan dan nak bagi semangat pada yang tak rajin nak jawab survey tu. Bila dapat hasilnya mmang korang akan rasa berbaloi. Tak sia-sia penat menjawab.

Bawah ni antara survey-survey yang aku join. Ada banyak. Bukan stick pada satu. Sebab survey bukan selalu ada. Jadi bukan everyday ko kena jawab. Daftar banyak pun tak apa. Nanti ada survey diorang akan hantar kat email. Korang klik je link email tu untuk jawab. Aku listkan survey yang aku join berdasarkan susunan yang paling aku suka eh. 



Untuk tahun 2017. Inilah antara yang berjaya aku tebus. Sebanyak lima kali. Cukup 16000 point boleh redeem RM20. Samaada nak redeem paypal atau baucer kertas seperti giant & aeon. Kalau tebus melalui paypal akan dapat RM19 sebab convert usd. Dapat kurang. Diingatkan kalau guna paypal nak transfer kebank akan ada charge lagi. Kurang lagi. Selain tu nak donate pun dialu-alukan. Total RM 200.00. Ikutkan RM240.00. Tapi RM40 25/12 tu belum terima lagi. Nak join KLIK SINI.


2. Globaltesmarket (gtm)


Globaltesmarket ni antara favorite aku sebab bila sekali redeem boleh dapat dengan RM190+-. Cuma nak jawab survey dia bercinta skit. Dibandingkan dengan Toluna lebih mudah jawab dan senang nak dapat mata. Yang ni selalu kena saring keluar (tak melepasi kelayakan). Walau pun tak melepasi syarat diorang kasi jugak point sikit. 5 mata. Nak tebus kena ada atleast 1000 mata. Bayangkan. Tapi sekali dapat puas hati. Tahun 2017 aku berjaya tebus dua kali jer. Aku selalu tebus masa nak raya dan hujung tahun. Buat belanja sekolah anak. Last year 11/12 aku tebus mata 1610 tu aku dapat RM280.00. Bayaran ikut usd tu yang dapat banyak tu. Nak join klik SINI


3. You gov


Kat web tak ada history aku tebus nak tunjuk. Cuma mata sekarang 1,780. Nak tebus kena ada 5000 mata. Aku dah dua kali tebus. First tebus dapat RM75 baucar zalora. Pastu hujung tahun lepas tebus guna paypal. Lepas convert usd sg tolak paypal servis charge dapat dalam RM70.00. Survey you gov ni aku suka jugak sebab setiap kali jawab memang akan dapat mata. Soalan pun mudah. Tak meleret-leret macam gtm. Sekali selesai survey dapat antara 90 ke 150 mata. Ko boleh bayangkanlah berapa banyak survey nak kena jawab kalau nak cukupkan 5000 mata. Pastu sebulan average dapat 4-5 survey. Jom join kat SINI.

Inilah tiga laman web survey fav aku. Tapi sekarang toluna aku dah kurang suka. Sebab survey dah kurang. Ntah kenapa. Tapi kakak aku join elok je selalu dapat survey. Mungkin aku tak memenuhi kriteria kot. Ntahlah. Selain tu aku ada jugak join AIP Online Survey, Ipanel Malaysia, gloviss & shopper thought. Yang ini jarang dapat tebus. Susah nak kumpul mata. Adalah sekali dua. Gloviss tu tak berjaya tebus lagi.

Tahu tak tahun lepas aku beli barang sekolah hakeem dan pia guna duit survey ni jer. Aku memang dah target nak kumpul dan redeem semua sekaligus. Disember hari tu tiga web survey ni aku dapat RM 434.69. Aku beli barang sekolah bebudak dalam RM450.00. Topup berapa puluh jer. Memang legalah rasa. Korang tak teruja ke?

Beg sekolah pulak aku memang tak payah beli. Aku beli kat zalora guna baucar dari mobile expression. Free. Boleh baca cerita ni kat SINI. Tahun lepas redeem 8 kali dari mobile expression dapat RM 15 x 8 = RM 120.00. Sapa nak bagi kan. 



Itu je lah side income dari internet aku buat masa senggang. Aku suka jawab survey sebab aku boleh target amaun yang aku akan dapat. At least bayar memahal data tu ada gak pulangan kan.

05 January 2018

12.12 Online Revolution Shopping

Sejak dah pandai membeli kat lazada ni, ada je yang direka nak beli. Padahal kalau ianya keperluan dari dulu dah kena beli. Jadinya ianya adalah kehendak duniawi semata-mata. :p

Ada tiga barang yang aku beli sempena sales 12.12 hari tu. Murah sikit je masa sales tu. Tapi still menguntungkan sebab guna baucer yang ada problem masa beli sebelum ni

Apakah barang ni...

Masih tak habis-habis dengan tempat letak beg ni. Kali ni beli dari seller Casa Furniture Design. Tengok review ramai yang kata kukuh tapi pendek. Bila sampai alhamdulillah tak delah pendek mana pun. Just nice dan memang kukuh. Setakat sebulan guna letak beg kawin aku yang berat tu ok tak roboh mahu pun patah. Cuma berbanding dengan seller lain hook nak gantung beg tu cuma ada enam. Seller lain ada 12. Oklah kalau banyak-banyak hook roboh pulak nanti kan. #sedapkanhati

Yeayy.. amazing shoe rack ni offcourse untuk letak kasut. Tetapi sebabkan namanya amazing. Kita kenalah pandai transform jadikan tempat tudung. Ramai kot yang buat macam ni. Tudung jadi kemas je sangkut. Kalau sebelum ni letak dalam gelung bulat-bulat tu buruk skit. (teruk betul dinding rumah i)

Dua hari guna, besi yang bahagian bawah tu kemek dan tercabut. Besi tu bukan stainless steel. Apatah materialnya. Rasanya kemek tu sebab anak aku terpijak. Lupa nak pesan kat budak-budak jangan makin kat situ. Now diorang tak kacau dah. Apa-apa pun aku puas hati. Sepadan dengan harganya RM13.00. 

pinjam pic. Pic sebenar lupa nak snap.

Last, terjebak beli tudung kekaboo. Ramai yang kata best tudung kekaboo ni. Nak jugak rasa betul ke best. Kebetulan ada jubah kaler oren plain tak de tudung. RM15 free postage tu yang beli. Normal price RM25. For me oklah. Belum sampai tahap jatuh cinta sepenuhnya dengan kekaboo. Cinta tapi tak separuh mati....

Itu je yang daku shopping masa online revolution hari tu. Kat lazada only. Merchant lain tak. Sebab kena berjimat untuk keperluan sekolah anak-anak.

04 January 2018

Persekolahan 2018

Alhamdullillah dah 4 hari kita menginjak ketahun 2018. Boleh di tebak tahun ini adalah tahun yang sangat mencabar. Mana taknya tiga-tiga orang anak dah bersekolah. Sofea darjah 3, hakeem darjah 1 dan airis tadika. Macam tak percaya jer airis dah empat tahun. Cepat btul masa berlalu.

Aku boleh bayangkan macam mana sibuknya nak menguruskan budak-budak tu. Awal pagi bangun nak buatkan bf, nak mandikan diorang. Hakeem tu dah darjah satu pun manja. Masih mintak dimandikan.

Starting 26/12 hari tu airis start tadika. Awal sebab minggu orientasi katanya. Agak mencabar nak kejutkan budak kecik ni mandi. Selalu pergi taska memang angkat je dari tido. Kadang-kadang je dia terbangun sendiri. Itu pun dalam setahun boleh dibilang berapa hari. 


Minggu orientasi berjalan dengan lancar. Tapi bila dah start sekolah betul-betul, makin liat pulak dia nak bangun. Semalam boleh airis menyorok bawah katil tak nak mandi. Bikin amarah betul. Nasib baik hari ni ok. Nak lalui setahun ni tak tahulah macam mana.


 Masa orientasi 28/12/2017

Hakeem so far nak pergi sekolah tak ada masalah. Dia dah pernah pra kat sekolah tu jadi dah biasa. Bangun pagi pun mudah. Kejut sekali terus jaga. Cuma time datang angin dia, dia akan menangis tanpa sebab. Itu yang mama paling tak tahan. Setakat 3 hari sekolah belumlah lagi dia buat perangai. 

Untuk mengelak diorang (hakeem & airis) buat perangai setiap pagi masa diorang bangun jer aku dah duk puji-puji anak mama bagus, pandai, bijak bangun awal. Nak snek tak?... hahaha Pagi-pagi dah tala jajan. Punyalah risau kalau diorang menangis sebab 6.30 sharp kena keluar rumah takut tinggal van. Overall setakat ni alhamdulillah mak berjaya handle. Baru tiga hari kan. 

Tengoklah setahun macam mana. Mesti macam-macam ragam. Lemau pun ye tiap hari nak benda ni setiap hari. Bukan kata bangun awal pagi, petang pun balik keje tu terus masuk dapur prepare tuk makan malam. By right dalam pukul tujuh diorang dah makan. Lapar.. Penat kan sekolah pagi petang. 


Hari pertama tu aku hantar bebudak ke sekolah. Ikutkan tak payah pun tak per. Tapi kesianlah semua mak bapak hantar aku pun cutilah. Hakeem siap suruh aku pergi keje. Jadinya lepas dia masuk kelas terus aku pun ca alif but pergi pasar. Sekolah petang langsung tak hantar. Sebab tengahari dia balik naik van terus transit kat rumah ustazah. Aku tak tahulah kalau ada isu yang anak aku tu tak dapat makan sebab tak ada kerusi nak duduk kat kantin sekolah ke apa. Rasanya dapat jer. Sebab anak-anak aku bab makan memang laju. Balik tu check beg penuh je dengan plastik makanan. Kot ye pun tak buang sampah merata-rata janganlah sampai bawak balik plastik tu.


Ini beg-beg yang nak diangkat masuk ke kereta setiap pagi. Beg-beg semua dari zalora tuh. hihihi... Dalam 10 beg semua. Belum masuk baju sekolah agama yang disangkut kat hanger lagi. 

Beg sekolah sek agama pia & akeem 4. Beg bekal pagi 2. 1 beg telekung sofea. Beg airis 1. Kalau senin kena bawak toto. Beg letak songkok merangkap beg pakaian kotor 1. Beg aku lagi. Setiap pagi ko tak boleh silap nak patah balik memang tak. Sebab timing memang cukup-cukup. Nak kejar van sebelum 6.45 pastu terus aku ke opis. Sebelum 7.15 dah sampai. Kalau lambat sampai parking yelek.

Walau mama lelah, apa-apa sahaja untuk anak-anak mama. Harap bila besar nanti korang bacalah ni pengorbanan yang mak korang buat. Jangan dilupa jasa ibubapamu...