Showing posts with label berat badan mengandung. Show all posts
Showing posts with label berat badan mengandung. Show all posts

19 April 2011

Sini check up Sana check up

Usia kandungan dah masuk 37 weeks. Dah tak lama dah nak bersalin. Dalam 3 minggu lagi. Risau ni takut ada apa-apa masalah semasa nak deliver nanti.


Next week akan bermula check up tiap-tiap minggu kat klinik desa Puchong. Even dah decide nak bersalin kat spital swasta still masih teruskan pemeriksaan berkala kat klinik kerajaan nih. Tamak giler aku. Bukan apa sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau ada problem atau sebarang komplikasi, aku sure swasta akan refer ke kerajaan, jadi baik aku buat back up. Bak kata orang 'malang tak berbau kan?'


Semakin hampir tarikh bersalin makin banyak pulak masalah yang timbul. Walaupun makanan seperti Roti Bakar dan Roti Canai yang banyak masuk ke mulut aku tapi kenapa today timbang berat kat klinik desa nurse cakap berat aku naik 2kg+++ dalam tempoh dua minggu. Total berat sepanjang mengandung aku dah 14kg+++.  


Kenaikan berat badan yang ideal sepanjang tempoh mengandung adalah dalam sekitar 12kg sahaja. Nurse Malaysia ni cakap belit-belit ah, masa aku check up sofea kat Kelantan dulu kata boleh naik sampai 15kg. Kalau lebih sikit-sikit tak pe.


Sib baik aku pandai cover kata last week masa aku scan kat KPMC, doktor ada cakap baby aku sekarang dalam 2.5kg je. Tapi bukti scan tak ada, diorang rekod dalam buku kat sana je. So hari ini terlepaslah aku dari berjumpa doktor. Kalau tak mahu nyer diorang suh aku tunggu doktor datang check atau tendang aku pergi ke klinik kesihatan Puchong.


Letih woo... sekarang ni, nak duduk lelama, nak jalan banyak-banyak. Tak larat. Tak macam anak first. Umur dah meningkat. Senang kata dah tua.