Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

20 May 2012

Traffic Light Nakal

Hari jumaat lepas kitaorang pergi Bukit Jalil sebab nak beli tiket bola Piala FA. Nak harapkan tiket free tak layak.

Disebabkan jalan utama dari Puchong ke Bukit Jalil jem teruk, mr. edy decide lalu ikut jalan dalam. Ikut kawasan perumahan.




Masa tengah berenti kat satu traffic light, mr. edy tetiba kata "nakal betul traffic ni". Rupanya traffic light merah tu berbentuk love. Itu yang mr. edy kata nakal. Kalau biasa kan bentuk bulat.

Cuba korang perhatikan bebetul. Bentuk love kan?

Maybe korang dah biasa tengok kot traffic light bentuk love macam ni. Tapi ini first timelah kitaorang lihat traffic light bentuk macam ni. Kalau warna hijau dia tak delah jadi love, jadi bentuk anak panah biasa jer.


* BE ke-tiga 2012 dah menjelma, alhamdulillah.

09 May 2012

Orang kelate moh turun Kolumpo

Sabtu depan bersamaan 19hb Mei ada perlawanan bola sepak. Kelantan menentang Sime Darby kan? Betul ke date tu? I'm not sure. Dan kalau tak silap mr. edy cakap Piala FA. Ntah.. tak minat lah bola bola ni.


Mungkin malam tu aku dan anak-anak akan di tinggalkan untuk sekian kali oleh mr. edy. Tapi mr. edy awal-awal dah kata, kalau ada job dia rela tak pergi stadium. Boleh percaya ke tu mr. edy oi?


Dan isnin lepas, abang mr edy a.k.a abang ipor aku tu dah selamat sampai KL naik keretapi dengan anak dia. Semangat bebeno nak nengok bola tu....


Actually buat itu kebenarannya. Dah alang-alang abang ipor aku nak datang tengok bola, kitaorang suruh dia datang awal sikit. Nak mintak tolong dia buatkan gudang simpan barang-barang berkaitan lori kitaorang tu. Abang ipar aku keje tukang buat rumah. Kalau mintak tolong sedara mara bolehlah jimat kos.

(korang boleh baca entri INI untuk mengetahui betapa penting gudang tersebut di  bina) 


Dengar kabo, hari sabtu tu nanti orang Tanah Merah akan turun se bas. Aduhai.. demo ni memang semangat kenegerian tinggi sungguh. Tapi rasanya kelate tak pernah menang apa-apa lagi kan.


Kesian deh...
gomo kelate gomo.. gomo kelate gomo...(nyanyi dengan nada tinggi sambil menghayun penumbuk tangan)