Showing posts with label tempahan beg jeans. Show all posts
Showing posts with label tempahan beg jeans. Show all posts

27 November 2015

Tempahan beg jeans 2015 #6

Kan dah kata habis-habis aku up cerita beg jeans. Beg-beg ni semua aku buat masa cuti separuh gaji hari tu. Alhamdulillah banyak jugak order sepanjang cuti tu. Sampai ada yang aku tolak, yang tak siap-siap lagi hingga sekarang pun ada. Sori sangat-sangat bagi yang tertunggu-tunggu. Memang sekarang tak sempat nak menjahit. Hari keje balik dah letih memang tak pegang mesin. Sabtu ahad siang tak kan dapat pegang jugak sebab bun everytime aku labuhkan punggung kat #kerusikuningku itu mula dia bergayut-gayut kat kaki aku. So masa yang ada hanya malam sabtu dan ahad sahaja. Boleh bayang berapa banyak je aku larat jahit.

Selain tu aku tengah nak fokus mengajar anak-anak setiap malam at least satu jam. Risau sangat tahun depan sofea dah nak darjah satu. Banyak lagi yang dia belum catchup. Tak leh nak harapkan cikgu seratus peratus. Zaman sekarang budak-budak tak sama dengan zaman kita dulu.. Sebab tu sekarang aku private ig. Tak ada beg baru. Nanti bila ada baru aku open balik ig. Tapi sesiapa yang nak follow dulu boleh je nanti kita lelaju approve okeh.

Sling beg tempahan akak dari shah alam. Kakak ni dah dua kali tempah. Kakak ni the only one customer yang nak cod. Hari tu dia datang rumah semata-mata nak amik beg ni sebab aku tak de kereta nak pergi tempat yang biasa kitaorang cod. Lepas balik dia wasap nak order lagi 3 beg. Tapi macam tak sempat jer nak buat. 

 
Tempahan dari terengganu. Untuk letak breastpump. Aku tak tahu beg breastpump tu macam mana. Tapi rasanya better ada tali panjang dan boleh jinjit dengan tangan. Maka terhasillah sebegini.

Beg breastpump ni aku tak buat adjuster sebab macam biasa seluar jeans tak panjang mana. Kalau letak adjuster lagi memendekkan tali beg sedia ada. Terima kasih laki jadi model tak berbayar.

This beg belong to orang terengganu tadi. Sebenarnya beg breastpump tu aku design macam ni memula. Tapi sekali ukur terkecik pulak. Still dia nak. Pengumpul beg katanya.




Tempahan dari sarawak. First dapat customer dari seberang laut. 

Sekian show kali ni. Fyi, buat masa sekarang memang aku tak terima sebarang tempahan beg jeans lagi tapi aku ada buat ready stock dan akan upload kat ig dalam masa terdekat. Boleh follow ig aku dulu ye kalau berkenan. 

06 March 2015

Tempahan beg jeans 2015 #2

Buat masa ni aku tutup tempahan buat beg jeans seketika. Takleh nak buat. Tak cukup masa sangat sangat. Siang memang aku tak dapat nak pegang mesin jahit langsung. Airis 24 jam nak berpegang. Waktu malam baru boleh. Itu pun selalunya asyik tertido penat. Kalau dapat jahit pun selalu tak tenang. Airis kejap kejap bangun. Tahu je aku tak ada kat sebelah dia. Kalau aku tido sama elok pulak dia tido lena. Ermmmm jadinya kena tunggu airis dah pandai main sendiri, boleh duduk tanpa disokong sebab dia tak mo duduk dalam bouncer. That time maybe boleh jahit time siang, aku open order balik.

Sori sangat tau pada yang mulanya aku dah setuju nak buat pastu terpaksa tolak. Memang tak sempat. Aku takut korang tertunggu tunggu bagai buah tak gugur jer. But aku ada buat yang ready stock bila aku ada masa so korang bolehlah usha usha ig aku aziazidah atau fb gallery jeans airis. Kat blog tak sempat nak upload. Kekangan masa jugak sekarang ni nak update blog.



Beg compang camping katanya. Request customer dari perak.

Ini customer carousell yang order. Nak letak ubat mak dia. Nak full jeans. 

Maklong pia n akeem tempah. Sebelum ni ada buat beg serupa gini pastu letak kat fb mak long diorang berkenan. Beg sebelum ni orang tempah kemudian menghilang now claim kata apsal beg dia tak siap siap. Dah pm tak jawab acaner. Orang lain nak akak jual jelah. Dari tahun lepas tu...


Inilah semua sebahagian tempahan sebelum aku stop order. Terima kasih pada yang sudi menempah. Yang percaya sampai repeat order. Yang batalkan order lepas dah siap pun ada. huhu. Thank you so much.


Perlukan lori sewa untuk pindah rumah/pejabat, angkat sofa, perabut, almari, barang industri/pertanian & etc pada harga berpatutan hubungi edy 019-3508862.



27 January 2015

Tempahan beg jeans 2015 #1

Hari ni show skit beg jeans yang orang tempah. Ni kes aku malas nak karang cerita. So kita tengok gambar je lah ye. Hashtag #1 tu nanti akan ada hashtag #2 #3 #4 kalau ada orang nak menempah lagi akan ku showkan lagi. Senang takyah nak fikir tajuk apa nak letak pasni kalau cerita pasal tempahan beg jeans. Ini pun kes malas. Malas nak fikir tajuk. Nak tulis tajuk entry pun pening kepala tau.




Lama giler nak siapkan beg ni. Dari sebelum beranak sampai airis dah masuk tiga bulan baru siap. Itu pun sbb customer kata nk pkai sempena tahun baru. Ni repeat customer. Offcourse klu yg repeat ni diorang nk sesuatu yg more different. Customer nak color hitam/kelabu dgn design yg unik. Jeans kaler hitam kebanyakannya plain. So aku kena design sendiri. Maka terhasillah begitu.



Yang ni minah kelate order. Dua minggu je dah siap. Tapi coz kelantan dilanda banjir lambat jugak posnya. Beg ni adaptasi dari beg yg aku pernah buat sebelum ni. Nak letak buku kuliah katanya. Padahal sebelum ni aku buat utk letak beg makanan. Apa apa ajelah wahai customerku. Beg jeans mmg sesuai untuk letak semua jenis benda. Tahan lasak gitu. .



Yang ni aku buat untuk yg beloved customer yang banyak kali repeat order. Sebagai tanda menghargai pelanggan aku dan my first liker Gallery Jeans Airis. Memula ingat nk kasi sling beg coz dia tak pernah order sling beg. Asyik order tote beg. Tapi ni pun dia tetap nk jugak tote beg. Nak versi cantum cantum pulak. Nak yg ni kita kasikan. . Semua dah selamat smpi kt tuannya.

Pada yang berminat nk order macam biasa boleh email edyeda@gmail.com.