21 March 2012

First time balik kampung untuk tahun 2012

Ini first time balik kampung mertua. Aku tak de kampung. Anak jati KL. Last balik kampung di Kelantan masa raya puasa tahun lepas.


That time Hakeem baru 4 bulan. Sekarang Hakeem dah nak 11 bulan. Lama giler tak balik kampung. Menantu hantu betul aku ni.


Dah nak masuk bulan empat baru nak balik. Padahal cuti tanpa gaji. Pastu cuti yang bersambung-sambung masa raya cina, maulud nabi, hari wilayah pun banyak, masih tak reti-reti nak balik.


Bukan tak nak balik sebenarnya tapi lebih kepada kekangan waktu dan kekangan pulus. kih kih kih.... Rabu lepas baru hilang semua kekangan itu. That why boleh balik. Yeay dapat jugak balik kampung akhirnya.


Itu pun sebab mr. edy ada job di Terengganu. Jadinya kitaorang kena pusing satu pantai timur baru dapat sampai Tanah Merah. Dari negeri Pahang ke negeri Terengganu habis kitaorang redah.


Perjalanan pulang ke kampung kali ini memang tough sikit. Boleh kata tough banyak. Manakan tidak balik naik lori. Sakit semua urat sendi aku.


Perjalanan mengambil masa hampir 15 jam. Macam balik jem time raya. Sepanjang perjalanan memang aku tak dapat tido.

the only one gambar yang berjaya di capture sepanjang jalan

Bayangkan dengan terpaksa meriba hakeem. Pastu nak kasi sofea tido punyalah payah. Terpaksa sogok dengan cerita upin ipin sampai habis bateri HP.


Dan bila aku tersenggok sikit confirm kepala kena cermin lori. Masa atas lori memang dalam otak fikir tilam jer. Letih yang amat.


Insaf sekejap pada insan-insan yang tak ada kenderaan sendiri.


* Nanti-nanti aku cerita pit stop pit stop sebelum sampai ke kampung halaman.


Dapatkan kehidupan yang sempurna dengan Great Eastern

20 March 2012

Promosi Beli Susu S-26 Progress 1.2kg dapat 1.8kg

Nak tahu tak sekarang Wyeth sedang buat promosi ke atas susu S-26 Progress 1.2kg. Beli susu S-26 Progress 1.2kg dapat percuma susu S-26 Progress 600 gram. Best kan? Memang best berbanding dengan promosi sebelum ini.

Seperti yang pernah di mention beribu-ribu kali my doter dari lahir sampai sekarang memang minum susu S-26. Keberkesanannya off course diyakini. Kalau tak, tak minum la kan.

But for sure susu ibu yang terbaik. Adiknya Hakeem alhamdulillah hingga kini masih fully breastfeed. Semoga akan terus BF hingga ke usia dua tahun. Doakan yea!.

Selepas dua tahun, insyaallah akan continue dengan susu S-26 ni macam upin ipin. Sampai tadika masih minum susu. Aku memang jenis tak suka minum susu. Tak nak anak-anak peturun ikut mama dia ni.

Back to promosi tadi, selalu kalau beli susu 1.2kg kat OTK (antara pasaraya yang jual susu S-26 yang murah) harga RM 43.29 dan 600g punya RM 22.89. Biasa aku beli yang 1.2kg. Kalau terdesak tak ada stock baru beli yang 600g. Rugi beli yang 600g. Mahal.

Tapi sekarang dengan adanya promosi terhad ini RM 43.29 dapat 1.8kg. Jatuhnya 600g hanya RM 14.43. Murah giler tu... Sape anak-anak yang minum susu ni sila pergi beli cepat-cepat.



Aku dah selamat merembat 3 kotak. Dapat free 3 kotak 600 g. Cukup untuk bekalan sebulan susu sofea. Susu step 3 ni sangat limited di pasaran. Sokmo kehabisan stock.

Sebab masa aku beli dua hari lepas pun ada satu kotak je kat rak. Nasib baik aku tanya, rupanya ada sekotak besar lagi dalam stor diorang.

Jom korang pulak cepat-cepat rembat kat pasaraya terdekat anda. While stocks last!!

Jom join contest untuk menangi hadiah bernilai RM 20,000

11 March 2012

My name is

Muhammad Amirul Amrullah Hakeem.
Susah ke nak sebut nama saya?

Lori roti gardenia

Niat asal hari ini nak pergi ke Mom & Baby Expo dengan Midvalley. Tapi dek kerana Hakeem masih dalam keadaan tak sihat terpaksa di batalkan niat tu.

Jadi kitaorang tukar plan lepak kat Tasik Shah Alam selepas bawak Hakeem ke klinik. Tujuannya nak hiburkan hati sofea. Bolehlah dia main kat playground sepuas-puasnya. Dah lama sangat kitaorang sefamily tak keluar beriadah.

Dalam perjalanan :

Sofea : Mama roti..
Mama : Mana?
Sofea : Tu... roti
Mama : (Ya allah, sofea nampak lori gardenia automatik dia boleh menangkap itu lori ada kaitan dengan roti yang selalu dia makan)

Sama macam dia tengok logo KFC, terus bersuara " mama ayam". 

Petang tadi lepas balik dari Shah Alam terus aku  cerita dengan my sis. "Hari ini aku memang mengakui yang anak aku tu cerdik"

Sebab kat klinik tadi ada sorang auntie tanya berapa umur sofea. Then dia cakap sofea ada good attitude, pandai cari kawan, brilliant and bla bla bla. 


Sebelum ni pun ramai yang cakap sofea cerdik. Tapi bagi aku budak-budak memang cepat mengikut, cepat menangkap dan mudah dibentuk.

Aku cakap lagi, ko tahu sebab apa? Semua ni sebab amalan semasa aku mengandung. Memang tiap2 hari aku buat calculation. Coz aku kan kerja bidang perakaunan. 

Tapi sebenarnya selepas dengar kuliah agama di TV9 malam tadi, baru aku tersedar kepandaian anak-anak budaknya turun temurun dari keluarganya yang bijak tapi sebenarnya ia datang daripada NYA. 

Okeh, saya takbur dan terlupa seketika pada PENCIPTA. :-(

10 March 2012

Creative Kid

First impression tengok aksi sofea terus aku bantai gelak. Aku teringat budak-budak satu rumah sewa aku dulu memain aku punya helmet cam gini lah rupanya.

Siap tangkap gambar tunjuk kat aku. Time tu aku tido. Kali ini my doter pulak buat.

Otak bebudak memang kreatif.

Jom layan aksi.









Petang tadi, mr. edy punya gelang kunci motor pulak di buat macam pam minyak dan paip air.