30 July 2010

Tolong aku buat keputusan

Masih lagi dalam mood tak tahu nak buat keputusan.
Sepatutnya hari ahad ni dah kena melapor diri di Kelantan
tapi aku masih belum decide nak pergi atau batalkan pemergian.
Hari ini bos dah bagi green light kalau tak nak pergi dia akan tolong batalkan pertukaran tanpa memblacklistkan nama aku.
Hari ini jugak aku tanya member2 kt Kelantan tentang rate sewa rumah di KB, amatlah mahal macam kat KL jugak.
Sekitar 300 - 500 ringgit.
Suami pun dah muncung sedepa macam tak nak balik Kelantan.
Hari itu dia yang beria-ia benar sekarang ni bila dah dapat mcm tak nak pegi pulak..
Aku ni anak jati KL, betah ke nanti tinggal kat sana.
Kata orang semangat kenegerian orang Kelantan ni amat kuat.
Dialek, cara pergaulan, cara percakapan dan makanan mereka totally different dengan kite-kite ni.
Expecially budu yang mereka duk tak tinggal.
Takut nanti bila dah pegi menyesal tak sudah.
Kalau korang, korang nak pergi ke ke negeri Kelantan tuh.
Tolonglah bantu bagi nasihat dan pandangan kat aku mcm mana nak buat keputusan ini...

Aku bakal berhijrah


Sekali lagi penghijrahan dalam hidup aku bakal berlaku.
Semalam petang aku  terima surat pertukaran yang aku nanti-nantikan sebelum ini..
Aku bakal bertukar ke Jabatan Akauntan Negara Kelantan.
Bermula 1hb Ogos aku akan menetap disana bersama suami dan anak.

Sebenarnya aku dalam dilema samaada nak pegi atau tak.
Semalam pagi aku dah buat surat batalkan permohonan pertukaran sebab suami dah bersetuju tinggal di KL.
Tup tup petang surat pertukaran dah dikeluarkan pun.
Nasib baik surat batalkan pertukaran belum sempat diposkan.
Ramai kawan2 nasihatkan pergi batalkan aje pertukaran tuh.
Tapi ingat sesenang itu ker.
Dulu masa aku kena tukar dari KL ke Putrajaya aku mintak batalkan pertukaran tu AG tak mahu luluskan.
Aku kalau boleh tak mahu tebalkan muka pegi sana lagi.
Atau aku kena tebalkan muka sekali lagi.
Lagi satu kalau aku batalkan pertukaran nama aku mesti kena blacklist punya.
Tolongla...buntu kepala otak ku ini...


Layan dulu lagu ni :


"Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan"

26 July 2010

Lala Masak Lemak Cili Api

Sehari dua lepas aku duk mengidam nak makan lala. Teringat restaurant di TTDI, Shah Alam tiap hari masak menu lala.. Tak ingat lak nama restaurant tuh apa...

Bukan apa ni gara-gara kehabisan idea nak masak rebus-rebus dek kerana sofea kena campak.

Dulu sebelum kawin selalu lepak makan nasi ulam kat sana dengan suami. Memang sedap...

Bila dah tak tahu nak masak apa, aku dan suami mereka-rekala nak makan itu ini terkeluar idea nak masak lala lemak cili padi

Nak masak menu ni memang simple gile dan sesuai bagi orang yang malas macam aku..hi3
Jom belajar masak lala ni...

Bahan :
1/2 kg lala
2 btg serai diketuk
suku ibu jari halia di tumbuk 5 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
7 biji cili api ditumbuk
sedikit kunyit ditumbuk
1/2 biji kelapa untuk dibuat santan
setengah biji limau nipis
garam secukup rasa
sedikit daun kunyit dihiris

Cara-caranya :
panaskan kuali
masukkan bahan yang ditumbuk didalam kuali.
masukkan santan kedalam kuali soalah menumis bahan tadi dengan santan
masukkan serai & kacau hingga mendidih.
masukkan lala yang telah bersih kedalam kuali dan tutup kuali dalam 1 minit
masukkan garam,
perah limau kasturi
akhir sekali taburkan daun kunyit keatas hidangan.

Ta da siap sudah...


23 July 2010

My 2nd Anniversary vs Ramadan

Weeee...
Ulang tahun perkahwinan aku yang kedua bakal menjelma sehari sebelum puasa...Jika betul puasa jatuh pada 11hb...

              10 Ogos 2010 bersamaan My 2nd Anniversary
              11 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadan 1431

Sungguh tak sangka pejam celik pejam celik sudah hampir dua tahun kami menjalani kehidupan sebagai sepasang suami isteri dengan dikurniakan seorang puteri yang comel lote. :.COMEL KER??.: Banyak onak duri dan ranjau yang telah kite lalui dan semua itu semakin mematangkan kite serta mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin.

Apa perancangan untuk ulang tahun kali ini yea ????
Rasenya tiada apa-apa intisari rancangan kerana fokus aku kini lebih terarah kepada menggantikan puasa tahun lepas yang masih tertunggak.. .:malu:.

22 July 2010

Sofea kena penyakit Kuku Tangan dan Mulut???

Bahaya tak penyakit kuku tangan dan mulut @ HFMD?
Sebahaya H1N1 ker?

Semlm pergi nursery dengan niat dapat ehsan dari nursery untuk jaga sofea sbb tengok chicken pox sofea dah kering dan badan pun dah tak panas lagi. Masa sampai nursery Mama T dan tenaga pengajar sibuk mengerumuni sofea dan mereka detect sofea kena penyakit kuku tangan dan mulut. Kenapa aku sebagai mamanya langsung tak terfikir pasal kewujudan penyakit ini. Dah doktor kat klinik pun bagitahu cuma Chicken Pox... Pihak nursery kata baik double check kat klinik yang biasa mereka pergi, lebih detail...

Petang pukul 3 selepas hantar baju untuk hari raya nanti (wah masih sempat lagi tuh) aku pun pegi klinik kesihatan puchong. Better pergi klinik kerajaan takut nanti kalau jadi apa-apa kat anak ibubapa tak akan dipersalahkan. Punya lama tunggu, lepas 2 jam baru dapat masuk jumpa doktor. Doktor tetap dengan pendirian kata sofea kena chicken pox aje. Aku bertegah mintak penjelasan takut ar mana tahu memang sakit kuku tangan dan mulut.

Sedikit info yang cukup melegakan aku dan suami kalau pesakit dapat penyakit kuku tangan dan mulut.. bintik-bintik merah hanya ada di dalam mulut, tapak tangan dan tapak kaki sahaja. Hanya TAPAK tangan dan kaki. Tidak akan ada di bahagian kulit badan kita. Syukur...ingatkan kami sekeluarga bakal di kuarantin.

P/s : Serah pada yang pakar. Jangan buat penilaian sendiri.